Jalan - Jalan ke Hong Kong Disneyland

Jalan - Jalan ke Hong Kong Disneyland

Pertama kali saya bawak keluarga kecil ini mengunjungi HK Disneyland, sebelum ni hanya ke Legoland JB sahaja. Maka janji ditepati kali ini!

Seperti entry sebelum ni, saya dah beli tiket Disneyland dengan menggunakan aplikasi Klook. Lebih jimat membuat pembelian guna Klook ini pasal ianya datang bersama voucher yang korang boleh gunakan semasa checkout.

Salah satu contoh adalah saya mendapat voucher CNY daripada Klook (Via Email) yang mengatakan setiap pembelian RM500 keatas akan mendapat diskaun sebanyak RM88.00. Sememangnya harga tiket Disneyland untuk Dewasa adalah RM270.00 dan RM190.00 untuk kanak-kanak jika dengan Klook dan gunakan voucher tadi untuk penjimatan yang lebih. Boleh juga kalau nak beli direct pada website, tapi harga tiket didalam website lebih mahal berbanding dengan aplikasi travel agent seperti Klook atau Viavia.


Pembelian tiket dibuat secara online sahaja dan anda akan menerima satu email daripada Klook iaitu e-ticket berserta QR Code yang digunakan untuk entrance nanti. Lebih untung lagi, Jika anda beli dengan Klook, anda akan mendapat laluan khas iaitu laluan e-ticket, boleh kata cepat sikit daripada nak beratur tiket-tiket biasa.

So, hanya bawak print out untuk ditukarkan kepada tiket original sahaja. Beratur saja pada QR Ticket Line, yang orang tak ramai tu, 30minit sebelum bukak orang dah siap beratur dah. Ahha, Disneyland HK ni bukak pada jam 10:00pagi, 10:30 untuk all akses. 10:00pagi tu dibenarkan masuk untuk sekitar US Main Street sahaja.



Saya tak nak cerita satu-persatu apa yang ada dalam Disneyland HK ni pasal tempatnya memang luas. Antara attraction yang menarik perhatian saya adalah Tomorrowland, Fantasyland dan Main Street USA. 

First, menariknya adalah Main Street USA dimana ini adalah kawasan pertama yang korang akan jejaki selepas pintu masuk utama. Seluruh kawasan ini dibina dengan senibina United States dengan hiasan dan dekorasi America Classic. Agak awesome lalu dikawasan ini walaupun ramai dengan warga pelancong. 




Pada setiap bangunan diisikan dengan shop-toy, Starbuck, kedai kopi serta beberapa restaurant ala-america yang korang boleh lepak. Deretan restoran ini adalah tidak Halal yer. Tapi stakat nak beli gula-gula dengan air tu boleh ler kan.

Kami terus ke Tomorrowland yang kononnya nak layan Star Wars ride sebagai ride pertama kami. Walaupun datang pada seawal pembukaan, orang mula beratur tapi tidak panjang mana. Rata-rata queue untuk ride didalam Disneyland HK ni sekitar 10-20minit. Kalau untung tak sampai 5minit pun. Mungkin masuk time hari kerja kot.

Sebelah ride Star Wars ni ade tempat photography dengan Chewbacca, pasal takde orang queue, maka saya pun queue la. Bila lagi nak amik gambar dengan watak real Star Wars. Bila dah masuk, skali bro Nazril takut dengan Chewwe... Harharhar.. menangis nak dukung pasal takut. Layan aje laaa, dapat la bergambar sipi-sipi aje sebelah R2-D2.

Mula-mula macam excited, skali brader nangis laa pulak tengok Chewbacca. Adehhh spoil ler. Pada sebelah tempat bergambar ni ada 1 ride Star Wars, boleh ler kalau nak layan. Abang melepas pasal anak dah mula merajok tengok Chewbacca tadi.




Sesi pujuk-memujuk, terus pergi ke Fantasyland. Kawasan ini adalah paling besar diantara kawasan lain. Disinilah Disney Castle sedang dibina, tempat segala tema princess watak Disney dibangunkan. Budak-budak pompuan mesti suka la kot pasal ala-ala princess. Dah lalu kawasan ni, bawak juga la Nazril masuk dalam Small World. 

Dalam ni rupanya ada ride boat yang mengelilingi tempat indoor yang dibuat khas mengikut tempat-tempat dunia. Tempat ni ada aircond yer... buleh rehat dan sejukkan badan sekejap. Ride ni lebih kurang 20minit. Best beb dalam ni walaupun macam untuk budak-budak under 5. Kagum tengok cara diorang buat puppet yang berjoget-joget.








Dah habis area tu, saya skip cerita dan terus menuju ke Toys Land. Macam biasa, Toy Story adalah salah satu watak terkenal di dalam Disney selepas Frozen dan beberapa yang lain lagi. Bagi saya, hanya disini sahaja ride-coaster yang taraf medium yang mana budak-budak above 12 tahun rasa best nak layan. Ada parachute, car-coaster dan archery. Kami lalu dan layan ride spool-dog mainan Andy saja. 



Dari laluan ini, korang akan masuk Adventureland. Didalam inilah terdapatnya restoran halal dan tempat solat. Korang boleh layan lunch kat Restoran The Explorer Club. Menu makan dan air disediakan pada pintu masuk restoran yang korang boleh pikir nak makan apa. Ada banyak seat dan kawasan yang agak besar. Pada sebelah restoran ini, ada sebuah Quiet Room. 


Bagus Disneyland ni, depa dah buat siap-siap tempat amik wuduk, tempat tukar pakaian dan Qiblat untuk orang Muslim yang solat. Agak selesa nak solat kat sini. Sempat la lelap mata sekejap sambil tunggu bini ke tandas dengan bersiap balik.



Dah settle solat, sambung jalan ke Main Street, tapi singgah sekejap dalam ssalah satu castle kecik untuk sejukkan badan. Untung rupanya, dalam tu ada sesi photography dengan Princess Mermaid dan Sofia The First. Yang ini mak Nazril yang excited. Nak cover malu, ajak pulak Nazril bergambor skali. Nice!

Pada hampir jam 4:00pm, kami terus cepat ke Main Street US untuk Disneyland Parade. Mujur dapat jugak slot tepi corner untuk layan parade tanpa berdiri. Tapi ade sesetengah makhluk jenis tak reti bahasa main potong queue duduk depan kita aje. Yang tu korang boleh excuse-me kan aje pasal dia dah duduk lebih daripada line. Polis Disney pun akan halau sapa-sapa yang duduk lebih dari line yang ditetapkan untuk keselamatan semasa akrobat parade. Rude!

Ini adalah kemuncak acara didalam Disneyland. First time masuk dan first time jugak tengok parade Disney, dulu tengok Trans Studio aje. 

Serious saya cakap, parada dia memang best giler. Dia keluarkan watak-watak Disney yang korang pasti akan kenal sekor-sekor. Macam-macam dorang dok berdancing atas jalan, dengan hiasan kereta, kecerian warna-warni dari Disney dan rentak lagu yang dimainkan. 

Memang awesome habis parade ni! Tak sia-sia tunggu.... Terbaik dari Disneyland. Parade ini lebih kurang 20minit secara keseluruhan. Nazril pun diam dok kusyuk tengok parade ni. Terbaik!










Tempat last yang kami singgah sebelum keluar adalah Stark Expo. Tempat ni bagi saya biasa aje tapi oleh kerana ade sessi photography dengan real size 1:1 Ironman, maka saya tunggu aje la... mujur Nazril tak takut dengan Ironman, berkali kali saya tanya. Huhuhuhu

Tak lama pun beratur dalam 8minit, dah masuk tu nanti akan ade macam sesi opening macam Ironman tegah terbang, lepas tu muncul dengan penuh bergaya. Real beb, costume yang dia pakai memang scale 1:1 dan bukan jenis kartun cakia. Memang solid dan perfect costume dia siap bercakap pun bunyi macam suara Ironman. Apa lagi, bergambar sekeping dua. Terus keluar.





Dah habis one day trip Disneyland kami. Sememangnya hari yang memenatkan. Tak sia-sia bawak stroller masuk ke Disneyland. Buleh guna untuk letak anak korang kalau letih nak dukung atau dia dah penat. Tapi korang boleh sewa stroller di pintu masuk, tak pasti kena bayar atau free. Rasanya free kot cuma kena letak deposit.

Jalan kaki balik ke Disneyland Resort Line terus menuju ke Tsing Yi. Dari sini kami singgah sekejap di Kwai Fong untuk beli barang sebelum dinner di hotel. 

Sangat memenatkan tapi berbaloi dengan pengalaman Disneyland kami yang pertama.



This is Awesome...!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam