Tempat Menarik di Perth, Australia

Tempat Menarik di Perth, Australia

Seawal bulan September, musim bunga bermula di negara Australia kerana kedudukan paras bumi berlainan maka ianya terbalik dengan musim sejuk di negara Eropah, US dan Japan. Sila belajar geografi untuk mengetahui kenapa negara 4 musim berbeza dari utara ke selatan. Hebatnya ciptaan Illahi.

Melancong ke Australia pada musim bunga mencabar juga jika anda pergi region yang lebih bawah seperti Sydney, Melbourne mahupun Perth. Suhu musim bunga mereka boleh mencecah 5-15c waktu siang dan 0-5c waktu malam. Pemakaian yang sesuai adalah digalakkan walapun orang cakap musim bunga dah mula panas. Tapi sebenarnya ianya tidak panas, lebih sejuk dingin daripada Cameron pada waktu pagi.

Perancangan rapi perlu ada untuk melawat ke sesebuah negara dan pastinya Australia bukan sebuah negara yang rumit untuk anda kunjungi. Ada juga yang mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah rancang perjalanan anda jika nak ke sesebuah negara asing lebih lebih lagi yang kita belum jejaki. Tak salah pun nak plan, mungkin lebih menjimatkan duit anda dan yang paling penting tidak ditipu orang.

Banyak tempat menarik di Perth yang kita boleh kunjungi. Saya hanya senaraikan dimana saya sempat jejaki ketika melawat Perth pada awal musim luruh baru-baru ni. Seperti mana entry blog saya sebelum ini, saya menyewa kereta ketika di Perth dan langsung tidak menggunakan public transport.

Antara kawasan yang saya lawati ketika di Perth adalah :

1. Elizabeth Quay

Ianya adalah sebuah kawasan rekreasi atau kawasan lepak santai yang terletaknya jeti boat dan feri berlabuh. Bukan sebuah kawasan kapal kargo mahupun kapal persiaran yang besar. Sangat sesuai untuk lepak dengan membawa si kecil kerana pastinya mereka dapat berlari sepuas puasnya dengan keselamatan terjamin.

Disini juga terdapat kaunter informasi, Bell Tower yang dibina sejak sekian lama (Sekarang dah upgrade untuk nampak lebih modern), serta beberapa kedai kopi yang korang boleh layan sambil tengok sunset. Sangat sesuai dtang pada waktu senja. Kalau waktu pagi tu sedikit sesak pasal Elizabeth Quay ini terletak didalam pusat bandar Perth. 

Untuk kesini anda boleh memandu dengan carian google maps Elizabeth Quay dan parking di kawasan letak kereta yang disediakan (bayaran parking bermeter dikenakan). Kalau menggunakan public transport ada sebuah station nama Elizabeth Quay. Lebih kurang 100meter sahaja.



2. Caversham Wildlife Park

Jika datang bersama anak kecil, pastikan jangan melepaskan peluang untuk ke Caversham. Ianya sangat awesome kerana anda berpeluang untuk memberi makan pada kangaroo, nak selfie ke mahupun nak peluk mereka. Selain daripada tu juga ada beberapa lagi section untuk haiwan lain seperti Wombat, Koala, Arnab dan juga burung-burung. 

Harga untuk masuk ke Caversham adalah AUD27.50 dewasa dan AUD12.00 untuk kanak kanak. Terdapat cafe yang menjual makanan Halal didalam Caversham ini. Paling minimum untuk anda lepak dalam Caversham ini adalah lebih kuranf 3 - 4 jam. Sila google web mereka untuk mengetahui showtime mereka. Awesome bro.

Sebenarnya Caversham Wildlife Park ini adlaah salah satu kawasan didalam Whiteman Park. Ada banyak lagi attraction dalam Whiteman Park. Jika anda rajin boleh explorer lagi dimana ada Village Town, ada Tractor Museum dan macam-macam lagi termasuk menaiki trem kalssik berenjin diesel.

Untuk kesini anda boleh memandu dengan carian google maps Caversham Wildlife Park. lebih kurang 30minit dari bandar Perth. Parking adalah percuma cuma jangan tinggalkan barangan berharga didalam kereta mahupun beg solat. Kawasan parking agak sunyi pada waktu bekerja. 



3. Lancelin Sand Dunes

Kawasan ini agak jauh dari bandar Perth, lebih kurang 2jam perjalanan menaiki kenderaan. Jalan raya memang awesome tapi tak boleh speeding. Akan ada speed trap pada jalan-raya yang mereka. 

Untuk memasuki Lancelin Sand Dunes tiada bayaran yang dikenakan, kalau nak sewa sandboard baru ada bayaran. Setakat nak selfie macam Kajol tak perlu sewa. Hanya menapak saja modal anda. Kawasan ini hampir kesemuanya berpasir dan berangin. Mohon pakai sunglass termasuk kanak-kanak, nanti angin lalu masuk mata pedih woi.

Panorama disini sangat menarik, anda perlu memanjat bukit pasir yang sedikit tinggi dan anda akan nampak permandangan hebat diantara kawasan berpasir yang besar dengan lautan yang terdampar indah. Angin pula yang bertipu membuatkan bahang panas tidak lagi terasa. 

Untuk kesini anda boleh memandu dengan carian google maps Lancelin Sand Dunes. Perjalanan ini akan mengambil masa 2 jam dan melalui pekan kecil serta perumah bila nak sampai ke destinasi. Kawasan ini sangat nyaman dan tenang. Boleh berhenti untuk singgah minum di kedai serbaneka serta bergambar di rumah pantai mereka.




4. Kings Park and Botanic Garden

Taman ini mula popular di kalangan pelancong Malaysia bukan disebabkan trend, akan tetapi ianya popular disebabkan di Kings Park ini korang boleh melihat skyline bandar Perth yang awesome. Walaupon ianya terletak tidak jauh dari pusat bandar Perth. Korang akan dapat rasai ketenangan dek kerana landskap, taman bnga serta kawasan riadah yang sangat besar. Bergambar di kawasan ini memang menarik dan Awesome!

Salah satu tempat terbaik untuk berpiknik menikmati sarapan pagi bersama rakan mahupun keluarga. Bagi yang suka berjogging, saya syorkan korang jogging 1 round di kawasan Kings Park yang besar ni.

Pada satu bahagian pula terdapat jejambat yang dipanggil Tree Top Walk. Jejambat ini dibina untuk pengunjung menikmati suasana alam semula jadi di kawasan Kings Park sejauh 600meter dan yang penting ianya adalah percuma.

Untuk ke sini anda boleh memandu dengan carian google maps Kings Park Botanic Garden. 




5. Hay Street - London Court, Perth CBD

Banyak kawasan menarik pada setiap bandar - bandar di Australia, anda hanya perlu discover dan rajin untuk membuat research dalam google. Salah satunya adalah Hay Street dan London Court.

Semuanya mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri dan saya memang malas nak cerita pasal sejaraha dalam setiap entry saya. Bagi yang korang suka jalan-jalan boleh la menuju ke Murray Street atau Hay Street. Kalau datang pada hari Sabtu atau ahad kawasan ini lebih happening dengan persembahan jalanan yang korang boleh layan sambil donate. 

Manakala London Court pula adalah salah satu kawasan bangunan yang dibina seolah anda berada di London atau lebih lagi rasa macam dalam movie Harry Potter. Peminat kopi pasti rasa best lalu di London Court pasal banyak coffee shop yang korang boleh lepak sambil cuci mata. Tak lekang juga dengan kedai souvenir membuat tawaran jualan. Huh! 

Untuk ke sini, anda boleh memandu dengan carian Perth Station dan parking di dalam Station tersebut (Parking khas bertingkat). Harga untuk parking adalah AUD2/hour. Hay Street tidak jauh dari Perth Station. Kalau korang taknak bersesak cari parking, boleh naik train dan turun di Perth Underground.




6. AQWA - The Aquarium of Western Australia, Hillary's 

Boleh dikatakan setiap bandar mempunyai Aquarium tersendiri. Nama pon Australia, sea life dengan seafood tiada tandingannya. AQWA adalah aquarium pilihan terbaik untuk membawa anak-anak tengok kehidupan laut. Lebih kurang macam aquarium Langkawi beb, indoor dan selesa. 

Sekitar kawasan juga terdapat kawasan riadah dan rehat santai iaitu Hillary's Harbour. Agak sempoi untuk bersantai sambil piknik bersama keluarga  di sekitar kawasan AQWA. Terdapat sebuah taman tema air yang berdekatan dan tak pasti berharga harga masuk. Ada juga beberapa restoran seafood dan boleh cuba untuk makan fish and chip. 

Untuk ke sini, anda boleh memandu dengan carian AQWA Perth dan parking sekitar kawasannya. Tiada train station berdekatan dengan AQWA, tapi boleh menaiki bas dari Perth Station.





7. Mandurah Bay

Jika anda travel bersama anak-anak, pastikan Mandurah ini termasuk didalam itinerary anda. Apabila tiba di Manduray Bay, korang boleh sewa bot untuk bersiar-siar kawasan teluk dengan memandu sendiri. 

Ketika saya kesini, saya menyewa sebuah bot yang memuatkan seramai 10dewasa dan 3 kanak-kanak berharga AUD100.00 untuk satu jam. Orang bertugas akan mengajar cara memandu bot dan penerangan keselamatan. Tidak susah dan sangat enjoy memandu bot sendiri dengan cuaca yang sejuk. 

Sekitar teluk ini terdapat banyak ikan dolphin yang akan follow di belakang bot bermain dengan ombak yang dihasilkan oleh bot kita. Anak-anak pasti menjerit riang bro. Korang juga boleh lepak santai sambil makan didalam bot atau pekena kopi menikmati kawasan perumahan mewah Mandurah. Cuma jangan buang sampah didalam laut saja.

Di Mandurah Bay juga terdapat restoran yang berhadapa ndengan teluk, korang boleh cuba makan Churros Chocolate disini. Sedap dan awesome! 

Untuk ke sini, anda boleh memandu dengan carian Mandurah Boat and Bike Hire dan parking dikawasan sekitar. Tiada train station berdekatan dengan Manduran Bay tapi korang boleh naik train dari Perth Station dan turun di Mandurah Station. Menaiki bas ke City of Mandurah.




8. Fremantle 

Tempat ini sangat terkenal dikalangan orang Malaysia mungkin disebabkan copy itinerary atau viral di Malaysia. Fremantle adalah salah satu kawasan bersejarah di Perth dengan bangunan lama dan unik. Selain itu juga ianya merupakan kawasan untuk makan seafood dengan harga sedikit murah dari bandar Perth.

Kalau korang berjalan kaki sekitar pekan Fremantle ini, terdapat sebuah taman besar dan sempoi untuk rehat santai dan juga mempunyai Sky Ride Ferris Wheel di Esplanade Park. Jika korang lapar korang boleh makan di Kaili's Fish Market dan kedai bersebelahan dengannya. 

Luangkan masa berjalan kaki sekitar pekan ini kerana bangunan unik dan senibina yang lama sangat menarik untuk bergambar. Jika nak shopping barangan cenderahati, sila ke E-Shed Market yang bersebelahan dengan Fremantle Station. Market ini dibuka pada hari Jumaat - Ahad sahaja. Harga barangan cenderahati agak banyak dijual disini dan murah berbanding kawasan bandar.

Untuk ke sini, anda boleh memandu dan parking di sekitar kawasan Kaili's Fish Market atau pun di E-Shed Market.  Jika menaiki train, boleh turun di Fremantle Station dan berjalan kaki sekitar kawasan pekan Fremantle.




9. Rottnest Island

Bagi korang yang pencinta alam semula jadi, korang boleh ke Rottness Island yang terletak tidak jauh dari Fremantle. Dah nama pulau, pastinya tiada jalan kenderaan untuk ke Rottness Island dan hanya feri dan bot sahaja laluan anda.

Rottness Island ini terdapat sanctuary penguin serta salah satu tempat untuk melihat ikan dolphin serta tempat memancing. Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti berbasikal serta tracking mengelilingi pulau ini. Anda juga boleh bermalam di Rottness Island dan jangan risau, terdapat banyak kedai makan serta cafe untuk korang jamu selera. 

Kalau datang time Summer, memang best dapat berenang di lautan biru serta snorkelling di pantai Rottness Island. Kalau ada modal lebih boleh amik tour mengelilingi pulau ini dan berhenti kawasan spot untuk snorkelling.   

Untuk ke sini, anda boleh menaiki feri dari jeti Fremantle dengan kadar bayaran AUD40.00 return. Ada juga feri dari bandar Perth tapi harganya lebih mahal iaitu AUD99.00.



10. Cottesloe Beach

Australia memang kaya dengan pantai yang cantik dan ianya mencatat rekod yang mempunyai lebih 2,000 pantai di seluruh negaranya. Salah satu pantai terbaik Australia terdapat di Perth iaitu Cottesloe Beach. 

Pantai ini agak terkenal dikalangan surfer serta orang yang ingin berparti sampai ke subuh, dan jangan risau jika membawa orang tua atau anak-anak. Tiada orang yang berbogel dikawasan ini dan pantai ini juga adalah kawasan riadah untuk kanak-kanak.

Jika datang pada bulan March, akan terdapat aktiviti kesenian dikawasan pantai ini dan beberapa aktiviti yang menarik. Pantai ini juga adalah tempat yang terbaik untuk melihat sunset diwaktu senja sambil menikmati makan malam. Anda boleh mandi dikawasan pantai ini dan terdapat banyak kemudahan untuk para pengunjung. Restoran serta hotel tidak jauh dari Cottesloe Beach. 

Untuk ke sini, anda boleh memandu dengan carian Cottesloe Beach dan parking sekitar kawasan. Jika menaiki train, korang perlu berhenti di Grant Street Station dan menaiki bas untuk ke Cottesloe Beach. 


This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam