Posts

Showing posts from February, 2018

Family Day Al-Imran 2018

Image
Family Day Al-Imran 2018 Cuti Chinese New Year pada tahun ini digunapakai sepenuhnya untuk perjumpaan antara ahli keluarga yang disayangi. Satu sesi telah ditetap sebulan sebelum dan menjadi agenda tahunan ahli keluarga Al-Imran akan berjumpa - bertemu mata pada setiap tahun memandangkan pada tahun ini adalah tahun genap yang mana kebanyakkan hali keluarga tidak balik beraya di Kota Bharu. Maka Family Day dianjurkan untuk ukhwah sesama ahli. Family day Al-imran berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Villaku Chenta, Kampung Cherok Paloh Kuantan. Agenda kami sepanjang family day ini adalah acara bebas dan acara makan yang tiada penamat. Kami sngat suka dengan makan dan tidak gemarkan bersukan. Aktiviti kali ini hanya lebih kepada mandi manda di swimming pool yang telah dibolot sepenuhnya oleh anak-anak (balik terus demam bhai), serta acara penyediaan makanan dan lebih kepada aktiviti memancing. Nampak macam bosan kerana tidak ada acara sukan neka tetapi tidak

Nasi Kerabu Mek La, Kuantan Pahang

Image
Nasi Kerabu Mek La, Kuantan Pahang Dah lama saya tak upload pasal kedai makan terbaik seantero Malaya ni. Kebetulan berjalan-jalan ke Pekan Pahang baru ni, saya sempat la menyinggah ke restoran Nasi Kerabu Mek La ini pasal telah di-recommended oleh kawan saya yang kerja di Kuantan. Restoran Nasi Kerabu Mek La ini tidak jauh dari bandar Kuantan tapi ianya tidak berada ditepi laluan jalan utama. Jika guna google maps, korang pasti ragu-ragu dengan kawasannya pasal jalan macam nak masuk kampung pastu tu ada anak sungai kecik. Tetapkan google maps anda dengan carian Nasi Kerabu Mek La yang terletak di Kampung Permatang Badak. Tak susah mana pun, lebih kurang 1.5km saja dari simpang Mc Donalds Jalan Kuantan - Gambang. Saya tiba seawal jam 7.45pagi di kedai ini dan orang pun macam dah mula menunjukkan sedikit sesak dengan beratur yang mild-mild. Tempat duduk sememangnya banyak, bukti kedai ini menampung ramai orang. Maka saya terus beratur dan ketika itu jugalah ayam bakar dan a

Amsterdam, Netherlands - Part 2

Image
Amsterdam, Netherlands - Part 2 Saya kembali ke kota Amsterdam setelah membuat singgahan di Giethoorn pada hari ke 10. Perjalanan bermula dari Hamburg Germany, menyinggah di Giethoorn dan melalui jalan tambatan Houtribdijk adalah perkara yang memenatkan tapi puas hati. Boleh dikatakan kesemua team saya sedang berlapar kerana bekalan makanan kami nyata telah habis walaupun bungkusan roti. Hanya ada coklat snickers dan air mineral sahaja. Oleh itu, driver kami mula membuat sedikit pecutan berhemah meyusuri jalanraya untuk menuju ke Zaandam. Zaandam adalah hotel kami terakhir di kota Amsterdam sebelum balik ke Malaysia. Kali ini kami memilih hotel kerana harga guesthouse pada tarikh kami duduki lebih mahal berbanding pada hari biasa. Jadi saya tepaksa menempah hotel yang mempunyai 2 bilik dan satu dapur di Best Western Zaan Inn. Tiba di sekitar bandar Zaandam agak lewat sekitar jam 6.00petang. Waktu ini matahari mula senja dan kebanyakkan kedai sudah mula tutup malah hari ini

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...