Mandurah, Western Australia

Mandurah, Western Australia

Setakat ini, bumi Australia tidak mengecewakan saya sepanjang travel di bumi Kangaroo. Mandurah adalah salah satu kawasan atau daerah yang terdapat di dalam Western Australia dan terdapat banyak kawasan menarik untuk dijadikan itinerari bersama keluarga malah untuk anak-anak kecil.

Disini saya bawa keluarga untuk bersiar-siar dikawasan bandar Mandurah dan melihat perumahan tepi dan muara pantai serta melihat ikan dolphin berenang dengan menaiki bot yang dipandu sendiri. Yup dipandu sendiri. Awesome bukan? Saya juga mendapat maklumat ini daripada blogger Aussie.

Tepat jam 8:00pagi kami keluar menuju ke Mandurah. Persiapan sarapan pagi dan sedikit bekalan lebih sarapan tadi dibungkus untuk menampung kelaparan kelak. Bila lagi nak merasa nasi lemak ikan salmon di tempat orang idak gitu?

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam agak tenang dengan menggunakan Freeway (Highway Perth) tidak membosankan dengan permandangan hebat. Sepanjang highway ini terdapat banyak exit dan juga hentian station minyak yang mana korang boleh singgah dan pekena kopi dengan harga AUD1.00 - AUD2.00 sahaja. Memasuki bandar kecil Mandurah seolah orang tempatan ni tengah tido pulak.. macam tak ramai pon orang, memang tenang beb walaupun pada hari bekerja. Agak sejuk walapun cuaca mula cerah tanpa berawan. 


Tiba di Mandurah Harbour, saya terus menuju ke tempat sewaan bot untuk Dolphin Cruise. Saya telah membuat selidik pada website Mandurah Boat and Bike Hire untuk memilih jenis boat dengan kapasiti penumpang.  Owner dan pekerja boat tu sangat mesra, mereka seolah macam dah bersedia nak menyambut anda. Sewaan boat berharga AUD100.00 untuk jangka masa 1jam. Dalam proses ini, tidak serumit seperti menyewa kereta. Hanya seorang sahaja perlu mengemukakan passport untuk urusan registration. Bayaran dibuat dan shake hand dilaksanakan.



Selepas pembayaran dibuat, beliau terus menerangkan aspek keselamatan, emergency contact dan paling penting cara memandu boat serta membaca peta untuk laluan kami. Saya melantik adik ipar saya, Fadhil untuk mengendalikan bot ini kerana beliau dah biasa bawak bot pergi mancing. Konsepnya sama sahaja, untuk sewa boat ini korang boleh pergi mana saja bawa boat selagi dalam laluan peta mereka. Life jacket diberikan pada setiap orang termasuk saiz untuk kanak-kanak. 

Sebenarnya boat cruise ini adalah untuk perjalanan disungai dan muara sungai. Mereka tidak membenarkan kami menuju masuk kelaut yer. Brader bot pon menunjukkan spot kawasan yang selalu ada Dolphin dan kawasan kawasan menarik untuk dilalui. Terbaik bro!


Apa lagi, engine start up, say bye bye to Mr. Mike! Perjalanan agak tenang melintasi kawasan apartment di Mandurah Harbour. Pada laluan pertama, kami masuk meyusuri kawasan rumah mewah. Fuhhh memang mewah bro dekat kawasan ni. Pasalnya rumah dah ler besar, ade private swimming pool dan paling rare ade yatch dan private boat sendiri parking tepi rumah. Kalau yang jenis melampau tu dah macam besar feri pulak boat dia. Mana nak pergi pon tahu ler. 




Kiri dan kanan semamangnya ada banyak rumah banglo lot tersendiri. Tapi boleh dikatakan pada setiap rumah ini mempunyai boat atau yatch sendiri. Mungkin untuk watersport dorang di laut pasal laut pun tak jauh dari sini. Hanya mampu lihat saja bro... sewa boat AUD100.00 sejam ni pon dah rasa macam sewa Star Cruise Libra dah feeling dia. Hahahah...

Dah buat satu loop laluan kawasan perumahan mewah ini, kami menyusuri sungai utama mereka. Disini kawasan sungai lebih terbuka dan ada beberapa jambatan yang besar. Didalam map yang diberikan, kawasan ini akan kelihatan kumpulan Dolphin. Dibuatnya rezeki kami, dapat juga tengok Dolphin yang berenang di belakang ekor boat kami yang ada ombak kecil. Terdapat lebih kurang 3 4 ekor di belakang boat yang bermain dengan ombak. Time ni saya hanya amik video ajer, sorry la yer.

Baca : Percutian saya ke Perth selama 4 hari

Malah, kadang kala korang boleh nampak lagi Dolphin yang muncul di permukaan air pada kiri dan kanan tapi sekejap saja dan terus menyelam mungkin malu dengan manusia. Budak-budak adalah yang paling excited bila dapat tengok dolphin, sampai katanya suruh bagi dolphin makan roti. Makan roti pulak dolhpin tu? Tpi saya rasa bukan budak ajer, mak bapak budak pon excited bro... mana kau nak tengok dolphin berenang belakang bot. Belum tentu Sungai Klang ada bro...

Ralit dok tengok dolhpin berenang, kami hampir di penghujung muara dimana sempadan peta untuk memasuki laut, jadi kami terpaksa balik untuk memulangkan bot. Semasa perjalanan balik cuaca dan persekitaran sangat nyaman dan segar. Pada bahagian kanan terdapat taman seperti taman bunga dan taman permainan dan sebelah kiri pula adalah perumahan mewah yang kami lalu tadi. Waahh best kalau ade 2.6 billion beli rumah kat sini sebijik.



Sampai di jeti, Mr. Mike dah ready menyambut kepulangan korang dengan masa tepat untuk 1jam. Beliau berterima kasih kerana memulangkan bot cukup dalam masa 1jam, dia cakap tak kisah kalau lebih 10-15minit. Ade juga orang hantar setengah jam selepas tu tapi bayar untuk harga 1jam. Itu adalah integrity bro... tunjukkan budaya kita yang kita ni punctual dan jangan tunjuk kita ni culas dan sakai terutama bila kat negara orang.

Walaupun dia benarkan lebihan masa tambahan it's ok. Korang bayar 1 jam dan gunalah 1 jam... kalau guna 1jam setengah silalah buat-buat tanya kalau nak kena bayar tambahan masa. Tapi biasanya diorang akan cakap xpe kerana kita adalah pelancong.. tapi sila cuba tunjuk sikap seperti nak bayar supaya sikap give and take tu ada dan bukanlah amik kesempatan. Kalau kena bayar tu nak buat camner, dia business, bukannya dapat duit bawah laut. Sila ubah sikap yer.

Sekian tazkirah saya, ayuh kita sambung balik. Hahahaha padan muka.

Dah settle penyerahan boat, borak borak sikit dengan Mr. Mike beliau mencadangkan next time kalau datang boleh try kayak atau basikal. Beliau bersungguh sungguh offer untuk berbasikal sekitar Mandurah kerana dia cakap Mandurah adalah salah satu bandar kecil yang mempunyai kadar paling rendah jenayah dan keselamatan jalan raya yang terbaik di Australia. Beliau tunjuk dan share jika datang boleh menginap di satu villa tepi pantai dan ada private pool. Bagi saya hargnya reasonable tapi kami tak punyai banyak masa untuk lalui semua ini. Sungguh sedih. Next time mungkin boleh cuba untuk trip ke Albany. Penghujung Western Austrlaia.




Kami bergambar sekitar kawasan harbour ini dan terdapat sebuah muzium seni bersebelahan dengan kedai sewa bot ini. Pada hujung kawasan ini ada beberapa buah cafe dan restaurant. Saya syorkan anda ke restoran San Churro Mandurah. Beli satu set kopi berserta Churros yang dibuat pada pagi tersebut. Pekena kopi tepi sungai sambil lepak rehat menikmati angin segar dari laut. Terbiak rasanya.





Itinerary kami tidak lama di Mandurah dan terpaksa menuju balik ke bandar Perth. Pada kiranya masih banyak kawasan yang tidak diterokai di Mandurah malah terdapat beberapa masjid dan ada masjid besar di Mandurah. Oleh itu makanan halal tidak sukar untuk dicari disini. Seperti yang saya cakap tadi, disini lebih tenang dari Perth. Tapi bandar Perth adalah lagi tenang dari bandar bandar yang ada di Malaysia. 

Salah satu sebab kenapa saya sangat sukakan Australia berbanding Seoul ataupun Tokyo.

This is Awesome dude...

Comments

Eyza said…
Nak tanya.. sewa boat ni ade bayar harga tiket juga ke? Ada minta driving lesen untuk boat? Sorry sy tak tau. Sb ade survey naik cruise tu.. bila tau bolej drive boat sendiri nak cube juga.. Sy nak pergi perth jun depan.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam