Posts

Showing posts from July, 2018

Cities I’ve Visited

Image
Cities I’ve Visited Saya pernah membaca petikan serta pengalaman orang lain mengenai travel planning dan segelintir mengatakan perjalanan yang tidak dirancang adalah lebih seronok. Mungkin juga tapi bagi saya lebih baik merancang dari pada terancam. Maka kita membuat rancangan dan kita serahkan selebihnya kepada Si Perancangan kita. InsyAllah. Berikut adalah antara bandar atau negara yang telah saya lawati : England : London Oxford France : Paris Indonesia : Bandung Yogjakarta Padang Bukit Tinggi Singapura : Republic of Singapura Thailand : Krabi Hat Yai Vietnam : Ho Chi Minh Hong Kong : Kowloon Hong Kong Island Lantau Island Korea Selatan : Seoul Gapyeoung Jepun : Tokyo Nagano Yamanashi Yokohama Nikko Australia :  Sydney Katoomba Perth Mandurah Lancelin China : Shenzhen Netherlands : Amsterdam Giethoorn Belgium : Brussels Antwerp Germany : Frankfurt Wuppertal Nurburgring Cologne Hamburg Munich Bavaria Berl

Nasi Kerabu Sungai Golok, Sungai Sekamat

Image
Nasi Kerabu Sungai Golok, Sungai Sekamat [Update : Kedai ini telah berpindah ke tempat lain] Pagi jumaat yang indah ni saya lebih gemar untuk bersarapan secara heavy untuk menampung perut sehingga solat jumaat. Jadi pilihan saya kali ini adalah untuk menyantap dengan menu Nasi Dagang Ayam Gulai. Satu tempat ditetapkan yang boleh dijadikan seperjalanan untuk menuju ke office iaitu kedai  Nasi Kerabu Sungai Golok yang terletak berhampiran dengan Masjid Sungai Sekamat Kajang. Landmark dia senang ajer, korang mapping Waze atau google maps korang tu dengan carian Shell Taman Delima Cheras. Dah sampai kat Shell tu korang boleh nampak banner kedai Nasi Kerabu Sungai Golok seberang jalan tu, sebelah ajer kedai motor. Saya kenal kedai ini sebagai Meksu Nasi Kerabu yang pada tika itu beroperasi secara tumpangan di Doll TomYam dekat Sungai Sekamat juga. Cuma owner dah pindah kedai baru tak jauh dari tapak asal. Menu Meksu ni tepat dan padu pada pilihan saya, dan kalau korang nak

Top 10 Best True Story Movie

Image
Top 10 Best True Story Movie Sembang pasal movie nih, saya sememangnya kaki movie. Sebut saja movie apa yang nak tengok pasti tanpa gagal. Tapi sejak ada anak ni saya terlalu jarang ke cinema untuk tengok filem filem baharu melainkan Box Office yang superb seperti Furious chain ataupun the legendary Star Wars. Selebihnya saya hanya layan dalam channel Astro saja, itu pun kadangkala asyik repeat mcm nokharam. Pada usia sebegini, chanel HBO dan Fox movie lebih diberi perhatian dan khusus kepada filem bergenre Drama dan True Story, kalau xsempat tengok record saja dan nanti layan balik time bagi anak makan waktu prime time. Biasala bini mesti bebel punya la... Berbalik pada tajuk asal, disini saya nak share dan senaraikan filem-filem base on true story dan base on true event kerana apabila tamat atau penghujung cerita ini akan berkisarkan satu moral malah memberikan sedikit suntikan motivasi. Hasil daripada ini, lately saya banyak menonton filem jalan cerita yang telah berlak

Mandurah, Western Australia

Image
Mandurah, Western Australia Setakat ini, bumi Australia tidak mengecewakan saya sepanjang travel di bumi Kangaroo. Mandurah adalah salah satu kawasan atau daerah yang terdapat di dalam Western Australia dan terdapat banyak kawasan menarik untuk dijadikan itinerari bersama keluarga malah untuk anak-anak kecil. Disini saya bawa keluarga untuk bersiar-siar dikawasan bandar Mandurah dan melihat perumahan tepi dan muara pantai serta melihat ikan dolphin berenang dengan menaiki bot yang dipandu sendiri. Yup dipandu sendiri.  Awesome bukan? Saya juga mendapat maklumat ini daripada blogger Aussie. Tepat jam 8:00pagi kami keluar menuju ke Mandurah. Persiapan sarapan pagi dan sedikit bekalan lebih sarapan tadi dibungkus untuk menampung kelaparan kelak. Bila lagi nak merasa nasi lemak ikan salmon di tempat orang idak gitu? Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam agak tenang dengan menggunakan Freeway (Highway Perth) tidak membosankan dengan permandangan hebat. Sepanjang

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...