Nürburgring, Germany

Nürburgring, Germany 

Semasa saya membuat draft itinerary pada laluan Germany, saya telah memasukkan salah satu tempat yang saya kenali sejak kecil lagi dan tidak pernah saya terfikir untuk kesini iaitu ke Litar Lumba Nürburgring. Nürburgring Track adalah litar lagenda yang pernah dimuncul didalam filem salah satunya filem Rush (2013),  dan malah ianya juga salah satu litar kegemaran Top Gear untuk mencederakan kereta testing mereka serta pandu uji kereta kereta lain.


Bermula dari Amsterdam, kami meluncur laju melalui Auto-Bahn yang sememangnya percuma malah no speed limit pada kawasan tertentu. Tapi harus diingatkan, bukan kesemua lebuhraya ini no speed limit. Sila perhatikan papan tanda dan jika korang terlepas pandang, no problem pasti akan ada kereta yang memecut laju dan ianya adalah tanda anda telah memasuki laluan no speed limit. Walaubagaimanapun, sila patuhi kelajuan yang diarahkan. Gagal berbuat demikian, bayar saja saman 50Euro nanti balik.

Kalau nak sembang pasal sejarah Litar Nürburgring ni sememangnya panjang jela dan tak akan habis dalam masa satu hari. Pada permulaan pembinaan litar ini yang siap pada tahun 1920-an sehinggalah kini ianya mengalami beberapa perubahan litar dari semasa ke semasa atas faktor keselamatan dan juga pematuhan FIA. Litar ini juga digunapakai untuk perlumbaan F1 dan jangan keliru, litar track antarabangsa hanya boleh diguna untuk tujuan F1 dan permotoran kelas dunia sahaja. Untuk track biasa mereka masih kekalkan untuk orang awam menguji jentera masing-masing dari motosikal, kereta, wagon, van sehinggalah kepala lori. Hebat bukan?

Sebab tu saya malas nak sembang panjang lebar mengenai litar Nürburgring ni. Sejarahnya terlalu panjang untuk diceritaka makan lebih baik korang tonton youtube dan search saja history of Nürburgring.

Kembali pada cerita asal saya, sebelum tiba di Litar Nürburgring, kami menyusuri sebuah kawasan perkampungan (secara tidak sengaja kerana tak tahu) yang seakan berada di landskap syurga-wi. Daripada memasuki Auto-bahn, kami exit pada Nürburgring dan ianya akan membawa anda kesebuah perkampungan iaitu Adenau. 




Pekan ini sangat tenang tak pasti samada hari Ahad atau pun sememangnya tak ada orang yang lepak diluar rumah. Saya juga pernah baca buku travelog Germany dimana rakyat German ini memang dok rumah kalau hari Ahad. Anda tidak dibenarkan membuat bising, membasuh kereta malah ber-BBQ dikawasan rumah pada hari Ahad. Maka mungkin itu jugalah ketika saya tiba di pekan ini memang macam tak ada orang. Rata-rata kedai runcit dan kedai kopi juga tutup. 

Alang-alang tak pernah tengok kampung orang Germany, kami mengambil keputusan untuk parking di tepi jalan dan berjalan kaki menikmati kawasan kampung. Permandangan yang hebat berlatar belakang ladang jagung serta bukit bukau yang tersusun rapi membuatkan saya kagum seketika menikmati permandangan hebat ini. Seperti sebuah hamparan landskap didalam wallpaper komputer sahaja. Sungguh hebat ciptaan Illahi dan sungguh disiplin rakyat mereka yang menjaga keindahan alam ini.






Perjalanan diteruskan berbakikan 10km ke Litar Nürburgring, dari sini sudah mula kelihatan mat-mat kereta lumba dan rider motosikal power yang mula parking dan bukak hood. Anda perlu tahu, track Nürburgring ini sangat panjang iaitu sepanjang 20km setelah di-combine dengan track lama mereka. Jadi perjalanan ini juga dah mula kedengaran seretan tayar, bau hangit brek dan juga deruman enjin didalam track. Anda tidak perlu membayar tiket untuk menonton Sunday Race, hanya parking tepi jalan dan tengok saja diluar pagar. 

Kalau anda pernah tonton TopGear, mereka mempunyai akses dan beberapa favourite lap untuk pengujian kereta yang mereka kritik selain daripada lap di track kapal terbang mereka. Diatas permukaan jalan track lumba seakan diconteng seperti vandalism tetapi tidak sebenarnya. Kewujudan track ini terlalu lama tempohnya dan sepanjang kewujudannya, ianya telah meragut beratus nyawa mengikut kata-kata Jeremy Clarkson. Maka oleh itu, driver / rider yang telah melayang nyawanya di litar ini akan dilakarkan nama mereka pada atas jalan raya tersebut untuk peringatan keluarga dan rakan sahabat.




Ramai kelibat manusia dan keluarga meluangkan masa sambil berpiknik. Seperti seolah datang melawat racing di Nürburgring seperti aktiviti sihat bekeluarga. Bagus amalan ini dan ianya adalah percuma. Tapi jika anda nak masuk dan turut sama join race atau dengan kata lain nak uji jentera anda tak menjadi masalah. Hanya bayar saja bayaran masuk sebanyak lebih kurang bermula dari 50Euro ke 300Euro, bergantung kepada masa dan lap yang anda mahu layan. Mudah. Malah ketika saya menonton di tepi pagar, ada juga beberapa kereta yang turut membawa anak kecil mereka bersama didalam kereta lumba tersebut tapi keselamatan kereta perlu dipatuhi mengikut piawaian Litar Nürburgring. Sepang pasti akan buat satu hari nanti untuk sambutan orang ramai.

Baca : Kembara saya ke Eropah selama 12hari

Agenda utama ke Track Nürburgring adalah melawat Ring°werk, iaitu sebuah pameran indoor Track ring°Nürburgring. Tiba di pintu utama Nürburgring sememangnya teruja kerana sekitar kawasan ini terdapat beberapa RND kereta kereta lumba berprestij tinggi. Mereka menempatkan RND mereka disini untuk terus menguji jentera masing masing. Kami parking dikawasan yang ditetapkan dan membeli tiket masuk ke Ring°werk yang berharga Euro10.00 sahaja.




Ketika di dalam ini, korang boleh layan membaca sejarah awal pembinaan track Nürburgring ketika Perang Dunia Kedua sehinggalah pengubahsuai kini. Malah adalah juga Wall of Fame pelumba-pelumba lagenda seperti Niki Lauda, Michael Schumacher, dan beberapa barisan pelumba dunia F1. 

Terdapat juga pameran kereta lumba old-school sehingga kini. Menariknya di dalam Ring°werk, mereka membuatkan pengunjung seolah merentasi masa, dari seawal teknologi pembinaan kereta sehinggalah kereta Formula 1 2016. Jadi korang boleh tengok bagaimana teknologi permotoran German membuat penyelidikan serta pengujian, bukan sahaja mengenai kelajuan akan tetapi aspek keselamatan serta ketahanan sesuatu produk mereka. Kalau korang jenis kaki layan drama Korea, drama TV3 pasti korang akan bosan disini. Saya mahu lepak seharian disini kerana banyak ilmu dan info yang boleh hadam dalam Ring°werk ni.

Terdapat juga satu section khas untuk Formula 1. Disini juga menarik kerana mereka membina sebuah pit stop serta grip box seolah anda berada di pit stop ketika Race Day. Lebih menarik terdapat sebuah jentera F1 Sauber Petronas yang dipandu oleh Robert Kubica pada tahun 2008-2009. Bangga la beb ada logo Petronas dalam ni bro.. Sebesar-besar sponsor lain, besar lagi logo Petronas pada BMW Sauber ni. Ngeh ngeh ngeh...




Kalau korang bawak anak-anak, korang boleh bawak ke section children dimana ada kids go-kart yang selamat untuk anak-anak bermain go-kart dan ada juga playground mini yang bertemakan track perlumbaan. Sekitar ini terdapat cafe yang mana ibubapa boleh lepak santai sambil anak-anak sibuk bermain go-kart. Selain itu juga terdapat kedai cenderahati yang korang boleh beli dengan harga Euro. Murah-murah jugak la tapi jangan convert duit Malaysia... menangis bucu meja nanti.



Saya luangkan lebih kurang 3jam di dalam Ring°werk ini, akhirnya perut telah memberikan signal untuk diisi. Keluar sahaja dari Ring°werk saya bersiar sekitar kawasan bangunan utama Nürburgring. Lebih pedih lagi aroma-aroma restaurant dan cafe yang menjadikan perut sudah mula huru-hara. Pasti dan confirm restoran restoran ini tidak halal. Saya hanya mampu membeli air jus oren berharga 2.50Euro dan sambil melihat santapan grill chicken mereka dengan sayunya. 

Ketika ini perut sangat lapar dan mata hanya mampu melihat sahaja. Maka, rakan saya mempercepatkan perjalanan balik menuju ke kereta kerana satu-satunya bekalan roti yang kami beli masih ada. Berbekalkan jem dan tuna sardin, kami makan aje la untuk lapik perut sebelum tiba di bandar Frankfurt. 

Tiada yang lebih indah selain makan ketika perut yang lapar ini. Dikawasan parking ini terdapat tandas, anda boleh solat dikawasan parking ini cuma pastikan tiada najis anjing atau pun najis-najis lain. 

Selesai persinggahan di Nürburgring, maka kami meneruskan baki perjalanan kami menuju ke bandar Frankfurt sejauh 178km. Pada lawatan ini kami terpaksa skip makan tengahhari dan menu makan malam akan dimasak di rumah guesthouse di Frankfurt nanti.

Jika korang sukakan kembara yang bukan diaturkan oleh pakej-pakej agent, maka banyakkan membaca buku travelog untuk mendapatkan tips kembara dan rajin-rajinkan diri untuk google blog samada blogger Melayu mahupun mat salleh.



This is Awesome bro...

Picture taken by Nazrul Akram & Syed Kamarul with Samsung Galaxy Note 5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam