Blokke Cafe Citta Mall, Selangor

Blokke Cafe Citta Mall, Selangor

Cuti 3 hari ni dimanfaatkan dengan menghabiskan masa serta mengeringkan poket yang semakin menipis. Last week dah bawak si Nazril berjalan ke One Utama dan kena paw Galaxy Playground bawah GSC tu. Dalam sembang-sembang tersebut pulak kedai Blokke yang sememangnya dia tahu Blokke tu adalah tempat playground Lego. 

Maka minggu ini adalah minggu tuntutan janji pasal memikirkan minggu minggu seterusnya abah Nazril banyak kerja. Kasi settle terus minggu ni. Blokke Cafe ini terletak di First floor Citta Mall. Agak selesa lepak sini kerana suasana tidak sibuk dan terdapat banyak cafe dan restaurant.



Cafe Blokke ini rasanya dah ramai tahu dan dalam media pun dah banyak dibuat review, akan tetapi saya tertarik kerana Blokke yang baharu ini adalah lebih menarik daripada Blokke yang terdahulu. Blokke yang baharu ini dimiliki oleh pengacara popular iaitu Nazrudin. 

Blokke Cafe Playground ini berkonsepkan Duplo Lego dimana ianya merupakan sebuah cafe dan terdapat sebuah playground Duplo Townhouse. Selain daripada cafe dan playground terdapat juga Lab untuk pembelajaran seperti Lego Technics dan Mindstorm. Review saya ni hanya nak menceritakan tentang Blokke Playgorund. Ianya sangat awesome!

Bayaran masuk untuk Blokke Playground adalah RM25 pada weekdays dan RM30 pada weekends untuk seorang kanak-kanak tak kira umur. Parent masuk free ajer. Tapi... kalau korang datang pada weekdays, saya rasa elok korang layan makan di cafe mereka. Pasalnya kalau belanja lebih daripada RM40.00 di Blokke Cafe akan dapat dua entry untuk Blokke Playground. Nice kan... Dapat makan dapat main playground. Lepaskan budak-budak tu kat dalam playground tu.




Walaupun Blokke tak sebesar Kidzania, tak sebesar Hello Kitty World tapi ianya cukup membuatkan anak saya menghabiskan masa paling lama di playground pernah kami kunjungi iaitu selama 4jam 30minit. Ya 4jam lebih dok dalam tu sampai tak nak balik. Terpaksa silih berganti meneman anak untuk makan dengan solat. 

Pada gate masuk, terdapat Duplo Construction. Anak-anak boleh layan buat wall dengan macam-macam lagi dengan Lego Brick getah tu. Kalau pandai susun bole buat sebijik rumah tu. Banyak giler Block Lego besar tu.




Yang bestnya, Blokke membuat satu section mengikut tema seperti construction, Police Station, Fire Station, Jungle dan juga pantai. Pada setiap section ini terdapat kawasan untuk anak-anak main duplo dan korang juga boleh lepak santai untuk layan mereka malah untuk baring sambil tunggu mereka balik. Har har harr....



Ada tempat jumping pada section jungle dan ianya bersambung dengan gelungsur yang menuruni ke kawasan bola. Kawasan itu dianggap sebagai pantai. Blokke tak boleh letak pasir takut nanti habis jahanam semua dok main perang pasir. Eloklah mereka letak bola dalam tu. Itu pun dah berenang-renang Nazril dalam tu.


Saya dan wife hanya lepak tepi, bersandar dan tengok suasana ajer. Kalau Nazril dah penat, dia akan mula main Duplo dan bina train. Ya train pasal dia memang minat gila dengan train. Dalam HP ade game Duplo train maka dia buatlah juga seperti mana game dia. Ade banyak sangat Duplo ni jadi budak budak tak berebut sangat nak main. 

Kalau lapar, korang boleh keluar sekejap dari playground bersama anak dan layan makan dulu di Blokke Cafe. Lepas makan nanti bleh masuk balik dengan menunjukkan tag tangan ajer. So maknanya bayar untuk per day entry lah yer. Nice and awesome!




Di Blokke Cafe, saya hanya order Spaghetti Kids Meal dan Ice Lemon Tea hanya untuk Nazril ajer. Kedua-dua menu itu berharga lebih kurang RM23+ (dah tak ingat). Ada banyak menu sebenarnya tak sempat nak tengok pasal dah mula buat bising nak makan. So order yang ternampak pada iklan menu diorang ajer lah.


Makan pun bukan habis, makan separuh dah ajak nak masuk playground balik, adehhh! Layankan ajer laaa permainan budak-budak. So bagi korang kalau datang dua orang boleh lah bergilir-gilir nak solat ker nak gi tandas ker. Pandai pandai korang ler.

Kalau nak hensem, korang boleh setup private party kat sini. Dan jangan terkejut! Birthday party kat sini selalu fully booking yer. So kalau nak setup untuk anak atau anak sedara kena booking awal-awal. Harga dia saya tak pasti kena tanya Blokke sendiri. Tapi ianya macam menarik kerana birthday party bertemakan Lego. Mana nak dapat kan?

Dah lebih 4jam Nazril dok main, kami dah mula bunyi untuk balik. Nak pujuk keluar dari playground tak payah cerita lah. Seksa btol. Mungkin bagi dia rasa best sangat berbanding playground yang lain kerana kena dengan minat dia yang suka dengan Lego. Next month boleh datang layan lagi.





Last but not least, saya sangat tabik pada kebersihan persekitaran Blokke yang menjaga peralatan mereka serta keselamatan kanak-kanak. Sebelum masuk seperti playground lain akan diberi hand sanitizer, Blokke juga berbuat demikian dan boleh dikatakan setiap playground dan barangan mereka berada didalam keadaan yang baik dan tidak rosak. Jadi korang pun kena peka juga pada anak untuk berjaga-jaga dengan supaya tidak menyebarkan virus atu wabak pada tempat kanak-kanak bermain.

Apa pun bagi saya Blokke Playground ini adalah yang terbaik pernah kami kunjungi untuk Nazril. Ianya memang berbeza dengan playground yang lain. Korang patut cuba skali datang kesini. 

Terima kasih Blokke!

This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam