Cara Mudah Simpan RM5.00 untuk Anak Anda

Cara Mudah Simpan RM5.00 untuk Anak Anda

Salam, saya dah lama nak share tips biasa-biasa untuk tabung kepada anak-anak kita ni. Tak kisah anda ada anak 1, 2, 4 atau 6 masih boleh guna cara simple dengan dapat dividen Tabung Haji. 

Saya bukan pakar ekonomi dan juga pakar topup duit kepuk-kepuk macam orang dok kira keuntungan ASB tu... Hidup dunia zaman lani, benda yang boleh dikatakan wajib ada pada anak anda salah satunya Insuran Takaful dan juga Simpanan Anak-anak. Saya tak nak cerita pasal insuran takaful kerana saya bukan pakar, saya hanya mencarum sahaja. Saya nak cerita bagaimana saya membuat simpanan pada anak saya sahaja untuk kongsi bersama.

Photo Credit : irsofian.com

Sebelum itu, saya telah membuka 1 Akaun Tabung Haji atas nama anak saya. Ini kerana simpanan tabung haji telah ditolak zakat siap-siap untuk simpanan yang tidak berusik tu. Zakat kena bayar, jangan lupa yer bro. Paling tidak ada juga dividen tabung haji lebih kurang dok main 6% - 7% setahun. Ok la daripada kering tak ada ape.


Cara saya hanya komitmen dan sabar sahaja. Rasanya cara ini simple ajer seperti mana anda buat monthly saving siap-siap bila dapat gaji. Ada sesetengah orang, mereka suka donate setiap hari pada anak dan ada setengah orang mereka tolak siap-siap gaji mereka untuk tabung anak mereka. Terpulang pada anda.

Option 1 :

Monthly Saving - RM300 sebulan. Tolak gaji siap-siap dan masukkan pada akaun Tabung Haji (TH). Bahagikan RM300 kepada dua - anda dan suami/isteri anda. Maka seorang hanya RM150 sahaja.

RM150 x 2orang = RM300

Saya guna cara ini. Mudah dan senang. Cukup bulan bank-in sahaja dalam CDM Bank Islam untuk saving Tabung Haji. Settle!

Option 2 : 

Daily Saving - RM5 setiap hari. Cara ini nampak murah sedikit tapi hasilnya tetapi RM300 sebulan. Setiap hari anda perlu masukkan RM5 dalam satu tabung, contohnya -

Saya RM5 dan wife RM5. Total 1day RM10

RM10 × 30hari = RM300

Keberkesanan hasil daripada simpanan ini adalah seperti berikut :

RM300 × 12 bulan = RM3600.00

RM3600 × 6.25% dividen tabung haji = RM225.00

RM3600 + RM225 = RM3825.00

Prinsip saya, saya hanya genapkan dan topup untuk dijadikan sebanyak RM4000.00 dengan duit bonus ataupun boleh campur dengan duit collection hari raya anak anda. Silap-silap lebih daripada 4k. Cukup bulan bank-in sahaja dalam CDM Bank Islam untuk saving Tabung Haji. Settle!

RM4,000 x 3 tahun = RM12,000

RM4,000 x 10 tahun = RM40,000

Dalam masa anak anda 3 tahun dah ada saving RM12,000 dalam akaun Tabung Haji. Darjah empat anak anda dah ade saving RM40k. Pada tahun pertama menabung pun anda dah boleh daftar nama anak untuk kemasukkan Haji. 

Jika anak anda lebih daripada seorang, bahagikanlah jumlah tersebut dengan jumlah anak-anak anda sama rata. Paling tidak ada juga simpanan mereka untuk sekolah kelak atau pun untuk kegunaan emergency yang tidak kita ketahui. 

Apa yang penting, komitmen dan jangan asyik dok korek duit anak ajer. Ustaz Azhar ada cakap, kalau korek duit anak wajib untuk bayar balik kerana itu duit mereka dan hak mereka. 

InsyAllah... saya sekadar share bersama sahaja.

This is Awesome bro.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam