Cara - Cara Membuat Photobook Dengan Harga Bawah RM10.00

Cara - Cara Membuat Photobook Dengan Harga Bawah RM10.00

Baru-baru ni saya terlihat seorang gadis telah share untuk membuat sebuah photobook travel beliau dengan harga RM1.00. Menarik dan tertarik untuk saya membuat photobook travelog saya berdasarkan blog ini. Salah satu kaedah mudah dan cepat sebelum penghasilan penulisan kepada sebah buku komersil seperti mana buku Travelog I Am Backpackers keluaran Puteh Press.


Cara yang saya ingin kongsikan adalah dengan menggunakan voucher credit yang dibeli di Lazada dan menggunakan Photobook sebagai modus operandi editing gambar. Ianya sangat senang dan berbaloi untuk dijadikan sebagai koleksi dan kenangan. Cuma anda perlukan sedikit kretiviti dan juga kesabaran. Yelah, kita bukan budak-budak graphic untuk main edit gambar ni. Guna pon jenis photobook online jer, bukannya Photoshop Ps. Maka, sabar itu penting.

1. Buka app Lazada atau Web Lazada.com. Pada carian, sila type photobook. Setelah itu akan terpapar beberapa tawaran voucher untuk produk Photobook.

Harus diingatkan, saya mendapat voucher 80% ini dengan pembelian Photobook jenis 6"X6". Ada produk lain yang lebih besar tapi mungkin harganya berbeza mengikut tetapan Photobook sendiri. Untuk tutorial kali ini, saya beli jenis Photobook 6"X6" Mini Square dengan harga RM1.00

Dah select product, buat pembayaran seperti biasa. Pasal pebelian ini adalah berbentuk voucher, maka tak akan ada cas penghantaran kerana voucher dihantar menggunakan email dalam tempoh 24jam selepas pembayaran dibuat.





2. Dah beli voucher dalam Lazada, korang tunggulah email dari Photobook. Biasanya dalam 4-5 jam dah dapat ler tu.

Bila dah receive email seperti dibawah, korang dah boleh ke website Photobook Malaysia


Create account menggunakan email korang dan lepas tu re-login account tu. Lepas login korang edit account details tu seperti isikan alamat rumah, email dan conctact number untuk shipping product korang buat nanti.


Lepas dah edit account detail, boleh mulakan first project korang dengan klik di Online Project ataupun Home button.

Bila dah loading home page, pilih product korang iaitu Mini Square 6" x 6". Korang tak boleh pilih selain daripada ini kerana voucher korang hanya valid untuk product ini sahaja. Jadi jangan nak memandai dan mencuba nasib. 


Selepas tu boleh pilih template yang korang rasa sesuai dengan korang. Ada banyak pilihan dan jika korang kreatif, korang boleh guna template korang sendiri.


Bila dah select template, anda perlu confirm product dengan klik pada Personalize. Jangan risau dengan harga yang dipaparkan seperti RM79.00 ataupun RM85.00, itu semuanya korang akan gunakan voucher yang di beli di Lazada tadi. Jika tak ada voucher, maka itulah harga yang korang kena bayar.


Satu paparan online editing akan dipaparkan dan korang dah boleh mula membuat Photobook dengan kretiviti korang sendiri. Kelajuan PC desktop dan notebook anda juga memainkan peranan penting untuk mempercepatkan proses editing ini. Saya menghabiskan masa hampir 2 hari untuk membuat sebuah photobook. Fuhhhhh!

Untuk Mini Square, terdapat 40 muka surat dan sila patuhi segala error ataupun kenyataan pada setiap page. Tak semua page boleh diletakkan gambar ataupun tulisan.


Terdapat banyak menu untuk editing daripada layout, scrapbook, background dan juga texting. Mula-mula rasa macam susah ajer tapi nanti lama-lama dah ok ler tu bila dah masuk page ke 5-6. Cuma anda perlu pastikan gambar korang tu jenis HD atau paling cikai size 1024 untuk kualiti terbaik. Yang jenis screenshot gambar dari what-apps tu elakkan pasal memburukkan photobook anda nanti.

Selesai editing, korang klik pada Button Order (Warna Hijau) untuk proses pembayaran. Pada tika ini, online project akan analyze kerja anda jika terdapat sebarang error. Jika tiada, ianya akan proceed kepada page pembayaran dan jika ada error, anda perlu betulkan kesilapan anda mengikuti arahan yang diberi.

Sebelum pembayaran, korang perlu memilih cara pembayaran samada menggunakan Kredit Kad/Debit Kad dan juga online banking. Dalam satu column tu ada tempat untuk redeem voucher. Sila copy dan paste voucher yang korang beli di Lazada tu disitu.

Selepas paste voucher, klik redeem dan system akan bagitahu anda Voucher Accepted. Andai kata voucher gagal, korang perlu berhubung dengan Photobook Support.


Automatic harga dari RM79.00 tu akan turun menjadi RM8.48. Ini kerana harga shipping anda perlu tanggung kos-nya. Tak silap saya harga shipping harganya RM8.00 mengikut kawasan. Kalau East Malaysia mungkin lebih sikit bayarannya. Saya tak pasti harga bayaran shipping ni.

Teruskan pembayaran dengan menggunakan Kredit Kad/Debit Kad atau online banking. 


Selesai pembayaran, satu email confirmation order akan dihantar ke email anda. Ianya dibekalkan bersama order number untuk korang membuat tracking photobook anda berada dibahagian mana, samada di production ataupun on shipping.


Setelah itu, korang akan menerima sebuah parcel dari photobook sambil muka sengih macam kambing dahan. Ianya sangat berbaloi dengan harga RM1.00 (Voucher Lazada) dan RM8.48 (Kos shipping). Ianya sangat murah bukan? Mana nak dapat photobook bawah RM10.00 bang zaman sekarang. 

Secara keseluruhan :

Photobook Voucher Lazada : RM1.00
Shipping cost photobook : RM8.48
Total : RM9.48

Kau amik gambar kat funfair pun kena pow paling tidak sapoloh ringgit lebih dapat ler dua tiga keping. Amik gambar passport pon dah berapa dah kena inikan pula photobook travel.

Jimat dan kacak adalah gaya abang.

Nak belajar macam mana buat editing photobook, boleh DM abang untuk kelas tutorial sebenar. Bukan senang nak buat guideline edit photobook geng. Semua benda kau nak free... Saya hanya menggunakan camera handphone jenis Samsung Note 5 untuk gambar gambar didalam photobook saya. Tak perlu nak guna DSLR. Kalau ada itu adalah satu kelebihan. Pandai ler korang...





This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam