Train Pass di Tokyo Jepun

Train Pass di Tokyo Jepun

Public transport di Jepun memang terbaik di dunia kerana kecekapan serta akses hampir seluruh kawasan di Jepun termasuk kawasan kampung. Kebergantungan rakyat Jepun pada public transport sangat tinggi malah sehingga ada kawasan - kawasan terpencil yang masih mempunyai perhubungan transportasi ini. 

Bagi rakyat Malaysia, menaiki train laju serta train bandar ekspress menjadi pilihan utama kerana di Malaysiatak ada semua tu. Yang kita ada hanya ERL menuju ke KLIA serta ETS Intercity yang boleh juga dikatakan laju dan cekap pada harga berpatutan.

Terdapat banyak train pass yang ditawarkan di bandar Tokyo sahaja antaranya adalah JR Pass, Tokyo Subway Ticket, Tokyo Metro dan Tokunai Pass. Paling popular yang digunakan di Tokyo adalah JR Pass yang menghubungkan hampir 90% station di dalam Tokyo dan sub-bandar Tokyo samada menaiki Monorail, Train bandar atau Shinkansen (Keretapi Laju).



Sebelum ke Tokyo, saya membuat sedikit rujukan dengan penggunaan pass yang boleh menjimatkan kocek saya kerana jika anda tidak menggunakan mana-mana pass di Tokyo pastinya anda adalah seorang yang sangat kaya-raya. Dengan adanya pass train, korang boleh menggunakan/menaiki train pada bila-bila masa serta mana-mana kawasan yang dibenarkan oleh pass dengan sekali bayaran sahaja. Kalau korang nak tahu, membeli single-ticket untuk kesatu station di Tokyo memang mahal gila apatah lagi kalau ke sub-bandar lain untuk menikmati kawasan alam semula jadi.

Sebagai contoh, train dari Tokyo Station ke Harajuku Station satu hala berharga JPY200 (RM7.40), manakala jika menaiki Shinkansen dari Tokyo Station ke Gala Yuzawa Ski Resort pula berharga JPY6,150 (RM226.80) sehala. Jika anda membeli pass, sekeping pass berharga antara RM200.00 - RM400.00 yang membolehkan anda kemana-mana secara percuma serta dalam masa 3hari. Murah dan bijak bukan?

Oleh itu saya selalu mencadangkan pada rakan supaya membeli tiket JR Tokyo Pass ataupun JR Tokyo Wide Pass untuk kemudahan sejagat. Jika korang membeli JR Pass, korang juga perlu membeli Suica / Pasmo card (Seperti touch and go card) untuk kegunaan train yang bukan dibawah seliaan JR Company ataupun korang membeli satu lagi pass seperti Tokyo Subway 1 Day atau 2 Day. Mungkin korang dah mula pening, kenapa dah ada pass tapi masih perlu menggunakan Suica Card / Pasmo Card?




JR Company adalah sebuah syarikat keretapi besar di Jepun yang mengawal selia segala train di Jepun, manakala ada pula beberapa Lane keretapi yang bukan dibawah seliaan JR Company, ala macam lebih kurang kat Malaysia tu paling besar adalah Rapid, lepas tu ada KTMB, Selangor Bus, Syarikat Bas Temerloh... macam lebih kurang begitu la. Jadi JR Pass ini hanya boleh digunakan pada laluan train/bus under JR Company. Berikut adalah peta laluan keretapi JR Pass Company untuk Tokyo sahaja.



Jika anda membeli Tokyo Wide Pass, ianya berharga JPY10,000 tapi korang berpeluang untuk menaiki Shinkansen menuju ke utara Tokyo iaitu Karuizawa serta Gala Yuzawa. Kedua-dua kawasan ini mempunyai ski-resort yang memberi peluang pada anda untuk bermain salji pada bermulanya waktu Winter sehinggalah awal bulan May. Menaiki Shinkansen dengan membeli single-ticket sememangnya mahal macam kena penumbuk bro... maka seperti yang saya cakap tadi, pass ini akan membantu kocek anda. Rumusan seperti dibawah :

Train Pass Price Validity
JR Tokyo Wide Pass JPY10,000 3 Days
JR Tokyo 1 Day Pass JPY1,590 1 Day
N'EX Tokyo Round Trip (Narita) JPY4,000 Round Trip
Tokyo Subway Ticket JPY800 1 Day
Tokyo Metro Pass JPY600 24 Hours

Dengan adanya JR Tokyo Wide Pass, korang juga boleh menuju ke Kawaguchiko untuk panorama Mount Fuji yang hebat. Sementara itu boleh singgah di station Fujisan dan berjalan kaki di sekitar kawasan kampung. Jangan lupa untuk pergi ke Yokohama yang terletak kira-kira 40minit dari Tokyo Station dengan menggunakan laluan Yamanote Line.

Sememangnya banyak kawasan yang terkenal yang korang boleh singgah dengan menggunakan JR Wide Pass ini cuma yang tak bestnya, pass ini hanya valid untuk 3 hari sahaja. Masuk hari ke-empat korang kena beli pass lain atau guna Tokyo Subway Ticket.

Bergantung pada anda untuk memilih jenis pass yang korang rasakan sesuai untuk perjalanan korang di Tokyo. Yang pastinya, jangan melepaskan peluang untuk membeli JR Tokyo Wide Pass untuk menrasai pengalaman menaiki Shinkansen Jepun. Ianya memang hebat dan terbaik. 

Kalau korang touchdown flight dari Narita Airport, adalah disarankan untuk membeli N'EX Tokyo Pass untuk penjimatan yang lebih. Harganya adalah JPY10,000 untuk dua hala dan tiada tarikh. Manakal kalau korang touchdown Haneda Airport, JR Pass masih cover dengan laluan Monorail dari airport menuju ke Hamamatshucho dan interchange dengan Yamanoteline.

Pendek kata, kalau tak study betul2 laluan train di Tokyo ini ada 2 kemungkinan :

1. Sesat atau silap station.
2. Terlebih bayar harga ticket (single-ticket) kerana menggunakan laluan lain.

Pada mulanya agak sukar untuk fahami, tapi jika korang peminat tegar Google Maps, pastinya anda berterima kasih kelak pada Google kerana ianya akan memberitahu korang train apa yang patut korang guna dan platform berapakah yang patut korang tunggu termasuk waktu train berlepas malah harga single-ticket sekali. Tabik pada google maps!



This is Awesome bro... 

Comments

Suhaila said…
Assalamualaikum En.. boleh kah saya ingin bertanya lebih lanjut pasal train pada En? Boleh ke saya emailkan soalan-soalan saya? Sebab saya kurang jelas dengan penjelasan di sini. Terima kasih
Nazrul Akram said…
Salam, boleh email kepada email saya nazrulakram@gmail.com atau DM pada ig sama @nazrulakram
Anonymous said…
info yang cukup padat dan manfaat. terima kasih ;)

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam