Nasi Kerabu Mek La, Kuantan Pahang

Nasi Kerabu Mek La, Kuantan Pahang

Dah lama saya tak upload pasal kedai makan terbaik seantero Malaya ni. Kebetulan berjalan-jalan ke Pekan Pahang baru ni, saya sempat la menyinggah ke restoran Nasi Kerabu Mek La ini pasal telah di-recommended oleh kawan saya yang kerja di Kuantan.

Restoran Nasi Kerabu Mek La ini tidak jauh dari bandar Kuantan tapi ianya tidak berada ditepi laluan jalan utama. Jika guna google maps, korang pasti ragu-ragu dengan kawasannya pasal jalan macam nak masuk kampung pastu tu ada anak sungai kecik. Tetapkan google maps anda dengan carian Nasi Kerabu Mek La yang terletak di Kampung Permatang Badak. Tak susah mana pun, lebih kurang 1.5km saja dari simpang Mc Donalds Jalan Kuantan - Gambang.

Saya tiba seawal jam 7.45pagi di kedai ini dan orang pun macam dah mula menunjukkan sedikit sesak dengan beratur yang mild-mild. Tempat duduk sememangnya banyak, bukti kedai ini menampung ramai orang. Maka saya terus beratur dan ketika itu jugalah ayam bakar dan ayam goreng siap sedia untuk dihidangkan. Dok tengah beratur tu saya toleh kebelakang macam dah nak beli tiket bola plak panjangnya. Maka lebih afdal datang awal yer dan kata pekerja dia, orang lagi ramai waktu hari bekerja.

Antara menu yang terdapat di Nasi Kerabu Mek La adalah Ayam Bakar, Ikan Goreng Tepung, Ayam Goreng, Daging Bakar, Solok Lada, Bawang Putih Jeruk dan mereka jugak ada Nasi Minyak Gulai Ayam. Banyak menunya malas pulak saya nak typing panjang-panjang.

Saya order Nasi Kerabu Ayam Bakar dan tambah Ayam Gulai, hasilnya sekejap saja saya dah settlekan semuanya. Saya boleh katakan nasi kerabu ni 9.5/10 ditambah pulak lelehan kuah budu dengan sambalnya. Sememangnya terbaik untuk menikmati nasi kerabu ayam bakar kat Kuantan ni. 

Tidak hairanlah ketika saya meninggalkan kedai ini, orang parking kereta bersusun. Yang beratur tak payah ceritalah panjangnya, datang awal kalau nak bungkus banyak-banyak. Saya tak pasti waktu operasi kedai ni tapi kata kawan saya ianya dibuka seawal jam 730pagi sampai ke malam. 

Kalau korang ke Kuantan, sila pastikan Nasi Kerabu Mek La masuk dalam itinerari untuk neu makan pagi. Kena pulak dengan nescafe panas. Perghhh!

This is Awesome bro...






Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam