Lego Time : London Bus

Lego Time : London Bus

Tak pasti ianya trend atau hobby baru yang datang secara menyusul. Saya dah lama tengok produk Lego terutama ketika berjalan menghabiskan masa di IOI City Mall Putrajaya. Dalam tu terdapat sebuah Lego Store yang menjual produk-produk Lego baharu serta terdapatnya versi Lego Expert serta Lego Technic. 


Penggunaan mahupun permainan Lego ini telah dibuat beberapa kategori dari peringkat anak kecil sehingga la tua pencen. Malah ada beberapa versi kategori Lego yang bersesuaian dengan peringkat umur. Level Expert adalah yang terbaik untuk umur 16-99 tahun. Dalam Lego Store tu ada terdapat beberapa display yang telah mereka bikin seperti London Bus, Sydney Opera serta Disney Castle. Harganya memang mampu membunuh wang gaji malah rasanya seperti tidak munasabah. 

Hobby saya tidak mahal seperti abang-abang brader yang lain. Hanya sekadar hobby biasa untuk anak-anak sekali. Ada alternatif lain untuk mendapatkan Lego yang 99.99% sama dengan Lego ini. Maka saya membeli dengan produk yang lain. 

London Bus adalah pilihan saya kerana saiz yang bersesuaian dan rasanya tidak terlalu rumit untuk membina. Ini adalah Lego Expert pertama yang saya bina dan mungkin akan menyusul pada beberapa jenis Lego yang lain. Tunggu modal ada ler baru beli yang lain.

Saya mengambil masa hampir 4jam untuk membina London Bus ini dengan 2 manpower. Kalau buat sorang mungkin jadi 8 jam. Agak syok bina Lego ni cuma yang lecehnya London Bus  mempunyai 1,686 pieces Lego. Anda perlu mengasingkan paket yang bernombor dan serta kepingan yang kecil. Ini yang memakan masa bila kepingan kecil atau kepingan unik tidak dijumpai didalam paket kerana terlindung.

Tapi saya rasanya ianya agak berbaloi untuk dicuba bersama keluarga. Setakat ini, London Bus masih dalam keadaan elok dan dibuat display untuk tatapan rakan sekerja. Esok lusa ianya akan balik ke rumah untuk Nazril bermain. Semoga selamat London Bus ini.

This is Awesome bro...









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam