Train Pass di Australia

Train Pass di Australia

Negara Australia tidak seperti negara Jepun yang sememangnya mempunyai kecekapan public transport terbaik di dunia. Akan tetapi, ranking public transport di Australia juga tidak mengecewakan dan antara yang mempunyai ranking terbaik di Asia Pasific mengikut Forbes 2016.

Ada beberapa pass jarak jauh yang disediakan oleh pengurusan train di Australia tapi harganya sememangnya seperti menaiki kapal terbang. Dengan harga yang sebegitu, tidak hairanlah kerana benua Australia sangat besar, kalau korang turun ke Perth dan ingin memandu kereta ke Melbourne, ianya sejauh 3000km! Malah kalau korang turun ke Sydney, dan memandu ke Brisbane ataupun Melbourne, jaraknya juga hampir 900km. Jaraknya lebih jauh daripada Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru.

Pernah juga ada segelintir pengembara Caravan yang mengeliling benua Australia, ianya mengambil masa hampir 2 bulan dengan jauh perjalanan 13,500km! Tak mampu der nak bawak kereta jauh macam tu, terus major service gamaknya.

Jadi, train pass diwujudkan sebagai alternatif untuk pelancong yang tidak mahu memandu atau tidak mahu menaiki penerbangan domestik untuk melihat sight-seen bumi Australia. Saya hanya dapat senaraikan pass hasil penelitian web Australia dan juga elektronik card yang diguna pakai didalam bandar - subbandar untuk rujukan korang jika nak travel ke Australia kelak.

Walaupun segelintir mengatakan Australia adalah negara aman damai atau kurang penduduk, tapi apabila waktu puncak seperti waktu pagi, keadaan di station juga agak kelam kabut. Oleh itu, rancang perjalanan menaiki train untuk mengelakkan bertembung dengan orang yang ingin pergi bekerja. 

1. Discover Pass

Discover Pass adalah satu-satunya travel pass untuk menaiki train antara bandar yang mampu menjimatkan kocek para travelers. Pass ini bertindak hampir sama seperti anda membeli JR Pass di Jepun cuma bezanya Australia tidak mempunyai Shinkasen (Bullet Train).

Dengan memiliki pass ini, korang boleh mengembara diantara bandar Melbourne - Sydney - Brisbane selama 14hari dengan harga AUD232.00 belian online. Ianya mempunyai pilihan lain seperti menggunakan pass selama 1bulan dengan harga 275.00 sahaja, lepas convert jadilah RM825.00. 

Walaupun mahal, tapi ianya agak berbaloi jika nak dibandingkan dengan harga tiket flight domestik. Malah dengan menaiki train, korang boleh turun pada mana-mana bandar atau sub-bandar yang korang rasa nak kunjungi tanpa mengira masa dan hari selagi tidak melebihi tempoh pass yang dibeli.

Tetapi harus diingatkan, Discover Pass ini hanya boleh digunakan untuk menaiki train jarak jauh sahaja atau lebih senang keretapi dibawah kendalian NSW TRansport. Apabila korang dah sampai pada main station seperti Melbourne, Syndey ataupun Brisbane, korang perlu membeli pass/train card pada bandar tersebut seperti Opal Card (Sydney), Myki Card (Melbourne) dan Go Card (Brisbane). Jangan keliru yer. 

Kebiasaannya, kekerapan perjalanan train NSW Transport ini tidak seperti train didalam bandar. Perlu rujuk waktu perjalanan mereka di station atau website NSW Transport sendiri. Mungkin 30-1jam dan perjalanan antara Sydney ke Melbourne akan mengambil masa lebih daripada 11jam dan Sydney ke Brosbane pula hampir 15jam!

Sebab itu namanya Discover Pass kerana anda perlu berhenti pada mana-mana sub-bandar kecil untuk mengembara pada kawasan-kawasan yang dilalui oleh train NSW Transport. 






2. New South Wales (Sydney) - Opal Card

Opal Card berfungsi sebagai kad Touch & Go seperti di negara kita. Kad ini anda boleh beli di Sydney Airport dan dimana-mana convenience store popular sekitar NSW. Opal Card ini boleh dibeli dengan harga minimum AUD10.00 termasuk dengan top-up value, maksudnya Opal Card tidak dikenakan cas untuk memiliki kad tersebut melainkan harga pada tambah nilai sahaja. 

Korang boleh top-up seberapa banyak yang korang mahu tapi korang harus ingat, tiada refund yang boleh dibuat keatas kad ini jika terdapat balance melainkan korang transfer balance Opal Card kepada orang lain. Jadi pandai-pandai la top-up ikut perbelanjaan mana yang korang nak pergi. Biasanya saya top-up AUD10.00 aje.

Kelebihan Opal Card ini adalah ianya mempunyai diskaun dan flat rate pada hari minggu dan juga diluar waktu puncak (peak hour). Pada hari Ahad, korang akan nikmati flat rate hanya AUD2.70 untuk didalam bandar, korang boleh naik train, bus atau ferry secara percuma jika Opal Card anda dah cecah AUD2.70 pada hari Ahad! 

Manakala, jika korang menaiki train, bus atau ferry pada luar peak hour (10:00am-4:00pm), korang akan dapat potongan 30% lebih murah daripada harga asal tiket.

Nikmati penggunaan Opal Card ini dengan menaiki Ferry menuju ke Tarrongga Zoo atau Manly Beach, pasal nanti ferry ini lalu depan Sydney Opera House. Memang Awesome!




3. Queensland (Brisbane & Gold Coast) - Go Card

Bagi yang dah pergi ke Gold Coast, card ini pastinya popular dikalangan mereka kerana Go Card adalah salah satu card yang memudahkan Travellers ataupun penduduk untuk menaiki Train atau Tram.

Go Card ini boleh di beli di Airport Gold Coast ataupun Airport Brisbane atau nak lebih senang pada mana-mana convenience store pada sekitar kedua-dua bandar besar ini. 

Harga Go Card adalah AUD10.00 dengan tambah nilai sebanyak AUD10.00 jugak. Sama seperti Opal Card, Go Card digunakan pada pengangkutan Train, Trem,dan juga Bas pada negeri Queensland (QLD). Korang hanya perlu tap pada tiang sebelum masuk train/tram dan juga tap out balik selepas sampai ke destinasi. 

Kalau agak-agak korang nak travel dari Gold Coast dan Sunshine Coast, baik korang beli Go Explorer dengan harga AUD10.00. Dengan adanya card ini, korang boleh menaiki bas dan tram secara flat rate AUD10.00 tadi selama 24jam. Tak kisah naik berapa ratus kali ianya tetap AUD10.00. Tapi harus ingat, tiket Go Explorer ini hanya boleh digunakan untuk Bas dan Tram di su-bandar Gold Cost dan Sunshine Coast sahaja, bukan untuk bandar seperti Brisbane. 

Oleh itu, saya lebih mengesyorkan Go Card sahaja kerana jenis kad ini boleh digunapakai pada kesemua bandar dan sub-bandar didalam QLD. Senang sahaja.




4. Victoria (Melbourne) - Myki Card

Sebenarnya bandar Melbourne agak popular oleh pengembara dari serata dunia berbanding dengan Sydney kerana bandar ini dinobatkan sebagai Most Liveable City pada tahun 2017 dan 2018. Ianya bermaksud bandar yang paling sesuai untuk diduduki untuk bekerja, belajar, hidup, serta aman dan damai. Walaupun begitu, harga hartanah untuk menyewa dan membeli tidak begitu murah yer. Sama seperti mencari rumah Airbnb atau Hotel, harganya juga lebih kurang di bandar Sydney. Mahal jugak beb.

Myki Card ini boleh didapati di Airport Melbourne dan juga mana-mana convenience store  berserta tambah nilai. Harganya adalah AUD6.00 untuk kad sahaja, manakala tambah nilai bergantung pada anda untuk top-up berapa $$. 

Myki Card ini boleh digunakan untuk Train, Trem, dan juga Bas. Untuk Free Trem, tak perlu untuk tap-in atau tap-out sama juga untuk Visitor Shuttle Bus.

Banyak kawasan menarik yang boleh dilawati dengan menggunakan train dan trem pada sekitar bandar dan luar bandar Melbourne. Korang perlu google pada Melbourne Attraction with Train. Adalah lebih mudah untuk menaiki tram didalam bandar berbanding memandu kerana anda perlu belajar dan mahir dengan signboard serta lampu isyarat yang mana akan berkongsi laluan dengan tram. Jangan sampai kereta yang korang sewa kena langgar dengan tram bro!





5. South Australia (Adelaide) - Metro Card

Bandar Adelaide adalah antara bandar yang jarang rakyat Malaysia kunjungi melainkan kalau ada anak beranak ataupun sahabt handai yang belajar di sana. Sememangnya tempat ini terkenal dengan tempat belajar dikalangan warga Malaysia dan Singapore. 

Oleh itu, ada beberapa pass disediakan untuk kategori pelajar dan juga para pelancong, antaranya yang korang boleh guna adalah Metro Card yang berharga AUD5.00. Kad ini sama seperti Opal Card dimana anda perlu menambah nilai untuk menggunakan Train, Bas ataupun Tram. 

Walaubagaimanapun, ada satu lagi pass yang mampu menjimatkan kocek anda sebagai travelers iaitu MetroCARD Visitor Pass yang berharga AUD25.00. Kad ini adalah valid untuk 3hari ataupun 72jam selepas transaksi pertama. Dengan adanya MetroCARD Visitor Pass ini, korang boleh menaiki mana-mana pengangkutan didalam bandar Adelaide dan juga sub-bandar mereka dalam tempoh 72jam. 

Sama seperti bandar Perth, kebanyakkan orang akan menyewa kereta apabila tiba di bandar ini.



6. Western Australia (Perth) - Smart Rider Card

Ramai rakyat Malaysia pergi ke Perth pasal tiket murah yang ditawarkan oleh AirAsia dan  Malindo Air. Malah, perjalanan penerbangan hanya memakan masa 5 jam sahaja berbanding menuju ke Gold Coast, Sydney atau Melbourne yang masing-masing lebih daripada 8jam.

Jadi, jika anda ke Perth dan tidak menyewa kereta, anda boleh membeli Smart Rider Card yang berharga AUD10.00 dan mempunyai nilai AUD10.00 didalamnya. Smart Rider Card ini boleh digunapakai untuk pengangkutan Train, Bas dan juga Ferry di Swan River. 

Sangat mudah dan murah, kad ini boleh didapati di Airport Perth dan juga mana-mana convenience store berserta tambah nilai. Sama seperti Opal Card, nilai kad tidak boleh dibuat refund. Jadi rancangan perjalanan anda untuk tambah nilai yang berpatutan dan boleh dibawa balik untuk dijadikan sebagai souvenir.

Biasanya, orang lebih gemar menyewa kereta untuk ke Perth kerana rangkaian Transperth tidak meluas seperti mana Sydney ataupun Melbourne.  




This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam