D'Sue Nasi Kerabu Golok, Sungai Sekamat

D'Sue Nasi Kerabu Golok, Sungai Sekamat

Sebelum ni saya pernah upload satu entry iaitu kedai Nasi Kerabu terbaik di area Cheras dan Kajang. Kedai ini telah berpindah lokasi untuk keselesaan pelanggan yang datang dan menjanjikan tempat yang lebih selesa.

Nak cari kedai baru ni senang aje, ianya tak jauh pun dari kedai lama cuma belum ada lagi point dalam Google Maps atau Waze, tapi korang boleh try carian dengan nama Cafe 43Ribu. Kedai D'Sue Nasi Kerabu ni tak jauh pun dari area ni dalam lingkungan 50meter. Nanti korang boleh nampak sebuah restoran nama Malia Seafood. Kalau korang dari sekolah SAAS Kajang tu, kedai dia terletak pada belah kiri jalanraya. 


Saya kenal kedai ini sebagai Meksu Nasi Kerabu yang pada tika itu beroperasi secara tumpangan di Doll TomYam dekat Sungai Sekamat juga. Cuma owner dah pindah kedai baru tak jauh dari tapak asal.

Menu Meksu ni tepat dan padu pada pilihan saya, dan kalau korang nak cuba nasi dagang atau nasi kerabu boleh ler datang kesini yer. Kalau datang tu, seat sedikit terhad dan kalau tak dapat seat boleh ler tapau makan kat rumah panas-panas. Kalau menu pagi tu ade nasi belauk ikan - ayam, nasi dagang, nasi komok, kuih muih Kelantan.

Pagi ni abang pekena Nasi Dagang lauk Ikan dan telur rebus sebijik dicampur pulak nescafe ais pagi-pagi ni. Masuk opis rasa macam nak tidur dah bro! 

Suasana kedai ni lebih selesa sikit dengan disediakan meja yang banyak pada belah dalam dan tiada lagi masalah parking kereta. Korang boleh park seberang jalan ataupun depan kedai.

Maaf pasal tak banyak gambar yang diambil pasal saya dah lapar. Nanti korang datang korang try roti titab Meksu... rugi kalau tak try!



This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam