Giethoorn, Netherlands

Giethoorn, Netherlands

Seperti mana yang pernah anda ketahui di dalam Facebook, Giethoorn adalah salah satu perkampungan air yang tidak mempunyai jalan kereta dan lebih dikenali sebagai Car Free Village. Perkampungan ini terletak diluar kota Amsterdam kira-kira 120km dimana anda boleh menuju kesini samada memandu ataupun menggunakan train serta bas. 

Sewaktu melawat ke Giethoorn, saya memandu daripada Hamburg Germany - dari arah barat Netherlands dan membuat persinggahan disini. Sebenarnya, perkampung ini bukanlah 100% tiada jalan kenderaan, kawasan perumahan yang dibina dengan sususan yang teratur dan sistematik membuatkan laluan kenderaan anda bot air boleh mengelilingi kampung ini. Memang menarik dan awesome!



Pelancong tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan perumahan orang tempatan dan perlu meletakkan kenderaan dikawasan yang disediakan. Jika anda memandu, anda boleh membuat carian "Giethoorn free parking lot". Follow saja route map dan parking kereta anda disini tanpa sebarang cas parkir. Sekitar kawasa parking ini disediakan mini market, kedai kopi, tandas awam serta pejabat informasi Giethoorn.

Kalau taknak keliru, korang follow saja signboard Giethoorn Centrum supaya perjalanan korang tidak tersasar ke kawasan perkampungan ditempat lain. Dari sini korang kana melalui beberapa kedai cenderahati, kedai kopi serta beberapa kawasan tempat sewa bot kecil serta bot besar. 


Ada beberapa pakej yang ditawarkan salah satunya ialah menyewa bot kecil dengan kapasiti 5-6orang dengan harga 10.00 Euro untuk satu jam. Bot kecil ini menggunakan enjin janaan bateri. Penyewa akan memberikan instruction serta safety yang perlu korang patuhi semasa melalui kawasan kampung air ini. Pakej yang lain pula adalah menaiki bot besar yang ada pemandung. Pakej ini berharga 15.00 Euro dimana korang akan menyusuri kampung air dan diberikan minuman kopi percuma. Biasanya bot besar ini tidak berhenti pada mana-mana kawasan rumah kerana bot ini berkapasiti besar yang memuatkan orang sehingga 20-30 orang. Maka, jika korang menyewa bot atau menaiki bot, korang tidak dibenarkan berhenti dimana-mana untuk mengelakkan kemalangan dan pelanggaran bot kecil. 




Maka, saya lebih gemar memilih untuk berjalan kaki mengelilingi kampung. Jimat, bersenam dan bebas untuk kemana sahaja. Harus diingatkan kalau berjalan kaki mengelilingi kampung Giethoorn ini mampu mencecah 8km. Tak semestinya korang kena habiskan 8km, ada beberapa jalan shortcut yang korang boleh tapau kalau kaki dah rasa jem krem.

Permulaan memasuki kampung suasana sedikit ramai walaupun pada hari bekerja. Uniknya kawasan perkampungan ini mereka membina rumah jenis cabin logde dan mempunyai kawasan tanaman serta kawasan lapang sekitarnya. Hasil pemerhatian saya, ada beberapa rumah telah dijadikan sebagai guesthouse seperti Bed and Breakfast dan ada sesetengahnya telah dijadikan kedai dan restoran makanan.

Sungai kecil yang dibina sebagai terusan ini dijadikan jalan air untuk ke satu kawasan serta mengelilingi perjiranan perumahan sekitar ini. Pada bahagian belakang rumah ini terdapat jalan raya kecil untuk ditempatkan kereta penduduk rumah dimana pelancong dan orang asing tidak dibenarkan lalu dan parking dikawasan rumah mereka. Kira macam private land la.



Mereka ini boleh dikatakan rajin dan pandai menghiasi kawasan rumah. Bagi kaum hawa pastinya tertarik dengan tanaman bunga yang ditanam dihadapan rumah dan hiasan pejalan kaki yang dilengkapi dengan kerusi, meja dan tanaman bunga ditepi terusan. Beberapa rumah juga mempunyai jambatan sendiri untuk melintasi terusan ini. Walaipun ramai pelancong, agak kagum kerana kebersihan mereka sangat terjaga dan segalanya berada dalam keadaan cukup rapi dan harmoni.

Dalam perjalanan, saya singgah di salah satu kedai kopi untuk rehatkan kaki serta menikmati suasana yang tenang dan awesome! Seperti biasa, kopi secawan serta bekalan sandwich adalah pembuka sarapan pagi saya di Giethoorn. Walaupun dikawasan perlancongan, harga jualan minuman/makanan tidak berbeza dengan kedai/restoran di bandar mahupun station minyak. Seolah ada tetapan harga kawalan untuk kesemuanya ini. Bagus dan amalkan selalu. Di dalam KL Bird Park air mineral harganya RM4.00, dafak?



Menikmati suasana sekitar, saya meneruskan perjalanan untuk melengkapi peta 5km saya. Tak mampu saya nak jalan 8km dan saya juga mengejar masa ketika itu untuk ke tempat lain. Boleh dikatakan hampir kesemua gambar yang diambil menjadi sangat menarik dikawasan ini. Pertama kali menjejak kaki ke Giethoorn dan ianya sangat indah dan berbaloi walaupun jauh dari Kota Amsterdam.





Saya menuju balik ke kawasan kereta dan singgah sebentar di kedai cenderahati. Adalah satu perjalanan yang awesome di Giethoorn. Tidak rugi untuk memasuk    kan itinerary perjalanan korang kesini. Sila luangkan masa yang lama disini...

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam