Amsterdam, Netherlands - Part 2

Amsterdam, Netherlands - Part 2

Saya kembali ke kota Amsterdam setelah membuat singgahan di Giethoorn pada hari ke 10. Perjalanan bermula dari Hamburg Germany, menyinggah di Giethoorn dan melalui jalan tambatan Houtribdijk adalah perkara yang memenatkan tapi puas hati. Boleh dikatakan kesemua team saya sedang berlapar kerana bekalan makanan kami nyata telah habis walaupun bungkusan roti. Hanya ada coklat snickers dan air mineral sahaja.

Oleh itu, driver kami mula membuat sedikit pecutan berhemah meyusuri jalanraya untuk menuju ke Zaandam. Zaandam adalah hotel kami terakhir di kota Amsterdam sebelum balik ke Malaysia. Kali ini kami memilih hotel kerana harga guesthouse pada tarikh kami duduki lebih mahal berbanding pada hari biasa. Jadi saya tepaksa menempah hotel yang mempunyai 2 bilik dan satu dapur di Best Western Zaan Inn.

Tiba di sekitar bandar Zaandam agak lewat sekitar jam 6.00petang. Waktu ini matahari mula senja dan kebanyakkan kedai sudah mula tutup malah hari ini adalah hari Ahad. Berbekalkan google maps, saya sebagai navigator mencari kedai halal yang telah kami research sebelum ini iaitu Doner City. Kami sudah terlewat satu jam dari jadual itinerary kerana leka di Giethoorn. Masa sangat penting kerana, jika anda lewat segalanya akan tergendala terutama bila anda mengejar masa operation hours sesuatu kedai.




Agak bernasib baik, kedai Doner City masih lagi dibuka dan ada beberapa pelanggan yang masih lagi makan dikedai dan take away. Tiada yang lebih indah semasa dapat makan ketika perut yang kelaparan, tiada lagi soalan dan tiada lagi pertuturan semasa mulut masing-masing mengunyah makanan yang dihidangkan. Betapa hebatnya nikmat oleh-Nya kerana masih lagi boleh makan dan minum. Syukur Alhamdulillah.

Selesai makan, kami bergegas untuk ke hotel Best Western Zaan Inn. Hotel ini boleh dikatakan murah dan berbaloi untuk korang datang bersama anak kecil. Ianya terletak tidak jauh dari station train Zaandam lebih kurang 300meter sahaja dan terdapat pasaraya bersebelahan dengannya yang mana korang boleh beli roti, air dan makanan ringan untuk lapik perut dalam hotel.

Urusan check-in berjalan seperti biasa, bagusnya dorang ni seperti tidak jemu untuk bercerita dan memberi penarangan pada penginap hotel untuk mengenali bandar Amsterdam dan memberi tips penjimatan dengan local tours. Kami layan tapi tak amik apa-apa pakej pasal dalam kepala otak kami hanya nak rehat dan tidur saja.

Melaksanakan solat, menuang air panas untuk megi cup dan membancuh air kopi adalah penyudah pada hari ini. Semoga dengan penyudah ini saya dapat tidur dengan lena setelah bersusah payah dan penat lelah.


Bersiar siar di Kota Amsterdam

Sebelum keluar dari hotel, The Chef menyiapkan sarapan pagi ruji iaitu megi goreng. Saya masih tak faham kenapa perut ini sentiasa lapar. Jam 8 pagi kami menuju ke car rental Green Motion untuk memulangkan kereta. Kami singgah untuk mengisi minyak full tank, saya membeli coklat Snickers untuk bekalan sebelum tiba waktu makan tengahhari.

Bagusnya sewa kereta di Eropah, mereka memang percayakan customer. Ketika kami hantar kereta, tak ada seorang pon keluar dari office untuk semak kereta dan check full tank. Depa hanya tanya minyak full ke? kami jawab yes dan dia say bye bye. Tak perlu basuh kereta mahupun vacuum, pasal dorang akan buat selepas kereta return. Cuma yang lecehnya charge insuran untuk sewa kereta agak tinggi jika korang cross country. Untuk 12 hari ini harga insuran sahaja 402.00 Euro. Tapi bagus juga kerana ini adalah insuran premium dimana jika berlaku apa-apa kami tak perlu keluarkan duit 1sen pon. Semuanya undercover.

Tabik hormat pada Toyota Prius Hybrid Wagon kerana telah membawa kami berjalan sejauh 4797km dalam masa 11 hari ini dengan kadar kos minyak hanya 370.00 Euro sahaja. Satu penjimatan yang agak ketara yer!  Cara pemanduan kedua-dua pilot kami bukanlah berhemat sangat ketika melalui auto-bahn no speed limit, tapi kelajuan maksimum kami hanya 150kmh sahaja demi keselamatan dan average pemanduan adalah 80kmh pada jalan kecil. 


Selesai urusan pemulangan kereta, kami menaiki shuttle bus dan menuju ke Airport Schiphol. Disini kami membeli tiket train GVB 2 Day Pass untuk memudahkan pergerakkan kami tanpa bayaran di setiap station. Lebih kurang JR Pass di Jepun. Ada banyak pass yang korang boleh pilih samada mengikut jam, hari dan bulan. Ada juga untuk 1 jam, 6 jam dan 12jam, ada juga untuk 1 hari, 2 hari dan 5 hari. Korang boleh rujuk tawaran tiket disini untuk keserasian korang sendiri. 

Bergantung pada korang nak guna tiket tu berapa lama asalkan bayar ajer. Dalam hal ini saya hanya beli untuk 2 hari saja yang berharga 21.00 Euro untuk seorang. Dengan adanya tiket ini korang bebas untuk menggunakan Train, Trem, Metro Train, Bas dan Ferry syarikat GVB. Boleh kata satu bandar ini korang boleh naik sesukahati korang. Hanya tap in dan tap out sahaja. Tak seperti Germany - di Amsterdam ada juga pegawai yang datang check tiket. Maka berhati-hati bagi korang yang jenis jump-off train yang tak beli tiket.



Kami terus menuju ke Central yang memakan masa lebih kurang 20minit perjalanan. Kami keluar dari station dan berjalan kaki melalui kawasan sekitar Central untuk bergambar, maklum ler hari ini baru nak pusing bandar. Selama ini hanya checkin diluar kawasan bandar saja. Kalau korang menaiki train, bangunan Amsterdam Central adalah bangunan yang cantik dan menarik. Jangan lepaskan peluang bergambar disini tapi hati-hati, jangan terlalu leka berselfie takut kena langgar dengan tram. Sila patuhi arahan dan awasi diri dengan laluan tram. 



Destinasi kami yang pertama adalah Dam Square. Di kawasan ini terdapat bangunan bangunan lama yang mula dibina pada kurun ke-17 malah lebih daripada itu lagi. Sekitar Dam Square juga terdapat muzium Madam Tussaud's, National Monument dan beberapa galeri seni dan lukisan. Saya seorang penjimat, maka saya tak masuk segala muzium berbayar dan hanya layan suasana serta keindahan kota Amsterdam secara percuma sahaja. Huhuhuhu...




Lupa nak bagitau, mengapa kami menghantar kereta pada hari ini? Ini kerana, kota Amsterdam bukan sebuah bandar yang mesra dengan penggunaan kereta. Memang jarang kereta yang memasuki didalam pusat bandar dan kawasan parking kereta juga sangat terhad walaupun kawasan private. 

Boleh kata setiap laluan jalan raya akan dilalui oleh trem dan orang yang berbasikal juga terlalu ramai. Oleh itu, kami yang sebagai pengunjung yang tidak mahir nak memandu memasuki bandar, maka kami telah membuat keputusan terbaik untuk menghantar pulang kereta pada hari ini dan memilih untuk menaiki public transport sahaja. Serius bro, memang susah nak bawak kereta masuk bandar pasal ada trafik light yang korang kena patuhi untuk bagi laluan pada trem yang melintas. Silap haribulan kena langgar ajer dengan trem berkecai semuanya.

Dari Dam Square, kami berjalan kaki ke trem station terdekat dan terus menuju ke I Amsterdam Sign. Station Rijksmuseum adalah station paling terdekat untuk ke I Amsterdam sign.

Kawasan ini adalah kawasan tumpuan pelancong, sila berhati-hati juga dengan beg galas anda pasal orang yang sibuk bergambar pastinya leka dengan kawasan persekitaran. Lucu juga melihat bermacam gaya orang yang bergambar dengan Amsterdam Sign ini. Kungfu ade, baring ade, panjat macam beruk pon ade. Lantak korang ler. Bila saya tiba kat sini, hujan renyai mulai membasahi bumi ini. Maka tidak banyak gambar yang sempat saya rakam selain berteduh. Sejuk tak payah cerita la bhai....



Hard Rock adalah destinasi kedua kami, tak jauh dari I Amsterdam Sign ini terletaknya Hard Rock Amsterdam. Membeli barangan orang yang kirim serta kawan-kawan yang mengumpul t-shirt Hard Rock. Seperti saya cakap sebelum ni, saya tak kumpul baju HRC, saya hanya datang tengok tengok harga saja sambil tengok display costume dalam Hard Rock. Saya suka ke HRC di Eropah pasal ianya bagaikan seperti anda memasuki muzium sejarah artis barat yang penuh dengan coretan sejarah Rock, Rock n Roll, Rock Classic serta Heavy Metal disamping diperlihatkan baju-baju yang pernah dipakai oleh artis antarabangsa.


Perut mula membuat okestra tengahhari walaupun baru jam 11.00pagi. Sebelum ini saya dah alaskan megi goreng dan roti croissant akan tetapi keputusan tersebut hampa. Ingatkan saya seorang saja yang lapar, hahaha rupanya semua tengah lapar. Mana tidaknya, dok dalam HRC bau orang masak burger dengan bau steak confirm lapar siot. Google maps digunakan untuk mencari kedai Halal lagi.

Tiada Yang Lebih Indah Selain Makan

Walaupun jarak HRC dengan kedai makan halal hanya 800meter, tapi berjalan kaki terasa bagaikan 8km saja. Cuaca mendung dan gerimis membuatkan lagi perut seperti ditumbuk-tumbuk setelah melintasi restoran makanan yang pastinya tidak halal. Pada tika ini pork burger pon nampak sedap bro! Tunggu orang nak offer aje kompem rebah.

Dana Halal Food menyambut ketibaan kami. Alhamdulillah kedai baru buka dan sedia untuk menerima tempahan kami. Orang pon tak ada maka pastinya serving akan menjadi cepat. Kedai ini menarik pasal Dana Halal Food menyediakan masakan nasi goreng bersama ayam goreng dan beberapa lagi masakan berkonsepkan nasi dan bukan kebab semata-mata. Saya terus order Nasi Goreng + Ayam Goreng 3 Ketul Combo berharga 8.00 Euro termasuk air. Kat Europe, kebanyakkan saya perasan mereka akan mula menggoreng ayam atau fries bila ada order saja. Mereka tidak mengamalkan goreng dan dibiarkan begitu sahaja sementara orang order seperti kedai makan nasi campur dan nasi kandar mamak.

Mereka tak goreng awal-awal mungkin takut cepat sejuk atau menjaga quality makanan. Maka setiap makanan yang kita dapat tu selalunya panas berasap berapi. Kalau order spicy kat sini macam takde spicy langsung. Jadi korang yang makan pedas sila bertabah yer. Dengan adanya nasi goreng dan ayam goreng 3 ketul, suasana sunyi sepi mula datang kembali. Masing-masing makan macam dah 1bulan tak jumpa nasik. 



Perut yang sudah diisi ini pastinya gagah kembali untuk berjalan-jalan sekitar Amsterdam. Destinasi seterusnya adalah menghabiskan duit Euro di Albert Cuyp Market. Berdasarkan carian blog sebelum ini, di sini terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati dan boleh tawar menawar. Kalau korang nak beli souvenir seperti baju, keychain, magnet fridge atau weeds boleh ler masuk Albert Cuyp Market dalam itinerary kamu.  Panjang Albert Cuyp Market ini hampir 700meter dan boleh mencecah 1km pada hari cuti. Korang bayangkan saingan diantara kedai yang menjual barangan yang hampir sama dan meletakkan diskaun pada harga yang tertentu. Barang yang sama, harga yang sama, mengapa bayar lebih?



Magnet fridge disini dijual pada harga 3 biji 5.00 Euro, dan malah ada juga 1 biji 1.00 Euro yang bergantung pada design. Saya dapat beli magnet fridge I Love Amsterdam 1 biji 1.00 Euro dan terus borong 20 bijik. Awesome bukan? Untuk keychain pula sedikit mahal kerana sekecil kecil keychain berharga 2.00 Euro sebijik. Tshirt sign Amsterdam juga dijual bermula dari 8.00 - 12.00 Euro dan jaket/hoodie pula 15.00 - 20.00 Euro. 

Sekitar kawasan ini juga menjual pelbagai produk Cannabis secara legal. Korang boleh beli rokok ganja, kek ganja, air ganja dan biskut ganja. Kalau lalu kawasan kedai jual Cannabis kompem boleh bau kaw-kaw beb. Kedai kopi mereka berasap macam terbakar pon ade. Mereka akan letak sticker siap-siap pada restoran dan kedai yang boleh hisap Cannabis dan ada juga kedai yang melarang pelanggan hisap cannabis di kedai mereka. Kalau hisap juga kena taruk kat situ juga, tapi kebanyakkan mereka dah faham dan menghormati kedai tersebut. Untunglah kamu yang hisap Canabis. Harga untuk sekotak rokok sekitar 7 Euro untuk 10 batang dan kek pula 4.50 Euro sepotong. Macam kek Secret Recipe daaaaa.. Mujur geng travel saya semuanya jenis non-smoking person. Terbaik la korang!



Kami menghabiskan masa waktu petang dengan bersiar-siar di dalam kawasan bandar sebelum balik ke Amsterdam Central.  Bagi korang yang nak beli toys untuk anak-anak, ada satu kedai yang namanya Intertoys yang lebih kurang macam Toy r Us di Malaysia. Kalau beli produk Lego harganya macam lebih kurang Malaysia ajer la. Hummm patut kena lebih murah - maka saya beli Lego kecik saja. Selain tu ada juga la toys dari produk-produk lain, hangpa mai singgah sendiri ajer ler.




Bersiar-siar dibandar tanpa mengisi perut yang lapar ini bukan perkara yang awesome. Tidak dinafikan terdapat banyak kedai-kedai kecil yang Halal di sekitar bandar Amsterdam ini. Kalau search dalam google pasti sukar, nanti kalau dah sampai kedai ini boleh marking dalam google maps dan kasi review. Kebanyakkan peniaga gerai Halal ini berbangsa Turki, Pakistan dan Indonesia. Yaa Indonesia - Jangan terkejut yer, nak makan bakso dengan ayam penyet pon ade tapi harga dia macam dah kena lenyek pulak rasanya. 

Jadi adalah lebih bagus saya ke gerai biasa untuk penjimatan yang lebih. Wok Inn adalah salah satu kedai kecil yang mempunyai customer tak habis-habis. Kedai ini menepati citarasa kami yang dah jemu nak layan kebab hari-hari. Antara menu yang Wok Inn ada adalah Nasi Goreng Terikayi / Udang, Mee Goreng Seafood dan ada juga Japan Udon Mee. Bagaikan tilam yang empuk, saya terus memilih Chicken Rice Terikayi bersama garlic sause. Rasa nikmat memakan nasi goreng panas sewaktu suhu sejuk sangat terbaik dan disulamkan dengan air coke untuk membuang segala angin dusta. Harga nasi goreng bersama coke ini 6.50 Euro.




Kedai yang kecil dan orang agak ramai, anda perlu melajukan permakanan anda supaya dapat memberi ruang pada orang lain untuk makan di kedai. Jadi masa yang singkat ini kami hargai dengan bayran yang setimpal. Ada sesetengah kedai makan halal  menyediakan ruang solat kecil muat untuk seorang. Anda hanya perlu bertanya dan mereka akan tunjukkan tempat solat mereka. No problem! Setelah selesai makan, adalah lebih bagus untuk kembali ke hotel. Menggunakan kad Day Pass Amsterdam, kami menuju ke hotel yang bersebelahan dengan station Zaandam. Tap-in dan Tao-out kad. Mudah dan senang. 

Singgah sekejap di kedai serbaneka jenama Deen yang selalu menawarkan promosi gila-gila pada setiap hari. Ini juga salah satu bencana jika lalu di kedai Deen sehinggakan mereka menjual payung berharga 1.00Euro. Baik juga untuk cenderahati untuk bagi kat orang.


Tiba di hotel pastinya selesa. Mandi solat dan berehat sambil membancuh teh. Suhu diluar mula menurun bawah 10Celsius dan cuaca mula hujai renyai. Selamat kami sempat sampai di hotel dan boleh berehat santai.

Sambung pada Amsterdam, Netherlands - Part 3

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam