Miniatur Wunderland, Hamburg Germany

Miniatur Wunderland, Hamburg Germany 

Hasil sambungan cerita dari entry Germany pada sebelum ini, salah satu tempat lawatan berbayar kami adalah di Miniatur Wunderland Hamburg. Lawatan sambil belajar ini adalah untuk melihat sendiri ketekunan dan teknologi yang dihasilkan oleh jurutera orang Jerman dengan mata sendiri selepas daripada lawatan di Nurgurgring Track.

Mungkin ramai yang tak tahu dan ada sesetengahnya dah tahu apakah itu Miniatur Wunderland. Disini adalah sebuah rumah pameran yang mempamerkan dunia miniatur terbesar di dunia yang mempunyai 3 tingkat bangunan yang bersaiz 50,000 kaki persegi. Miniatur Wunderland ini mendapat award dari Genius World Record sebagai bilik pameran miniatur terbesar di dunia sejak dari tahun 2000 sehingga kini.



Saya melontarkan idea untuk kesini setelah terlihat paparan video di Youtube. Ternyata pada carian youtube telah memberi suggestion search yang menarik dan saya menetapkan destinasi untuk masuk ke Miniatur Wunderland ini. Tiket dijual pada harga Euro10.00 dan kanak-kanak pula berharga Euro7.50 untuk 16 tahun kebawah. Anda dinasihatkan membeli tiket secara online untuk mengelakkan tempoh menunggu sebelum masuk. 




Oleh kerana Miniature Wunderland ini terletak didalam sebuah bangunan seakan kilang, maka, pihak pengurusan telah menetapkan kemasukkan pelawat dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengelakkan kesesakan pada dalam bangunan dan mungkin boleh merosakkan bahan pameran. Jadi jika anda membeli tiket secara online, anda boleh pilih waktu nak masuk dan anda dibenarkan masuk tanpa menunggu lagi. Nice! Itulah saya buat kerana kami tak punyai masa yang banyak. Lagipun ada sedikit diskaun untuk belian secara online.

Pada mulanya, mungkin korang rasa ape ke hal la datang Germany jauh-jauh masuk nak tengok keretapi mainan budak-budak. Yes ini adalah salah satu soalan yang saya terima. Ianya bukanlah pasal keretapi semata-mata, ianya adalah berkisar dengan hasil seni yang dibuat oleh juruteknik dan jurutera mereka yang korang tak akan dapat tengok di tempat lain walaupun di negara Jepun sendiri. Tak percaya? Buktikan kalau di Jepun ada pameran sebegini.

Pertama kali saya melawat pameran miniture yang dikawal penuh secara automatik dengan sistem kawalan komputer pusat. Pada tingkat pertama, anda akan dibawa ke sebuah miniature negara Germany. Ianya berkisarkan tentang serba sedikit sejarah pembangunan negara Germany dari WW1, WW2 sehinggalah kini. Maka banyaklah reka bentuk gunung batu serta model-model kereta api yang bergerak memasuki gunung serta persisiran sungai di celahan batu. Malah ada juga model peperangan Nazi dengan tentera US.




Sememangnya sangat leka duduk tengok pameran sebegini sehinggakan team member saya dah mula menyumpah seranah kerana kesanggupan mereka untuk mencipta dan menghasilkan seni sampai tahap sebegini. Malah paling melampau adalah train yang mampu bergerak dan berhenti pada station dengan tetapan masa perjalanan. What the Hell bro.... apa yang korang buat ni guys? Serius Shit!! WTF!! F**k!! Itulah ungkapan kami yang melihat pameran ini setelah minda tidak dapat terima dengan teknologi mereka. Serius bro...... dont talk shit!

Tak silap saya ada 5 ke 8 negara yang dibina didalam Miniature Wunderland, salah satu yang besar adalah Italy, Germany, Swiss, Greece, US dan Knuffigen Airport. Bergerak dari satu- negara ke satu negara sememangnya awesome. Laluan kereta api kecil dari depan mata, atas kepala, bawah lantai dimana sahaja yang selagi boleh mereka buat laluan. Uniknya, pameran ini dibuat separas tinggi dengan kanak-kanak dan orang dewasa untuk memudahkan orang melihat dan jangan terkejut, tiada pagar ataupun cermin untuk menghalang pandangan anda untuk mengambil gambar. 







Kiranya anda boleh menyentuh, mengambil keretapi / kereta dan merosakkan pameran jika anda mahu. Tapi ini adalah Germany, rakyat mereka tidak berperangai sakai seperti kita. Integriti mereka sangat tinggi walaupun ada kanak-kanak yang tengok secara dekat tapi mereka tidak sentuh pun bahan pameran tersebut. Mereka hanya tengok, memijak kids bar untuk melihat secara dekat jika keretapi kecil datang secara dekat. Seronok melihat gelagat mereka. Ini saya tabik spring pada orang mereka kerana sangat menjaga dan menghormati barangan untuk pameran umum. Ini kena contohi.

Baca : Kembara saya ke Eropah selama 12hari

Tak dapat saya nak rungkai cerita miniatur secara details pada setiap negara, terlalu banyak dan hebat cara mereka bina pameran ini. Kereta-kereta kecil seperti bomba, taxi, keretap polis boleh bergerak secara automatik pada jalan raya. Disini kami mula mind-blow kerana berfikir macammana mereka menggerakkan kereta kecil ini tanpa kawal jauh dan macam mana kereta ini boleh bergerak mengikut laluan jalan raya tanpa eksiden. Ehhhh lebih dari itu kereta ini mampu berenti pada traffic light dan ada lampu signal bro...... yer bro ada lampu signal dan lampu menyala pada setiap kereta kecik tu. Demmmm.... wtf lagi....!! Pening bro dok pikir macam mana dorang design PLC ni. Silalah layan video dibawah ini dulu.


Pada section yang lain, terdapat juga sebuah kawasan yang mana mereka membina sebuah perlabuhan dengan beberapa model kapal seperti kapal kargo dan juga kapal macam star cruise tu. Ehh melampau jugak kapal ni pon bergerak dengan sendiri juga bro.. tapi dengan kawalan alat jauh ler. Yang syioknyer, ade plak kereta api kargo yang berhenti kat tepi kapal dan kargo tu boleh diturunkan dengan kren yang menurunkan barang tersebut. Aduiii tak terpikir ler sampai ke tahap macam ni nak buat reality punya model. 





Malas nak pikir dah, dah mula rasa tepu kami bergerak ke pameran yang dikatakan pada penguhujung dah. Ini sekali lagi mampu membuatkan saya terduduk pasal pameran last ini adalah sebuah airport yang besar. Model airport ini adalah Knuffigen Airport Germany. Sekali lagi saya bagitahu, pameran ini adalah fully automatic. Maksudnya, model kapal terbang ini datang landing dari sebuah bilik dengan bantuan handling. Bila dah sampai penghujung track, kapal terbang ini bergerak secara perlahan datang ke kawasan parking di terminal building. Secara automatik bro..... tak ada technician datang tolak kapal terbang.

Ehh bila dah tiba di terminal, datang pulak kenderaan aircraft yang lain seperti tangga, lori bawak luggage dan cargo datang mendekati kapal terbang yang kononnya baru sampai. Serius shit gila btol la dorang ni. Betapa serius gila dorang buat projek ini sampai ketahap ini. Sangat jauh kita kena tinggal dengan depa. Sedih....






Pada tempat duduk pelawat sekitar Knuffigen Airport ni, ada satu paparan TV yang menunjukkan jadual penerbangan, saya ingatkan hanya display aja... rupanya paparan jadual penerbangan tersebut adalah jadual sebenar penerbangan model-model aircraft mereka didalam pameran tersebut. Waktu bilakah Emirates turun dan naik, waktu bilakah Korean Air berlepas. Semuanya tepat dan automatik. Automatik bro.... automatik, tak ada sorang pon petugas yang duduk dalam pemeran tu untuk menggerakkan model-model mereka melainkan automatik. 

Agak letih la jugak kepala otak pikir sistem apakah yang mereka bina sampai boleh mengwujudkan dunia kecil secara automatik ni. Macam terasa nak guna ajer barang doremon yang boleh kecilkan manusia dan berjalan-jalan dalam model mereka ini. Nampak macam pemikiran budak-budak, tapi majoriti semua pikir macam tu bro lepas tengok pameran ni. No talk shit!

Akhirnya, persoalan kami terjawab apabila dipenghujung pameran, disini terletakknya sebuah bilik kawalan yang mengawal pergerakkan keretapi mengikut tetapan dan laluan mereka. Terdapat sebanyak 50 buah komputer yang digunakan untuk menggerakan keretapi dan juga mengawal Knuffigen Airport termasuk dengan kapal terbang mereka. Mereka menceritakan bagaimana kereta kecil boleh bergerak diatas jalan raya dan lampu-lampu yang dikawal sepenuhnya jika bertukar hari siang dan malam. Ada beberapa juruteknik dan petugas berada didalam bilik tersebut dan keadaan bilik kawalan ini seperti sbeuah bilik command center pusat kawal keretapi pulak. Besar dan sistematik. 



Pada sebelah bilik kawalan ini ada bilik contoh tempat kerja yang mereka bina model-model mereka, dari sekecil-kecil model manusia sehinggalah sebesar model gunung dan air terjun. Ketelitian diberi fokus dan ditambahkan dengan teknologi untuk menggerakan model kecil ini. Ada juga mereka tunjuk macammana mereka menggerakkan kereta pada atas jalan raya - caranya dengan menggunakan magnetik PLC. Ada susunan track magnet dan relay yang bertindak untuk menggerakkan motor serta mengikut laluan yang ditetapkan. Terbaik bro... Anda berhak mendapatkan Nobel Award!

Macam biasa, bila dah keluar pasti akan ada kedai cederahati dan kedai kopi. Cenderahati seperti model-model keretapi dan kenderaan kecil dijual untuk pelawat tapi harganya buleh tahan bro. Lagi mahal dari set lego. Tertusuk didalam hati. Saya beli 2 buah set lori untuk dihadiahkan pada Nazril, nak beli set keretapi mahal sangat. Itupun amik yang paling murah ajer. Elok ada lagi sampai hari ni...



Bagi korang yang dok melangut sekitar Berlin, tak jauh mana pun nak ke Hamburg. Kedai makan halal pon banyak sekitar bandar Hamburg. Cari saja Hamburg Central Mosque, sekitar kawasan masjid tu banyak sangat restoran Halal. Malah hotel-hotel kat sini pun lebih murah berbanding dengan Berlin. Boleh try bawak anak-anak dan bapak-bapaknya. Semasa saya ke Miniatur Wunderland, rata-rata pelawat adalah orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Nice...

This is Awesome bro...
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan