Pengembaraan ke Eropah Barat: Netherlands - Belgium - Germany - Switzerland - Republic of Czech

Pengembaraan ke Eropah Barat: Netherlands - Belgium - Germany - Switzerland - Republic of Czech


Alhamdulillah buat pertama kali saya membuat perancangan dalam pengembaraan ke Europe dimana pengembaraan saya ini terdiri daripada rakan sekerja seramai empat lelaki dewasa. Idea mula timbul dimana diri sendiri serta rakan travel tidak pernah menjejak kaki ke negara yang kami ingin lawati ini. Bermula di Hotel Grand Continental Terengganu, suatu petang yang agak bosan saya mula membuat carian harga tiket untuk ke Amsterdam dan seperti menepuk bantal ketika mengantuk pula Emirates sedang membuat promosi gila pada web mereka. 

Perjalanan return trip kelas ekonomi KL-Amsterdam-KL RM2343, KL-London-KL RM2689 dan malah lebih lagi untuk promosi negara Europe. Ternyata saya terus mula membuat carian bermula dari KL ke Amsterdam. Tempoh perjalanan saya tarik sampai ke 14hari dan ternyata lagi terbukti harga tiket return jatuh kepada RM2348 termasuk tax. Ianya sangat murah bro. Tapi tiket ini anda perlu transit di Dubai International Airport. Tiada masalah! Booking terus...


Tarikh dipilih dan penempahan tiket dibuat dari 29 September 2017 hingga 11 Oktober 2017 (13hari) yang bermula dari KL, transit di Dubai selama 3jam dan terus ke Amsterdam. Harga RM2348 dibayar sepenuhnya tanpa ragu-ragu lagi. Tiket ini kami beli 10 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan kami. Lebih menguntungkan penerbangan ini akan menggunakan kapal terbang jenis Airbus A380. Hebat dan jakun! Saya dah semak, musim ketika ini adalah musim luruh, suhu mula menurun dan tidak mencecah pada tahap below 0 celcius.

Selepas penempahan dibuat, maka bermulalah idea bahawa memandu kereta lebih seronok dari pada menaiki keretapi untuk ke sesebuah negara di Europe. Tambahan pula group kami 4 orang lelaki dan berkemampuan untuk memandu. Sedikit kajian dari blog, wordpress serta website tertentu dirujuk lagi untuk mengetahui pengalaman serta kemudahan untuk memandu sendiri. Jika anda bergerak secara kumpulan sebenarnya lebih jimat untuk memandu sendiri kerana tiket keretapi cross country memang mahal harganya lebih-lebih lagi duit Malaysia yang sedang jatuh merudum ni.

Ada kebaikkan dan ada juga kelemahan jika menggunakan public transport di Europe. Anda boleh merujuk pada buku I Am Backpackers : Europe hasil tulisan Khairul Abdullah untuk mendapatkan tips bercuti ke Europe. Buku-buku jenis ini salah satu rujukan saya untuk merancang perjalanan. Letih kalau panjang lebar saya nak ceritakan satu per satu.


Sambung daripada rujukan saya tadi, kami lebih memilih untuk menyewa kereta dan memandu sendiri pengembaraan ini supaya kami dapat pergi sesuatu tempat lebih senang tanpa terikat dengan masa pengangkutan. Pengiraan matematik dibuat serta idelogi lontarkan untuk membuat kiraan perbezaan diantara harga minyak, sewa, toll dan parking tiket berbanding menaiki keretapi ataupun bas. 

Syarikat Sewa Kereta Jenis Kereta Harga
Green Motion Amsterdam Lexus CT200 Hybrid RM2218
Sixt Amsterdam Opel Insignia RM2455
Enterprise Amsterdam Mazda CX5 RM2404

Walaubagaimanapun, Carian Green Motion Car Rental memenuhi kepiawaian kami untuk menyewa sebuah wagon jenis Lexus CT200 Hybrid dengan harga Euro467.00 (Euro1 = RM4.75) (Rates pada bulan May 2017). Kereta jenis ini dipilih atas dasar ianya merupakan kereta penjanaan enjin Hybrid yang berkemungkinan akan membantu kocek kami juga malah ianya berbentuk Wagon dan sesuai untuk meletakkan barang yang banyak.


Selesai perihal kereta, enjin carian encik google digunakan sepenuhnya untuk meneliti negara yang menarik untuk dilawati serta top attraction dikalangan pengembara photography. Ini kerana mereka lebih kepada nature berbanding ke kawasan berbayar. Jimat! Sebuah itinerary kasar mula dikarang yang bermula dari Netherlands, Germany, Belgium, Switzerland, Republic of Czech, dan balik kembali ke Netherlands yang menjadikannya sebanyak 5 buah negara dengan satu pusingan lengkap dalam Western Europe.

Setelah itu, perjalanan itinerary di buat dengan lebih terperinci dengan membuat singgahan pada sesebuah tempat serta tempat bermalam untuk kami. Antara capital dan region yang kami singgah adalah :

1. Amsterdam, Netherland
2. Brussels, Belgium
3. Antwerp, Belgium
4. Cologne, Germany
5. Wuppertal, Germany
6. Frankfurt, Germany
7. Basel, Switzerland
8. Lucerne, Switzerland 
9. Mount Pilatus, Switzerland
10. Zermatt, Switzerland
11. Lauterbrunnen, Switzerland
12. Zurich, Switzerland
13. Munich, Germany
14. Prague, Republic of Czech
15. Berlin, Germany
16. Hamburg, Germany
17. Giethoorn, Amsterdam
18. Amsterdam, Netherlands

Jumlah perjalanan ini merangkumi sejauh lebih kurang 4,236km (Google Maps) dalam masa 13hari dan tentunya kami membuatkan pengembaraan yang jimat tapi berbaloi.


Ada yang tanya kenapa tidak pergi ke Paris dah juga UK? Jawapan saya ianya adalah terlalu mainstream dimana UK sendiri adalah ibarat bapa angkat Malaysia. Malah Paris juga begitu. Agak janggal jika ke kota Paris bersama 4 orang lelaki yang gagah perkasa, nanti kena cop geng kunyit. Maka, saya simpankan UK dan kota Paris untuk lawatan bersama isteri dan anak-anak saja. 

Seterusnya page Airbnb mula dibuka untuk membuat carian rumah tumpangan kerana ianya jauh lebih jimat berbanding dengan hotel. Dalam pencarian ini, ada beberapa tempat kami bermalam di guesthouse dan ada setengahnya di hotel. 

Adalah lebih jimat jika anda satu kumpulan tinggal di guesthouse kerana ianya mempunyai kemudahan lengkap terutamanya dapur untuk memasak, mesin basuh dan merasai kehidupan orang tempatan secara normal. Adakalanya guesthouse lebih mahal terutama kawasan tumpuan atau kawasan didalam bandar. Itu pun kena kira juga jika dapat guesthouse yang murah mungkin jauh ke kawasan pendalaman, berkemungkinan sukar untuk mencari rumah (walaupun bantuan GPS) dan kos minyak. Salah satu sebab kenapa kami memilih hotel di bandar utama.

Ada sesetengah pihak gemar menggunakan hostel kerana ianya juga dikatakan paling murah. Tapi bagi saya lebih baik menetap di guesthouse untuk lebih privacy. Kadang kala hostel ini berbentuk dorm dan anda akan berkongsi dengan orang lain. Mungkin agak sukar nanti untuk solat dan kawasan privasi anda terganggu dengan kehadiran orang asing. Tetapi anda mungkin akan dapat kongsi pengalaman kembara dengan orang asing jika tinggal dihostel, untung nasib mungkin boleh join group yang lain untuk follow mengembara.

Berikut adalah harga guesthouse dan hotel yang telah ditempah dan ianya tidak jauh dari bandar :  
Lokasi Penginapan Jumlah Hari Harga
Koog ann de Zaan, Amsterdam 3 hari RM1328
Wiener Straße, Frankfurt 3 hari RM713
Wolhusen, Switzerland 3 hari RM1214
Brecherspitze Hotel, Munich 2 hari RM437
Havanska, Prague 2 Hari RM474
Leonardo Hotel, Hamburg 2 hari RM456
Best Western Zaandam, Amsterdam 3 hari RM1375
Jumlah Keseluruhan RM5997

Dalam masa yang sama, kami telah membahagikan tugas untuk kelancaran itinerari ketika pengembaraan singkat ini. Saya telah memilih rakan pengembaraan yang mahir memandu malah mahir dalam memasak. Perkara ini penting supaya tidak terlalu penat memandu dalam masa yang lama yang mungkin menyebabkan kesihatan terganggu. Makan minum kami juga mesti dijaga dengan rapi kerana saya sangat memahami, jika perut lapar maka akan berlaku sedikit ketegangan serta pemberontakan dalam sistem penghadaman kami. Oleh itu, seorang chef dilantik untuk mengelakkan suasana lapar menjadi huru-hara.

Secara keseluruhan, pengembaraan berkereta yang merangkumi perjalanan sejauh 4,236km didoakan berjalan lancar tanpa kesulitan. Kami telah membuat persediaan beberapa bulan sebelum dari segi kesihatan, makanan yang dibawa, kesesuaian pakaian, ubatan serta kelengkapan perhubungan, disemak dari masa ke semasa. Saya pernah membaca petikan serta pengalaman orang lain mengenai travel planning dan segelintir mengatakan perjalanan yang tidak dirancang adalah lebih seronok. Mungkin juga tapi bagi saya lebih baik merancang dari pada terancam. Maka kita membuat rancangan dan kita serahkan selebihnya kepada Si Perancangan kita. InsyAllah.

Perbelanjaan :

1. Tiket flight : Seorang Kelas Ekonomi (Return) =  RM2348.00
2. Hotel/Guesthouse : RM5997 / 4 orang = RM1499.25
3. Sewa Kereta : RM2218 / 4 orang = RM554.50

Jumlah keseluruhan untuk seorang = RM4401.75

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam