Destinasi 24 Jam : Singapore - May 2018

Destinasi 24 Jam : Singapore - May 2018

Selepas saya berjalan-jalan dengan famili kecil saya di Legoland Johor Bahru, saya telah membuat satu trip ringkas untuk menghabiskan masa hari minggu dengan masuk ke Singapore. Trip ini adalah untuk recover balik dimana saya pernah bawa famili kecik saya ke Sentosa akan tetapi cuaca tidak mengizinkan kerana hujan sepanjang masa.

Jadi itinerari ringkas adalah untuk ke Mustafa Center, Bugis Street dan Marina Bay Sands. Saya lebih gemar untuk memandu masuk ke Singapore dari pintu masuk Woodlands. Jadi beberapa peraturan dan persiapan perlu disediakan untuk memudahkan proses di imigresen Singapore dan perjalan anda akan lancar sahaja. 

Ada juga yang lebih gemar menaiki public transport atau menaiki bus pakej perjalanan, bus transit atau train KTMB. Terpulang pada anda yang mana lebih senang. Saya suka memandu masuk dan parking di mana-mana train station dan menggunakan public transport seperti train untuk ke destinasi yang sana nak tuju. 

Pilihan saya untuk masuk ke Singapore adalah hari Sabtu selepas jam 10.00 pagi. Ini kerana kenderaan untuk masuk ke Singapore pada waktu ini sudah berkurangan dan saya perlu masuk kembali ke Johor Bahru selepas jam 9.00 malam. Kenderaan untuk masuk ke JB pada waktu ini juga tidak begitu sesak. Tetapi bergantung pada keadaan dan nasib anda jugalah. Sehinggi kini formlua hari Sabtu saya itu tidak mengecewakan. Tidak pasti pula pada hari Ahad.


Berikut adalah persiapan yang perlu anda sediakan sebelum memandu masuk ke Singapore:

Untuk memandu kereta sendiri ke Singapore anda memerlukan perkara berikut :

1. Geran kereta. Ini tidak perlu lagi...

2. White card. Bertindak sebagai Arrival dan Departure Card. Boleh didapati dikaunter check-in hotel dan kalau tak ada boleh isi form ini di imigresen Singapore. 

3. Roadtax kereta yang masih hidup sehingga date anda keluar Singapore.

4. Nama Insuran kereta anda. (Etiqa,Allianze,AmGeneral... etc)

5. Autopass Singapore. Jika anda tak ada maka tak perlu risau. Masa nak cop imigresen Singapore tu cakap anda tak ade autopass, so nanti officer suruh gi Blok B lepas gate dibuka. Tiba di Blok B akan ada officer yang assist anda untuk beli Autopass yang bernilai SGD10.00. 

6. Autopass SGD10.00 ini mempunyai nilai sebanyak SGD4.00 sahaja didalamnya, nanti korang perlu top-up lagi SGD10.00 dimana-mana 7 Eleven. Autopass ini adalah untuk bayaran tol ERP serta tol Imigresen Singapore. Autopass ni macam Touch & Go kita aje la.

7. Touch & Go yang minimum kredit RM20.00. Dibayar ketika keluar dan masuk imigresen Malaysia.

8. Cashcard Singapore. Cashcard ini adalah card untuk bayaran parking di beberapa tempat di Singapore. Sistem public parking disini xde yang manual so korang perlu beli Cashcard dan topup berapa lama korang nak parking melainkan parking lot ditepi jalan yang mereka sediakan. Jika tak ada pon tak pe, Autopass anda juga boleh digunapakai untuk bayaran parking asalkan kena top-up dan ada tambah nilai. Autopass yang baru ni dah ada sistem Nets@Flash Pay. 

JB ke Woodlands

Saya bermula dari Hotel Puteri Pacific JB dan menuju ke CIQ JB. Jalan sememangnya lancar sehingga queue untuk memasuki Imigresen Singapore, hanya beratur menunggu tidak lebih dari 15minit pon.  Imigresen checking and cop passport berjalan dengan lancar sehingga membeli Autopass bernilai SGD10.00 di blok B.

Selesai membeli Autopass terus menuju ke Mustafa Center melalui lebuhraya BKE dan interchange ke PIE. Ketika ini saya telah mengaktifkan roaming Maxis untuk memudahkan penggunaan internet untuk tujuan Google Maps. Mudah, senang dan murah.


Perjalanan dari Imigresen Woodlands ke Mustafa mengambil masa lebih kurang 30minit. Sila patuhi speed limit korang yer sepanjang perjalanan. Depa memang suka saman orang. Tidak hairanlah mengapa kereta Singapore suka lenjan habis kat highway PLUS Malaysia. Lepas gian ler kot... Kereta hebat-hebat bawak under 80kmh jer...Shame on you!

Mustafa Center

Bila tiba di Mustafa, saya parking saja kereta di tingkat atas Mustafa Center yang baru. Atas tu ada banyak parking daripada susah payah nak parking kat luar tu. Kat luar pon boleh parking tapi korang kena ada Kad Kupon. Time ni saya belum beli lagi Kad Kupon tu jadi baik saya parking dalam Mustafa dengan menggunakan Cash Card saya. 1 jam SGD1.00 harga parking.

Rasanya tak perlu saya terangkan panjang lebar apa yang dijual didalam Mustafa Center ni. Sememangnya famous dengan pelancong Malaysia malah dari pelancong India dan Korea. Targt kami adalah membeli perfume untuk hari raya. Huhuhuhu... Ya sememangnya dan tidak dinafikan lagi perfume disini memang murah nak berbanding dengan harga perfume di Parkson dan Jusco. Jangan sangsi ianya adalah original.

Dulu saya pernah sangsi dan membeli 1 sahaja perfume dari Mustafa Center ini dan dibawa ke pakar penguji perfume saya En. Naieem. Hasil daripada itu, perfume yang dibeli adalah orgina dengan standard Eau de Toilette (EDT) Vaporize. 

Saya tak mampu nak list-kan senarai harga perfume di Mustafa, korang tengok ajer ler gambar-gambar yang saya ambil bersertakan harganya. Biasanya promosi mereka adalah dengan membeli 2 box perfume. Kalau beli single pon boleh, harganya tidak mahal sangat tapi kalu beli dua buleh goyang iman.





Mustafa ni ibarat macam Mydin Malaysia, mereka jual semua benda dari segi barangan dapur, barang runcit, barang elektrik handphone berjenama IPhone-Samsung, barangan jam berjenama seperti Tissot-Rado-Tag Heuer dan setaraf dengannya malah barangan pasar basah pun ada. Sebijik ler dengan Mydin cuma depa upgrade class dengan membawa masuk barang-barang jenama dalam kedia mereka.

Orang dalam ni memang ramai bro. Kalau bawak anak kecil tu hati-hati dan jangan leka sangat. Karang hilang berlari ke tempat lain mampus segalanya. Eloklah kalau buat sistem giliran jaga anak atau kalau korang jenis personal shopper yang kena bawak anak xsalah pun kalau nak tag tali pada lengan anak. Lebih baik berhati-hati daripada menangis kelak.

Settle beli perfume untuk diri sendiri, tunjuk kat bini macammana nak beli perfume dengan harga murah dan barangan kosmetik lain. Settle bayaran saya usha-usha sikit tempat jualan coklat. Beli untuk tapau bawak balik macam baru balik dari Langkawi. 

Coklat ni pon jangan main rembat aje nak beli. Kalau beli Snicker, Mars atau M&M biasanya akan ada logo Halal dari Australia ataupun Thailand. Kalau xada abang sedikit was-was kerana buatan dari Amsterdam. Kalau kompem ada terus sauk masuk dalam bakul. Harga lebih murah dalam 30-40% dari pasaran Tesco dan Aeon Big Malaysia.



Apa lagi, terus balik ke kereta untuk itinerari lain pulak. Bayaran parking di Mustafa Center saya menggunakan CashCard. Total charge SGD2.00 sahaja. Ingat ya, tiada bayaran menggunakan mesin cash disini, semuanya cashcard atau Nets Flash Pay.

Bugis Street

Set destinasi ke Bugis Street. Kiranya tak jauh mana pun Mustafa dengan Bugis Street, cuma nak parking tu sesak jugak la. Pada mulanya saya macam nak join skali jalan-jalan di Bugis Street, tapi bro Nazril buleh layan tidur meleleh plak dalam kereta. Jadi terpaksa la drop bini abang sorang ajer dalam Bugis Street ni.  


Korang boleh parking di Bugis+ Mall kalau nak senang dan tenang. Kalau ada rezeki boleh parking di Victoria Street, kat situ ada parking open space untuk pengguna MRT Bugis Station. Lepas drop bini abang, saya saja pusing area kawasan parking MRT tu, Alhamdulillah masih ada parking kosong sambil tunggu bro Nazril layan tidur dulu. 

Parking disini menggunakan konsep jenis kad kupon. Jadi saya beli kad kupon di salah satu kedai yang berhampiran dengan pintu masuk MRT Bugis. Kad Kupon ini dijual SGD10.00 untuk 20keping. Parking rate disitu adalah SGD0.60 / 30minit. Parking rate di Bugis+ adalah SGD3.21 untuk 2jam pertama dan tambah SGD0.54 untik 15minit seterusnya... Huhuhuhu.... parking dalam shopping complex sememangnya tiada istilah 1jam, semua rata-rata main 15minit ajer.




Berbalik pada Bugis Street tadi, disini macam lebih kurang Petaling Street KL aje la.. Apa yang Petaling Street jual, kat sini pun jual. Paling famous kedai paling hujung dengan jualan harga SGD1.00. Macam-macam dorang jual tapi dengan harga yang sangat murah. Kat sini ramai orang kita, beli barang macam nak bagi sekampung. Suka tengok dorang borong beli souvenir dengan barang-barang harga SGD1.00 ni. 

Kalau korang nak beli souvenir, kat sini antara paling murah. Harga yang ditetapkan biasanya fix dan tak leh nak nego. Tapi kalau dah beli banyak kautim dengan kawan-kawan dapat ler sikit kurang dengan beberapa barang percuma yang lain. Tengok cara korang nego dengan berbahasa dengan dorang. Pekerja kedai ni orang cina situ jugak, jek sikit cakap amoi cantik makan saman la tu.

Bro Nazril dah bangun, wife saya pon dah settle jalan-jalan di Bugis Street. Jadi saya checkpoint ke itinerari seterusnya iaitu ke Marina Bay Sands. Saya sememangnya membuat plan walaupun percutian domestik ataupun day trip sebegini untuk perjalanan yang lancar. Jadi saya telah memilih untuk menaiki MRT sahaja dari Bugis ke Marina Bay Sands (MBS). Pasalnya saya taknak bersusah payah mencari parking di dalam sana dan kena bayaran yang senak perut untuk parking sahaja. Malah saya dapat bawak bro Nazril menaiki train yang selalu disebut-sebutnya.

Saya gunakan kad kupon yang dibeli tadi dengan meletakkan kupon untuk 3 jam. Cukuplah tu untuk lepak di MBS 3jam, lama-lama buat apa.. semuanya level king aje beli barang dalam tu. Kita nak tengok tempat ajer.

Berjalan menyusuri kebawah untuk menaiki MRT laluan Downtown Line (Biru), keadaan sedikit sesak disini kerana Bugis Station adalah salah  satu station popular selepas Dhoby Ghout Station. Untuk mempercepatkan perjalanan menaiki train, korang perlu ada Ez Link card. Boleh dibeli di kaunter informasi dengan harga SGD12.00 dan tambah nilai yang ada di dalam adalah SGD7.00. Saya beli satu sahaja untuk wife saya pasal saya dah ada sebelum ini. Untuk bro Nazril kemasukkan adalah percuma. Kalau xnak beli Ez Link pon boleh, korang beli ajer di vewnding machine sama seperti MRT Malaysia. Mesin ini ada 4 jenis bahasa iaitu - Melayu - English - Cina - Tamil. Mudah dan senang bukan.



Untuk ke MBS Mall, korang perlu turun di Bayfront Station. Jangan tersilap dengan Marina Bay Station. Bayfront Station adalah station dibawah Marina Bay Sands atau terus ke MBS Mall, manakaal Marina Bay Station adalah tempat kawasan office. Ianya jauh dari MBS. Jangan confuse! Hanya dua station sahaja dari Bugis ke Bayfront. Ini pon bro Nazril dah sengih sepanjang perjalanan train.


Marina Bay Sands

Tiba di Bayfront station dah ada bau aroma coffee yang asyik... Pada entrance station korang akan melalui kawasan macma ala-ala Venice. Ada terusan buatan siap dengan bot lagi. Tak pasti berapa bayaran nak naik bot tu tapi tidak berbaloi pasal laluan sangat singkat. Maka abaikan saja sambil lambai tangan kat orang naik bot tu. 

Layan sejukkan badan dalam MBS ni, kami terus keluar dari MBS untuk bergambar Marina Bay Tower yang macam ada kapal Star Wars atas tu. Kebetulan pulak pada hari tu ada Star Wars Run yang sedang berlangsung. Ehhh camno ler buleh lupa plak ader event ni. Padahal dalam facebook abang dah usha-usha dah... dapat ler tshirt jogging Rebel dengan medal Millennium Falcon kalau masuk. Ok ler tu, limited edition kot.



Bersiar-siar sekitar kawasan Helix Bridge, nak jalan sampai habis malas ler pulak. Kalau jalan sampai habis, baik teruskan berjalan menuju ke Promenade Station. Terus balik ke Bugis. Trip ni hanya nak lepak depan MBS ajer, bukan nak shopping pon. Giler mahal kot... Dari jauh tengok butik LV besar gila bak hang... Kalau abang kau Aliff Syukri boleh ler.



Dah habis bergambar masuk balik ke MBS dengan saki baki peluh meleleh. Time ni boleh plak bro Nazril nampak lampu-lampu LED yang menawan. Di ajakanya tengok lampu. Pada bawah lampu LED ini ada satu stage yang berbentuk AI Sensor. Rupanya di pentas ni dibuat seperti satu kolam ikan koi pada papran sensor LED. Kanak-kanak boleh berlari diatas panel LED ini dan ikan-ikan tersebut akan refleks pada pergerakkan. 

Tiket bayaran masuk adalah SGD5.00 dan perlu dibeli di kaunter informasi. Kanak-kanak bawah 5 tahun perlu ditemani oleh ibu atau bapa. Jadi SGD10.00 la saya dan Nazril. Bila dha masuk, larian 400meter bermula dengan lancar. Sangat seronok budak-budak dalam ni berlari kejar ikan. Bro Nazril dan boleh berguling-guling pulak macam ikan tu nak telan dia. Aduhai anak oi!

Walaupun dok dalam bangunan aircond, habis basah lenjun bro baju anak asyik berlari ajer. Tak reti penat ke dorang ni. Parent boleh lepak di Starbuck berdekatan pekena teh / kopi sambil perhatikan anak. Tiada masa dihadkan masuk dalam ni. Bayar SGD5.00 lari ler sepuashati.




Dah settle larian 400meter Nazril, saya terus cadang untuk balik ke Bugis. Itinerari telah sampai ke penghujung rancangan. Beli sedikit roti di kedai 7 Eleven pada pintu masuk Bayfront Station untuk lapik perut bro Nazril. 

Tiba di Bugis Station, terus amik kereta, check-check kereta juga kot kena saman lebih masa ker. Nasib baik xada... huhuhuhu.... Kalau ikutkan, macam nak jalan kaki ajer ke Restoran ZamZam untuk santapan dinner. Tapi macam malas pulak nak jalan kaki pasal dah malam dah. So saya gagahkan jugak drive ke Zamzam dengan harapan mencari parking berdekatan.

Restoran Zamzam

Sememangnya hampa, tiada parking lot kosong area berdekatan berikutan kawasan ini sememangnya popular untuk makanan Halal. Restoran Zamzam berhadapan dengan Masjid Sultan. Tapi ada la satu slot kosong untuk parking haram punya, jadi saya parking ler untuk tapau makan malam. Nazril time ni dah macam nak lentok pulak. Jadi saya tapau Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Putih, masing-masing berharga SGD6.50 dan SGD4.50. Teh O Ais pula SGD2.00 untuk tapau. Ini adalah pertama kali saya nak cuba masakan ZamZam. Bila dapat bungkusan, tudia banyak pulak nasi yang dorang buat.





Alang-alang Nazril buat perangai kepenatan, saya layan ler sikit Nasi Goreng Ayam dalam kereta. Hurmmmm bagi saya, mamak Malaysia lebih terbaik. Silap tak beli murtabak yang diorang cakap sedap tu. Kalau korang datang Singapore, saya cadang try makan di Restoran HjhMaimunah. Setakat ini rangkaian cawangan ini tidak pernah mengecewakan saya. Masakan nasi campur, mee rebus, mee soto dan macam-macam lagi ada dengan kuih-muih. Saya lebih syorkan restoran Hjh Maimunah. Lain orang lain citarasanya tak? Gitu ler bro.... 

Settle lapik perut sikit, saya terus memandu untuk masuk balik ke JB. Seperti pengiraan saya, memasuki JB pada jam 930malam adalah salah satu waktu yang terbaik tanpa trafiic jam yang teruk. Beratur dan cop di imigresen hanya mengambil masa lebih kurang 15minit sahaja. Sila pastikan korang dah top-up Autopass yang korang buat tadi di 7 Eleven dengan tambah nilai SGD10.00. Gagal berbuat demikian korang kena denda tak lebih dari SGD100.00 tanpa kebenaran balik ke Malaysia. Bayar dan jalan. Terbaik!

Sebenarnya banyak tempat yang korang boleh ronda di Singapore dengan budget yang rendah. Salah satunya di Garden by The Bay, Singapore Flyer, Sentosa Resort dan Singapore Botasnic Garden. Sekitar kawasan ini sangat menarik untuk bergambar dan melihat pemandangan.

Selain itu, banyak restoran halal di Singapore, kalau susah nak jumpa korang boleh layan makan Mc Donalds, KFC dan Subway. Rangkaian restoran ini sememangnya Halal kalau setakat nak lapik perut sebelum jumpa nasik. Rata-rata ada banyak juga kedai Halal yang dijual didalam shopping complex, korang perlu google shaja terlebih dahulu. Jangan malas.

Masjid-masjid dan surau ada banyak dan sesetengah station pun ada disediakan malah di shopping complex pun ada. Sila rujuk dilink ini untuk mengetahui surau yang disediakan dan bagi korang yang memandu, lebih baik korang ke masjid di Singapore untuk melihat perkembangan orang Islam disana. Nilai dan selami suasana Islam di negara jiran. Ianya agak menarik.

Itu sahaja perjalanan 1 Day trip saya ke Singapore. Next trip saya akan bermalam di Singapore untuk trip USS pula. InsyAllah.

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam