Mount Pilatus, Switzerland

Mount Pilatus, Switzerland

Perjalanan indah dari Frankfurt menuju masuk ke Switzerland tidak dapat dibayangkan. Kami memandu dari Auto-bahn Germany route A5 menuju masuk ke sempadan Basel. Salah satu bandar besar di Switzerland dan antara tarikan yang menarik. Seperti didalam blog penceritaan saya sebelum ini, untuk memasuki Switzerland, setiap kereta akan perlu memilik Toll yang dipanggil Vignette berharga CHF40.00. 

Pass toll ini boleh digunapakai untuk selama 1tahun. Jika anda gagal membeli Vignette Pass ini, anda berkemungkin akan mendapat saman dari pihak berkuasa. Saman mereka tidaklah mahal mana pon, sama harga dengan beli Vignette Pass tadi CHF40.00? Cubalah kalau rasakan diri itu selalu bernasib baik.




Sebelum memasuki sempadan, kami berhenti di petrol station Shell yang berhampiran dengan pintu imigresen Switzerland. Vignette Pass ini boleh dibeli di stesen minyak ini ataupun dimana-mana stesen minyak sekitar sempadan. Sementara itu, sempat saya membeli secawan kopi untuk sarapan pagi setelah masuk ke tandas dengan bayaran CHF1.00 (RM4.40). Ini adalah tandas paling mahal pernah saya masuk dalam negara Europe dan ianya Switzerland, agak terkenal dengan barangan yang sedikit mahal.

Kami meneruskan perjalanan untuk menuju ke Mount Pilatus seawal mungkin. Tiada ragu-ragu lagi, setelah memasuki bumi Switzerland, ternyata keadaan dan permandangannya agak berbeza dengan country Europe yang lain. Walaupun agak jauh dari banjaran Alps. hamparan bukit bukau serta rumah tradisi Swiss mula nampak. Sangat indah permandangannya.

Di Swiss, mereka juga mempunyai lebuhraya juga akan tetapi kebanyakkan kenderaan mematuhi speed limit dan sepanjang perjalanan memang banyak terowong yang memotong masuk kedalam gunung ganang yang besar. Anda boleh memilih untuk memandu menggunaka lebuhraya mahupun jalan kampung yang sedikit perlahan. Oleh kerana dah bayar Vignette Pass, maka kami gunakan lebuhraya sepenuhnya untuk penjimatan masa yang lebih.

Sebelum itu, mari saya ceritakan serba sedikit mengenai perlancongan di Switzerland. Sememangnya saya telah membuat banyak research untuk datang memijak bumi Switzerand yang dikatakan syurga dunia untuk manusia ini. Swiss sememangnya dijenali dengan rupa bumi yang sangat indah dan mempunyai penduduk yang hidup dengan sangat harmoni. 

Dalam perihal ini, tanah Swiss tidak mempunyai pantai kerana ianya dkelilingi oleh negara Eropah lain atau dikenali sebagai Land-Lock. Jadi mukabumi di Swiss ini sememangnya bergunung ganang dan mempunyai jalan kampung yang membengkang bengkok. Walaupun ianya nampak susah dan menyusahkan untuk memandu, tapi saya jamin, ianya sangat berbaloi untuk anda tatapi permandangan yang diciptakan oleh Illahi ini. 

Negara ini sememangnya mengutamakan perlancongan, maka oleh itu, terdapat banyak kawasan pergunungan yang mempunya kereta kabel dan salah satu tempat yang popular adalah Mount Titlis, Mount Pilatus, Top of Europe dan Interlaken. Kesemua kawasan tumpuan sehinggalah kawasan kecil mempunyai kemudahan kereta kabel dan keretapi sendiri untuk sekitar kawasan itu. Jika anda stay lama di Swiss, anda boleh membeli pass yang membenarkan anda melawat di beberapa kawasan dengan 1 bayaran sahaja. Tapi 1 bayarannya mampu mencecah ribuan ringgit bro.

Ada kebaikkan dan ada juga keburukkan, keburukkannya adalah saya boleh katakan barangan yang dijual di Swiss ini agak mahal berbanding dengan negara Eropah seperti Belanda mahupun Germany. Walaupun matawang Swiss (CHF) lebih rendah daripada Euro, tapi hakikatnya kalau nak beli secawan kopi atau seketul roti bun membolehkan anda makan sepinggan nasi di Germany dengan harga Euro7.00 . Maka tak hairan mengapa yang datang ke Swiss akan memasak sendiri melainkan anda membawa duit yang berkepuk-kepuk. 

Ketika lawatan di Swiss selama 3 hari 2 malam, saya hanya membawa sebanyak CHF200.00 sahaja, ini adalah perbelanjaan yang sedikit ketat tapi saya telah membuat pengiraan dimana saya akan mampu untuk menaiki Mount Pilatus dan beberapa kawasan lain seperti Wengen dan Zurich dengan budget ini.

Berbalik ke cerita asal, hujan masih membasahi bumi Swiss. Kereta dipandu perlahan oleh Syed sambil menikmati kawasan nan indah. Tiba di Station kereta kabel Mount Pilatus yang terletak berhampiran dengan Lucern, kami bersarapan pagi didalam kereta dengan menu nasi goreng telur dadar. Indah dapat makan bersama.



Pada tika ini, suasana diluar kereta msih lagi hujan dan kabus tebal di station kereta kabel Kriens PB. Khuatir jika kabus tebal gondola untuk menaiki ke puncak Pilatus tidak akan beroperasi.  Saya bergegas keluar ke kaunter informasi untuk bertanyakan status cuaca dan operasi. Ternyata tekaan kami tepat, pegawai yang bertugas memaklumkan gondola tidak akan beroperasi selama 3-4 jam kerana kaji cuaca mengatakan kawasan Lucerna akan hujan sehingga ke tengahhari. 

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Aduh.... plan dah rosak, macam mana nak naik puncak Pilatus sedangkan kami mempunyai masa yang terhad di Swiss. Ini silap saya kerana tidak mengambil faktor cuaca untuk ke puncak gunung. Sedang kami berbincang untuk menukarkan plan, pegawai tadi memanggil dan memberikan cadangan yang terbaik. Rupanya ada satu lagi jalan untuk ke puncak Pilatus itu iaitu dengan menaiki train bukit. Train bukit ini terletak tidak jauh dari station kereta kabel tersebut dengan bayaran tiket yang sama harganya.

Tanpa memikirkan perihal lain, Syed terus drive menuju ke Alpnachstad PB sekitar 15km dari Kriens PB  tadi. Banyak kawasan parking kereta yang disediakan disini dan korang parking aja di tempat disediakan. Terus bergegas menuju ke kauntr tiket, Alhamdulillah train boleh berlepas menuju ke puncak Pilatus. Bayaran masuk untuk menaiki train dan Mount Pilatus itu berharga CHF80.00 (RM360.00). Hujan masih membasahi sekitar kawasan ini malah lebih lebat pula. Berselit-selit kami mencari tempat teduh dengan rombongan orang Korea sementara menunggu train sampai.





Tepat jam 9.00pagi, train yang dinantikan tiba. Pastinya kerusi tingkap menjadi pilihan kami. Walaupun hari hujan, dari jauh lagi dahboleh nampak gunung ganang hijau dan bersalji setelah train mula mendaki dengan curam. Tak dapat saya rungkai perkataan saya dengan permandangan yang indah ini. Cukup dengan saya dapat berkongsi bersama pengalaman dan gambar bukti yang bahawa Swiss adalah seperti berada di syurga dunia. Dan jika benar, bagaimanakah indahnya syurga Illahi yang diciptakan-Nya. Allahu...

Perjalanan selama 35minit tiba di puncak Pilatus yang diliputi dengan kabus yang sangat tebal dan kuat berangin. Di puncak ini terdapat 2 buah hotel, beberapa cafe dan restoran serta kawasan kawasan untuk lepak santai. Tapi kami tak dapat lepak kat luar psl angin bertiup sangat kencang mampu membuatkan tubuh mengigil sejuk seperti di kem ABC Everest pulak. Jangan cabar cuaca sejuk yer.



Aha lupa nak bagitau suhu kat puncak adalah 2Celsius tanpa salji. Sekitar kawasan masih menampakkan pokok dan rumput mula menjadi kuning dan batu gunung yang gelap.  Kami naik ke cafe untuk membancuh kopi. Agak awesome pekena kopi sambil berborak pasal isu semasa di Mount Pilatus - dah macam Menteri Perlancongan pulak, cuma bezanya kami hanya rakyat jelata saja.




Meluangkan masa bersama sambil berborak lepak dengan rakan, cuaca menjadi sedikit reda setelah angin kurang bertiup. Jadi, kami bercadang untuk berjalan kaki keluar di celahan gunung yang telah disediakan track laluan berpagar untuk pengunjung. Sedang berjalan sekitar cerun gunung tu, didatangi pula angin kencang sekali lagi menyebabkan kami berteduh di salah sebuah terowong. Sejuk tak payah cerita time ni, tangan dah mula kebas, kaki dah mula membuat pergerakkan untuk memanaskan badan. Sejuk gila bhai, sangkut pulak kami dalam terowong ni. Bukan biasa-biasa kena angin gunung Swiss macam ni,  walaupun jacket saya pulak jenis Winter tapi masih lagi terasa sejuknya.




Tak tahan dan tak mampu untuk lawan kuasa cuaca, kami bercadang bergambar aje tepi-tepi tu dan terus menuju balik ke main building station tadi. Singgah sekejap kedai souvenir yang mana rasa mampu beli, tengok aje tak berbaloi nak beli. Eloklah kami terus turun dari Mount Pilatus untuk sambungan ke itinerari yang lain.


Pengalaman lepak minum kopi di Pilatus adalah satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Suasana yang tenang dan permandangan hebat membuatkan lagi rasa macam nak duduk lama ajer kat sini. Train tiba tepat pada masanya, menuruni cerun bukit dan celahan gunung seperti scene didalam cerita Lord of The Ring ketika team Gandalf kena kena kejar dengan The Orc. 



Mendapatkan kereta dan dikenakan bayaran sebanyak CHF5.00, kami meneruskan baki perjalanan menuju ke guesthouse di Wolhusen. 

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam