Jalan Jalan ke Kidz Zone Melawati Mall

Jalan Jalan ke Kidz Zone Melawati Mall

Rupanya dah lama saya tak upload pasal tempat lepak dengan anak-anak yer. Antara tempat best yang saya bawa Nazril adalah indoor playground Kidz Zone di Melawati Mall. Indoor Playground ini adalah list slaah satu best indoor game yang pernah disenaraikan didalam The Vocket, tidak termasuk taman tema seperti Legoland, Sunway Lagoon mahupon Hello Kitty World yer.

Alang-alang saya menghabiskan baki cuti tahun lepas, maka kami bawa Nazril untuk ke Kidz Zone pada hari weekdays untuk mengelakkan kesesakkan dan pergelutan. Asalnya nak ke IOI Putrajaya, tapi kami tak pernah lepak di Melawati Mall (MM), jadi keputusannya membuatkan kami ke sana.

Err.... sebenarnya ini adalah kali pertama kami bawak Nazril ke indoor park... biasanya dok layan games Molly kat Jusco ajer... maka boleh nampak beliau dah bersungguh sungguh nak masuk. Macam biasalah, stoking anak dan parent mesti kena ada untuk hygiene pada persekitaran kawasan permainan.



Tiket masuk bagi saya murah tak berapa nak murah, mahal tak berapa nak mahal. Oleh itu korang nilaikan ler sendiri. Untuk tiket masuk harganya adalah RM48.00 untuk kanak-kanak 2-15 tahun. Tiket berharga RM48.00 ini adalah untuk 1 child dan 1 adult. Jika ada dua adult korang perlu tambah sebanyak RM5.00 sahaja. Jadi tiket saya untuk 2 adult dan 1 child adalah RM53.00. Kalau datang harga weekend pula harganya RM58.00, tu dia!


Sememangnya langkah kaki kanan datang time weekday ni, ada laa beberapa orang kanak-kanak dan parent sorang dua yang tengah lepak minum jus. Bila tang masuk tu ada section color balls yang diletakkan didalam satu kolam. Budak-budak boleh terjun tiruk dalam tu. Kalau berguling-guling boleh hilang dalam kolam color balls tu. Nampak menarik sampai abahnya pon turun join duduk kat dalam. Iyer ler bukan ade ramai budak pon. Yang ade anak-anak Arab monteng sekolah.


Abis layan color balls, ade beberapa gelungsur budak-budak yang pendek dengan yang panjang, tapi ini macam biasa aje... yang  rasa best ada satu section dimana ada satu kawasan yang dikepung dengan jaring, dan mereka letak satu big blower untuk tiup bola-bola ringan macam jadi rainy ball. Part ini si Nazril memang suka giler. Budak-budak kena kumpul bola yang jatuh lepas tu kena tuang dalam mangkuk besar untuk disedut keluar ke udara, maka jadi ler rainy ball. Kat tingkat atas tu ada cannon ball yang korang boleh tembak budak-budak kat bawah yang tengah berlari-lari tu.



Kids Zone ini menarik jugak, kalau korang bawak anak dari point permulaan, anak-anak perlu berjalan masuk ke puzzle maze yang ada hiking up and down. Ditengah-tengahnya pula ada tempat lompat-lompat ape ke nama tah. Daripada bawah, naik atas lepas tu turun melalui gelungsur panjang. Agak seronok jugak ler sampai berpeluh-peluh dah budak-budak ni walaupun aircond macam taufan Sandy.

Ada beberapa lagi section untuk panjat-panjat malah ada sebuah court futsal mini dan basketball yang disediakan. Boleh setup game kecik untuk anak-anak main futsal dan lawan basket ball kat dalam ni. Rasanya bapak-bapak pon boleh layan futsal kat sini cuma tidka dibenarkan rembat bola macam Champion League ajer. Nanti kena halau dengan petugas kat sini pulok.




Sementara anak-anak lepak dok bermain, mak ayah boleh lepak kat cafe yang disediakan didalam Kidz Zone. Time tu saya hanya lepak minum saja pasal cadang nak makan kat luar playground. Harga untuk air minuman agak reasonable tapi bila tengok harga makan tu macam dah boleh dapat snack plate KFC di pinggan dah. Tapi korang boleh bawak masuk air minuman sendiri untuk anak-anak anda cuma korang tak boleh nak berkelah sambil bawak nasik dan ayam masak pedas macam layan tepi pantai.




Rating untuk Kidz Zone saya kasi 8/10. Terbaik dan boleh layan lagi.

This is Awesome bro!    

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam