Wuppertal dan Cologne, Germany

Wuppertal dan Cologne, Germany

Perjalanan dari Amsterdam membawa kami memasuki Negara Germany buat pertama kali. Seawal subuh bertolak, suasana jalan-raya sangat sunyi sepi dan hampir tiada kenderaan. Cuaca tidak hujan tapi agak berkabus tebal dengan suhu mencah bawah 10 Celsius. Menyusuri sempadan dan mula membuat pecutan pada Auto-Bahn setelah signage No Speed Limit kelihatan. Signage sebegini sememangnya banyak sekitar autobahn (highway), kalau jumpa meter kasi rapat bro tapi kalau ada speedlimit, sila patuhi kerana bila kena speedtrap maka sengsaralah korang nak return kereta tu nanti.

Tujuan utama saya untuk ke Wuppertal adalah untuk melihat sendiri teknologi keretapi bandar mereka kerana saya pasti saya tidak akan tengok train bandar ini selepas Jepun. Train di Wuppertal adalah unik dan hebat kerana ianya adalah Suspension Railway. Tak banyak dalam dunia ni ada suspension railway, maka ianya dimasukkan didalam itinerary kami sebelum ke Bandar Cologne.


Kami menyusuri sub-bandar Wuppertal pada hari Ahad. Waktu ketika itu menunjukkan jam 9.00pagi tapi macam 7pagi. Tak ada orang pun dalam bandar macam kena sumpah. Suhu kat sini macam dah mula drop ke 6 Celsius. Agak gigil juga berjalan sekitar sungai dengan angin bertiup-tiup menusuk tulang. Mencari parking pada hari Ahad agak mudah. Tapi nak cari tandas pada waktu sebegini sememangnya sengsara. Inilah kesan minum kopi awal pagi ditempat yang sejuk. Setakar nak kencing berak tu biasa bro pagi-pagi. Normal beb!

Berbalik kepada sejarah Train Wuppertal tadi, ya ianya adalah jenis train tergantung dengan railway mereka berada diatas dan kereta api berada dibawah seperti sebuah roller coaster terbalik. Inilah dinamakan suspension Railway. Track train ini telah dibina seawal tahun 1900... 1900 ye seratus tahun yang lalu bro.. dan telah mengalami kerosakkan akibat World War 1, dibina balik sepenuhnya pada tahun 1970 dan dimodenkan design train pada tahun 2010. Laluan train ini tidak panjang hanya 13.5km serta menyusuri sepanjang sungai apa nama tah. Station mereka juga unik seolah tergantung seperti sebuah UFO yang besar. 

Setelah melangsaikan perkara penyahtinjaan di petrol station. Maka kami mahu mencuba menaiki train tersebut. Ternyata orang Germany masih tidur lagi pagi Ahad. Di station ada seorang warga Britain yang sedang membeli tiket lalu disapa oleh saya untuk bertanyakan cara-cara nak beli tiket train. 

Jawapan beliau mengecewakan pasal dia pun tak faham dan tak tahu macam mana nak beli tiket train tu dan dia cakap dia jarang beli tiket train kat Germany. Demmm... Jadi kami pun sepakat follow cara mamat tu dengan naik train free. Udah nak buat macammana, select English pun keluar bahasa Germany. Follow step pun return to home. Maka baik naik free ajerlah.



Sebelum ni saya pernah baca buku I'M Backpacker : Germany yang ditulis oleh Khairul Abdullah. Menaiki public transport terutama train di Germany ternyata untung kerana setiap station tiada halangan / pintu untuk validate ticket. Pihak kerajaan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada rakyat mereka untuk membeli train tiket. Ada yang beli ada juga yang tak rasanya. Tapi kalau train jarak jauh seperti high-speed train itu mempunyai validate tiket. Cuma train dalam bandar sahaja yang tak ada pintu untuk validate tiket. Nice!

Menaiki train ini bukan apa, hanya nak merasai pengalaman ajer. Bergerak dari station Varresbecker menuju ke station terakhir. Ianya tak jauh hanya selang 4 station sahaja... hahaha... Bila dah sampai penghujung station saya keluar untuk melihat sekitar kawasan. Di last station ni agak ramai gelandangan yang sedang tidur dan berehat pada bucu bangunan. Bau arak dan hancing membuatkan aroma semerbuk-merbuk dengan bauan yang ditiup angin. Ternyata tempat ini bukan pilihan untuk pekena kopi pagi dan kecewa banyak kedai masih lagi tutup.

Jadi kami berpatah balik ke station asal untuk balik mengambil kereta. Mujur pada seawal ini orang tidak ramai dan senang untuk mencelah menaiki train secara percuma tanpa bayaran.

Sebelum memulakan perjalanan, kami lepak dulu sekitar kawasan parking tu sambil layan angin sejuk dan tengok suasana sekiling. Tiada kedai kopi yang beroperasi pada tika ini melainkan kedai runcit dan juga petrol station. Lepak layan bergambar dan terus gerak.





Perjalanan menuju ke Cologne diteruskan sebelum tiba waktu tengahhari. Target di Cologne adalah untuk singgah di Hard Rock untuk membeli dan membuat koleksi peribadi. Google maps digunakan sepenuhnya sepanjang pengembaraan ini dan percayalah, tiada maps yang setanding google maps walaupun kamu memuja Waze ataupun Apple Map. Tak jauh mana pun, mengambil masa lebih kurang 1jam melalui Auto-Bahn A1.

Ketika memasuki bandar Cologne, saya membuat point untuk parking berhampiran dengan Cologne Central Station. Kenapa saya ingin ke Central Station walaupun memandu kereta? Ini kerana Central Station di negara Europe sememangnya unik dan mempunyai bangunan yang sedikit bersejarah. Serius bro... Kalau korang travel by train, korang tengok bangunan mereka mesti jenis rekabentuk yang lama. Kalau station kecik maybe yang baru-baru tapi Central Station mesti lama punya. Disitulah tertumpunya interchange keretapi jenis cross country dan juga sub-station untuk highspeed train seperti ICE dan Euro Star. Kalau kat Jepun tu macam train Shinkansen.


Untungnya parking disini, Hard Rock tidak jauh dari central station dan malah terletak di tepi sungai besar. Maka, kami lepak dulu ditepi sungai sambil lepak layan tengok cruise. Jalan depan sikit nanti akan ada sebuah jambatan besar untuk laluan keretapi dan high-speed train. Korang boleh melintasi sungai tersebut pada tempat pejalan kaki dan menariknya sepanjang jambatan ini diorang buat satu Love Memory macam ala-ala Seoul Tower di Incheon. Diorang lock mangga cinta pada pagar penhalang diantara track train dengan pejalan kaki. Menarik nak bergambar tapi elakkan bergambar dengan geng lelaki, nanti orang cop geng kunyit. Jangan main-main kat sini, LGBT adalah perkara biasa bagi mereka.

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Sebenar kami juga sedang menunggu masa untuk kedai Hard Rock buka. Dalam website Rock Shop bukak pada jam 12pm pada hari Ahad dan kami berada di Cologne pada jam 11am. So adalah afdal untuk berjalan lagi menyusuri tepian sungai sambil tengok gelagat mat salleh sedang berpiknik dan berjogging pada matahari tegak. Tiada masalah kerana suhu 15C bro... 

Kadangkala terfikir kenapa negara orang boleh menjaga satu kawasan riadah atau taman dengan cantik dan keadaan kemudahan awam sangat terjaga rapi. Tiada kerosakkan dilalukan dan lebih-lebih lagi hampir tiada sampah dibuang dicelah-celah kerusi melainkan daun daun keemasan yang berguguran. Mungkin juga attitude yang telah dididik disekolah. Tapi adakah kita tidak dididik sedemikian kat sekolah? Sekolah kita kopak sangat ke tak ajar buang sampah dalam tong sampah? Ianya berbalik pada attitude kita sendiri, cikgu dah ajar, parent dah ajar tapi kalu kita sendiri yang bahalol maka tiadalah jalan untuk memperbetulkannya.








Dari sungai Cologne kami berjalan kaki mencari kedai makan yang saya telah google sebelum ini. Memandangkan dah tengahhari, perut hensem kami telah membuat trigger untuk diisi. Berjalan kaki dicelah bangunan lama sememangnya menarik kerana jalan untuk pejalan kaki di buat dengan susunan batu macam berada pada era tahun 1800. Sebelum tiba di restoran, kami melintasi sebuah dataran yang mempunyai tugu orang menaiki kuda yang saya sendiri tak pasti untuk peristiwa apa.

Saya agak gemar untuk membaca apa yang ditulis pada papan kenyataan tapi saya batalkan hajat untuk mendekati tugu tersebut kerana terdapat 1 couple gay yang sedang asyik bercumbu-cumbuan dibawah tugu tersebut. Ternyata peristiwa bercumbu itu menimbulkan kecelakaan pada kami yang dalam perjalanan untuk makan tengahhari. Sungguh barua tindakan itu! Seperti saya katakan tadi, LGBT di negara sebegini agak tinggi, maka elakkan berperilaku seperti mereka, dikhuatiri mereka akan tenung kau orang macam nak merogol. Ini serius bro bukan main-main.



Sudah jangan pedulikan mereka, kami meneruskan jalan kaki dengan lebih laju melintasi track trem untuk ke restoran Kebap Haus Am Heumarkt. Restoran ini betul-betul terletak sebelah dengan trem station - Am Heumarkt. Walaupun jam pada tika itu lebih kurang 1230pm, tapi orang kedai tu sedang bertngkus lumus menyiapkan persiapan seolah macam baru bukak kedai. Jadi kami bertanyakan adakah beliau sudah sedia untuk berurus niaga? Jawapan Ya daripada beliau membuatkan kami senyum macam kambing dahan kerana perut telah mula lapar disebabkan bau daging kebab yang sedang disalai tu.



Pesanan makanan terus dibuat dan ternyata masing-masing mula tamak kerana tidak ingin berkongsi. Hahaha confirm tak akan habis bro... Macam biasa saya order chicken kebab yang datang bersama Fries dan Light Coke. Harganya 4.50Euro sahaja, agak murah untuk restoran didalam bandar. Bayaran dibuat sambil menunggu brader Arab ni siap sediakan makanan. 

Seriously, tiada yang lebih indah kalau bab makan ni. Team saya cukup sopan kalau perihal makan. Bila time makan tak akan ada pun yang bercakap mahupun gelak tawa. Masing-masing akan menikmati nikmat Tuhan yang diberikan.

Agenda seterusnya perlu diteruskan, maka makan tengahhari dipercepatkan tanpa lengah. Dari restoran Kebap Haus terus berjalan kaki menuju ke Hard Rock Cologne. Tak jauh mana pun dalam sekitar 200meter je. Dah sampai situ, apa lagi keluarkan list utk kiriman daripada orang yang membuat koleksi la. Saya tak collect baju HRC ni pasal mahai sangat modalnya. Kita collect Starbuck Tumbler ajer dengan harga mur-mur. 


Pembelian telah selesai, maka destinasi jalan kaki kami adalah menuju kembali ke Central Station Cologne. Dalam perjalanan tu, terdapat sebuah gereja besar dan bersejarah yang dnamakan sebagai Kolner Dom. Kolner Dom ini adalah gereja katolic utama di bandar Cologne dimana ianya telah dibina pada tahun 1842. Saya tidak gemar sangat untuk memasukkan destinasi saya sebagai melawat gereja kerana banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati. Tapi oleh kerana Central Station ini terletak bersebelahan dengan Kolner Dom terpaksa la lalu dan singgah sekejap. 





Apa yang sedikit kagum adalah pembinaan gereja ini yang dibina pada tahun 1800-an yang mana negara kita sendiri pun tak tahu apa rupa pun lagi tapi mereka telah berjaya membina sebuah gereja yang sangat besar dan tinggi. Ada banyak slot pameran didalam gereja tersebut tapi saya tak masuk. Ramai pelancong ada sekitar kawasan dataran Kolner Dom, dan pada setiap 30minit dan 1jam akan berbunyi paluan loceng daripada gereja ini. Ironi bunyinya tapi jangan leka.




Oleh kerana destinasi kami seterusnya adalah ke Nurburgring, maka kami terus ke parking kereta selepas bergambar sekitar kawasan Central Cologne.

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam