Kopi Mesin, Kota Bharu Kelantan

Kopi Mesin, Kota Bharu Kelantan

Baru ni saya ade lepak satu kedai ala hipster di sekitar bandar Kota Bharu. Memang tak dinafikan kedai lepak minum kopi ini sudah mula banyak muncul di Kota Bharu tapi yang pastinya harga mereka mampu milik dengan pasaran.

Kalau nak bandungkan dibandingkan dengan harga Starbuck tu, boleh settlekan 2orang punya makan kat kedai saya datang ni. Ahaaaa kedai ini adalah Kopi Mesin 2 yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan kata lain berhampiran dengan Billion Mutiara Condominum. Kalau xjumpa jugak searching saja Kopi Mesin 2. 

Tak silap saya ada 2 kedai Kopi Mesin ni, tapi yang Kopi Mesin 2 ni lebih besar sikit dan kawasan parking da meja lebih banyak. Saya datang Kopi Mesin 2 ni aje.

Ok, konsep kedai memang cun habis pasal owner guna rumah kedai jenis lama dan dibuat refurniture dan refurbish balik untuk nampak lebih retro. Sememangnya cool dan awesome. Ditambahkan pula, meja diletakkan pada luar kedai untuk orang lepak outdoor  dan ada juga bahagian dalaman, cuma pada bahagian aircond tu sikit saja ditempatkan meja.

Korang perlu order di kaunter, ada menu ala western dan juga western. Oleh kerana time datang tu nak sambut prre-anniversary, maka saya order air dan cakes saja. 

Tapi bila dah order, tengok kiri kanan meja ramai pulak order Chicken Chop dan Spaghetti. Ini boleh mendatangkan kemarahan tapi saya sedikit bersabar. Harga makanan dan minuman di Kopi Mesin bagi saya sememangnya sangat berpatutan dan sesuai dengan budget kocek kami untuk datang ke kedai ala hipster ni.

Mana taknya, harga cappuchino baru RM5.00, ice blended RM6 dengan topping melimpah-limpah. Makanan macam Chicken Grill RM10.00, Cabonara RM9.00, so not bad la kan.

Jadi, kalau nak datang sila roger abang. Abang nak lipat Latte dengan Chicken Grill.

This is Awesome bro...







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam