Jalan - Jalan ke Lost World of Tambun, Perak

Jalan - Jalan ke Lost World of Tambun, Perak

Minggu lalu lepas outstation hampir 3 minggu berturut-turut, saya buat satu unplanned short vacay untuk dorang yang setia menanti kat rumah tu. Biasanya short vacay ni kompem lah domestic dan tak jauh sangat. Kalau ikutkan plan asal macam nak pergi Langkawi, tapi Langkawi dah pergi dah pun pastu duit mau kena tebal lagi kalau nak beli barang ape bagai.

Sejajar dengan kehendak Kementerian Kewangan, maka kami memilih satu destinasi yang agak awesome untuk sejukkan badan iaitu Lost World of Tambun dan juga Cameron Highlands. Entry kali ini saya hanya nak review mengenai Jalan - Jalan ke Lost World of Tambun, Perak saja dulu okay! Cameron lain cerita.


Perkara pertama selepas plan mestilah bukak Apps Klook dan Agoda. Dua apps ni saya dah capai status VIP dan Gold pasal dah purchase banyak. Dapat la diskaun dengan redemption time-time promo. 

Bukak Apps Klook search Ipoh dan select Lost World of Tambun, dan dari situ korang pilih date dan berapa orang nak masuk . Kalau korang beli kat kaunter, harga tiket berharga RM85.00 dewasa dan RM77.00 kanak-kanak. Tapi kalau menggunakan Klook, harganya adalah RM69.00 dewasa dan RM57.00 kanak-kanak. Kalau korang selalu guna Klook nanti akan ada Earn Points, maka earn point ni boleh redeem time nak purchase. Oleh itu saya hanya bayar RM155.00 selepas redeem point. Murah laa kan, kalau tak reti roger saja saya, meh saya belikan untuk korang. Bila dah dapat e-voucher ticket, sila simpan didalam email untuk pertukaran pada kaunter nanti. Tak yah print pun tak pe no problem.


Kami bertolak awal pagi dari KL terus menuju ke Tambun, biasa hari Sabtu pagi jalan tidak sibuk sangat tapi ada banyak jugak kereta. RnR Rawang tu hampir kelam kabut jugak orang dengan geng-geng big bike berkumpul dengan rombongan cik kiah tah mana nak pergi. Biasala hari sabtu ahad semua nak pi jalan-jalan.

Tiba di Tambun sekitar jam 11pagi, agak tersasar sedikit kerana congestion di Rawang tadi. Huhuhu... Untungnya orang memang tak ramai pun, parking kereta pun masih banyak dan dekat sahaja depan hotel Sunway. 

Pada pintu masuk, korang perlu tukarkan tiket e-voucher dalam email kepada tiket sebenar dalam bentuk wristband. Korang beratur saja pada kaunter nombor 1 dan 2 iaitu Online Ticket. Sini tak ramai pun orang dan proses pertukaran tu cepat saja melainkan orang depan kau banyak tanya. Dah dapat wristband terus dipakaikan oleh staff sebelah kaunter.



Jalan terus untuk Entrance melalui kedai cenderahati mereka, dan pastinya Nazril dah girang nak masuk. Masa ni cuaca memang tengah terik bro! Sebelum masuk akan ada security check yang lebih kepada cek makanan korang.

Boleh Bawa Masuk :

1. Air Mineral
2. Tumbler Air Panas
3. Payung
4. Pelampung dan Googles
5. Tikar
6. Makanan Bayi 
7. Pistol Air

Tak Boleh Bawa Masuk :

1. Makanan
2. Sandwich dalam pek
3. Air Minuman Tin atau Botol Berperisa
4. Sebarang makanan yang dalam bekas
5. Cekedisss
6. Kayak

Kalau korang nak jimat boleh laa selit-selit makanan dalam towel. Dia check tu bukan sampai selongkar beg tapi dia bukak beg dan tengok-tengok jugak ler. Tapi bagi saya, xperlu bawak makanan pasal harga makanan dalam ni murah bro.

Dah lepas security, ayuh kita jalan. Okay dalam Lost World of Tambun (LWOT) ni ada dua segmen iaitu Wildlife Park dengan Waterpark. Kalau ikutkan peta dan perjalanan secara keseluruhan memang besar kawasan ni bro. Saya bagi rating tempat ni 9.5/10 kerana ianya merangkumi kawasan Wildlife Park, Waterpark, Amusement Park dan paling best dia ade Hotspring iaitu kolam airpanas. Ini paling best bro..... paling best!




Wildlife Park

Korang jalan ikut peta yang diberikan semasa redeem tiket, korang boleh layan dulu permainan yang dorang di Amusement Park. Dorang ade swing yang tingi tu, ade roller coaster, ade pirates ship macam-macam lagi la. Tapi antara yang kami layan tu adalah Tiger Roller Coaster, pasal dia punya thrill tu untuk kanak-kanak, jadi elok ler kalau nak bawak anak korang under age 7tahun tu. Boleh tahan jugak la corner baring dia sampai gelak tak ada bunyi Nazril ni. Okay semuanya ni free yer, korang dah bayar tadi maka tak ada satu pun lagi korang kena bayar, naik la beratus kali pun.



Sambung jalan pergi ke belakang tu nanti akan ade mamca park ala-ala extreme. Korang boleh layan macam flying fox atau ape-ape mainan yang mencabar. Salah satu ada wall climbing yang betul2 panjat gunung. Yang saya tak sure kena bayar tambahan ke tidak. Tapi rasa macam kena bayar tambahan kot.

Tapi serius bak ang, walaupun time waktu tengahhari, korang tak rasa panas sangat pasal kawasan ni adalah bersebelahan dengan bukit batu kapur dan banyak pokok. Tak macam Sunway Lagoon yang rasa macam salai ikan kering punya cuaca. Redup dan berangin aje kawasan sini. Nanti akan ada sebuah tasik original yang dinamakan Swan Lake. Macam xjumpa plak swan atau angsa yang ada perahu macam Swan tu lah. Yang ni kena bayar untuk mengayuh perahu tersebut.


Ada juga sebuah cafe bawah bukit ni nama dia Dulang Tea House. Kalau rasa dah lapar boleh rehat makan menu chinese style dan minum kopi hainan. Harganya juga not bad jika nak dibandingkan dengan Legoland atau Sunway Lagoon. Saya tak singgah kat sini pasal belum lapa. Tapi konsep cafe ni memang cantik dan terbaik. Jangan risau semua restoran dalam LWOT ini adalah Halal.



Dalam sekitar kawasan ni ada tempat Harimau, Zirafah, Kuda Belang dengan Badak. Cuba cek waktu showtime dorang dengan feeding time. Menarik la kot time nak bagi makan rimau tu. Kat Zirafah dan Zebra tu boleh beli makanan dan feeding pada animals yang ada dalam tu. Tak perlu nak tunggu feeding time yang dorang bagi.


Spent time kat sini lebih kurang 1jam 30minit

Lost World Petting Zoo

Tapi bagi saya kalau bawak budak kecik, saya syorkan tempat Petting Zoo. Masuk ja kawasan ni macam tak nak keluar, redup dibawah pohon dengan angin kipas macam helikopter. Boleh rehatkan badan sekejap kat sini malah kawasan ni lebih memberi tumpuan kepada anak-anak untuk bermain dengan binatang kecil seperti Hamster, Guinea Pig, Arnab pastu ada la beberapa ekor haiwan lain.

Korang boleh beri makan pada arnab dan Racoon yang gemuk! Comel dorang ni serius wey macam nak bela sekor. Dorang sediakan jejantas untuk binatang ni lintas atas kepala korang. Memang best lepak area sini. Pada bahagian tengah ada sebuah sangkat burung besar yang menempatkan burung-burung besar. Ade sekorang burung merak putih yang pemalu. Kalau dia kembangkan sayap memang lawa tapi tak nak tengok orang, dia bagi buntut aje. Huhuhuhu...

Pada bahagian masuk dan keluar ni ada Gift Shop, boleh la beli something macam topi dan ada juga jual air dan aiskrim untuk rehat badan. 








Spent time kat sini lebih kurang 1jam 30minit

Sambung jalan menuju ke Waterpark. Serius laaa kawan, tempat ni memang selesa. Walaupun dah jalan jauh, tapi confirm korang tak akan bosan. Banyak tempat persinggahan, ada banyak kawasan yang korang boleh rehat untuk akan dan duduk. Sepanjang perjalanan korang mengelilingi kawasan LWOT ni pastinya tidak bosan bro. Dijamin tak bosan punya.

Kalau penat berjalan, pada awal perjalanan tadi ade sebuah station train. Yang ni korang boleh naik kalau malas sangat nak jalan. Tapi tak surre pulak free atau kena bayar tambahan.



Waterpark

Ini adalah the best part dalam LWOT. Dah penat jalan-jalan hampir 3jam, ketiak basah, baju pun basah maka adalah lebih elok jika kita mula merendamkan diri dalam kolam air. Masa saya nak mandi, time tu cuaca macam mula mendung. Musim-musim ni petang memang selalu nak hujan, maka kami bergegas sikit untuk tukar baju pada bahagian locker. 


Okay harga locker adalah seperti dibawah. Locker ni bila korang rental boleh bukak/tutup banyak kali asalakn korang ada tag yang diberikan masa purchase rental locker. Jadi boleh parking wallet atau handphone dalam tu kalau xada waterproof phonecase.

Small : RM20.00 (Multiple Time Usage)
Medium : RM30.00 (Multiple Time Usage)
Large : RM40.00 (Multiple Time Usage)

Dah amik locker, maka kita sewa double tube. Harganya RM18.00 dan deposit RM10.00 maka total cost kena bayar dulu adalah RM28.00 sahaja. Deposit dipulangkan balik bersama wristband yang dipakai.

Masa kami datang tu hari Sabtu, tapi untungnya orang tak berapa nak ramai maka ada banyak kerusi dan meja yang kosong. Dapat plak lepak meja yang bersebelahan dengan kolam budak-budak, maka kami lepaskan dulu Nazril mandi kat situ sementara beli makanan ringan-ringan untuk makan.



Macam saya cakap tadi, harga makanan sini agak murah berbanding Sunway Lagoon dan Legoland. Menu makanan ikut selera Malaysia dan juga ada Western. Kalau korang dapat lepak tepi kolam kanak-kanak, boleh ler beli kuih cakoi dengan kuih kacang sambil minum teh. Saya minta maaf saya tak amik gambar menu dia pasa time tu handphone saya tengah charge dalam locker. 

Tapi apa yang saya ingat, saya order cakoi 2 ketul, 1 roti kacang besar dan 1 ais lemon tea berharga RM9.00 sahaja. Rata-rata air tin yang dijual didalam ni berharga RM4.00-RM5.00. Seketul kuih berharga RM2.00 ke RM2.50 tapi besar bro... Siap ada pencicah coklat atau caramel. Oleh kerana kami nak mandi manda, maka kami layan kueh-mueh je dulu untuk lapik perut. Lunch kita kira kemudian pulak. 

Dah settle makan, kami semua terus terjun. Bahagian utama Waterpark ni adalah Sandy Bay. Ini adalah kawasan besar dan sebuah pantai tiruan yang ada omabk punya. Kalau korang berada kawasan ni pada jam 2:00 petang, akan ada DJ Show berjoget-joget sambil mandi manda. Awesome sipi-sipi macam Ultra.



Dah layan kat situ, kami tarik Tube pergi ke Adventure River. Kat sini adalah kononya sungai buatan yang telah dinobatkan terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 650meter. Naik saja pelampung tu dan biarkan dihanyutkan oleh arus. Nanti pada satu tempat tu korang akan lalu kawasan berombak. Budak-budak boleh layan.... Pada masa dok layan tu, tiba-tiba hujan dah mula datang. Aiseh, terpaksa la kami habis awal untuk berteduh, bukan apa, takut petir aje bukan pasal takut basah bro!




Sementara tunggu hujan tu, kesemua waterpark dihentikan kerana hujan dan guruh. Maka, lebih elok kita makan lunch sebelum sambung. Sekali lagi menariknya, kasawasan food court ni bersebelahan dengan Kids Pool. Kiranya korang boleh makan nasi sambil perhatikan anakanak korang dok mandi manda dengan tu. 

Okay, pasal makanan ni pulak, sekali lagi sori saya tak amik gambar secara meyeluruh. Tapi saya telah order, secawan teh tarik, 1 tin ice lemon tea, 1 nasi goreng dan 1 french fries. Harganya adalah RM24.00, masih murah lagi bro nak banding theme park yang lain. Rata-rata menu makanan sini bermula dari RM8.00 keatas. Kalau western tu boleh cecah RM15.00 dan kalau setakat fries dan nugget baru RM8.00. Air panas dan air sejuk RM4.50 dan juice pula RM8.00. 



Rare skali ada Nasi Vanggey bro.... hahaha... boleh ler try kena sepinggan pastu pergi berenang. Jangan keluar balik isi perut dah ler kan.

Sementara tengah makan tu, hujan mula reda dan menunjukkan tanda-tanda boleh mandi. Life Guard mula lepaskan orang untuk mandi manda maka terus clear kawasan tempat duduk. Hehehe.Kami sambung makan saja, tapi Nazril dah masuk kolam tu. Tak per kita tengok aje dulu.

Settle aja makan tu kami kembali ke kolam dan menuju ke Hotspring. Okay sini saya nak cerita, kawasan ni memang the best. Dengan keadaan lepas hujan ni memang sejuk la bro kalau nak masuk kolam, jadi kami nak layan hotspring. 

Sini ada beberapa kawasan atau peringkat air panas ikut kemampuan diri korang tahan air panas tu. Dorang dah letak temperature pada setiap kolam jadi pandai pandai la korang. Tapi saya layan pada bahagian atas tu panas panas dia suam suam kuku. Nazril baru la setuju nak masuk pasal kolam lain dia cakap panas. Serius bak ang sini memang best, dengn air panas, cuaca sejuk, layan kawasan sini tak ramai orang dah macam ko punya tempat la feel dia. Best bro... pastu ade 3 kolam air panas korang boleh berendam lama-lama layan feel. Fuhhhh terbaik beb....




Lupa nak tambah, ade juga 4 water-slide tapi kami tak sempat nak naik pasal cuaca macam nak hujan balik. Nescayalah korang datang hari bukan peak hour memang rasa macam tempat tu korang yang punya. Hari Sabut kami datang pun tak de la orng nak beratur panjang sangat. Rugi laa tak layan waterslide tu cuma cuaca aje macam nak hujan balik.

Jadi sebelum hujan lebat, kami rasa cukup untuk hari tu sahaja. Amik baju terus pergi ker tempat persalinan. Bilik persalinan pun selesa ada banyak slot mandi dan paling best ade aquarium beb dalam jamban. Sempoi betul. 



Secara keseluruhannya, ini adalah theme park terbaik pernah kami datang kerana :

1. Keadaan yang selesa
2. Harga makanan yang berpatutan
3. Tidak sesak dengan manusia
4. Banyak tempat yang korang boleh lawati sebelum mandi
5. Tempat yang teratur dan bersih

Mesti datang lagi next year. Memang berbaloi sangat.

This is super Awesome guys... 

Comments

Naracards Korea-Seoul Set

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan