Restoran Halal di Germany

Restoran Halal di Germany

Apabila anda mengunjungi ke sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Germany adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com ataupun HaveHalalWillTravel.

Bagi saya, mencari restoran halal dan menu halal di Germany tidak susah pun. Purata restoran muslim di Germany lebih kurang 2:10. Ini kerana ramai warga-warga Turkey dan juga pelajar-pelajar muslim yang menceburi bidang masakan dan tidak langsung membuka kedai makan hala. 

Jangan terkejut, restoran-restoran ini juga dibanjiri oleh warga-warga bukan muslim.


Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di bandar bandar Germany. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.

1. Central Grill, Frankfurt.

Kedai ni macam dah bertukar owner dan juga major renovate. Masa saya pegi, kawasan kedai ini adalah kedai yang menjual pastry dan juga roti. Lepas makan nasik kat kedai Thai Fun, kami singgah kedai ni untuk beli roti bekalan untuk masuk Swiss esokkan hari.

Tapi apa yang saya tahu, kedai pastry tu dah tak ada, yang ada adalah kedai masakan Turkey dengan masaka ala barat turkey. Tengok dalam google maps review, ianya not bad. Jadi korang obleh ler cuba dan harga dia pun okay sama seperti thai fun tu.

Kedai ni terletak di Frankfurt, google maps sahaja lokasi Restoran Central Grill Frankfurt disini.



2. Thai Fun, Frankfurt.

Bohong laa kalau kau cakap kau tak rindu masakan Malaysia bila dah 2minggu ko tak pekena nasik lemak. Malangnya saya tak jumpa restoran Malaysia sepanjang berada di Germany tapi saya jumpa kedai masakan ala-thai.

Kedai ni ada Tomyam, Paprik dengan sweetsour Thai tu. Cuma bezanya, walaupun kita amik spicy, bagi masyarakat Melayu Malaysia ni level pedas dia tak mencapai piawai. Harga permulaan untuk ala-carte menu adalah EUR7.00, tapi hidangan dia boleh share dua orang beb, besar gila.

Kedai ni terletak di Frankfurt, google maps sahaja lokasi Restoran Thai Fun Frankfurt disini.




3. Kebap Haus am Heumarkt, Cologne.

Restoran ini didalam bandar Colone dan tak jauh daripada Hard Rock. Kalau naik train boleh turun di Heumarkt Station.

Saya agak sarankan untuk lepak kedai ni pasal ianya adalah sebuah kawasan yang agak strategik. Kedai dia biasa aje, tapi dengan jarak yang korang mampu untuk jalan kaki ke HRC, tebing sungai, ataupun nak pergi ke Kolner Dom.

Macam biasa, kedai ini tak jual nasi kerabu, ianya adalah kebab seperti roti pita ataupun kebab yang dimakan bersama dengan fries. Harga dia sekitar EUR5.00-EUR8.00

Kedai ni terletak di Cologne, google maps sahaja lokasi Restoran Kebap Haus am Heumarkt disini.




4. Atila's Feine Kost, Munich

Saya pernah upload entry mengenai Munich - bandar ni memang mahal dan nampak elegan. Orang-orangnya lebih segak memakai kot sama seperti Zurich. Kereta mewah menghiasi tempat parking walaupun BMW dan Merc dibuat teksi.

Kedai ini bersebelahan dengan Hard Rock Munich dan sekitar kawasan ini banyak kedai souvenir untuk korang shopping lepas makan.

Harga makanan kebab kat sini bermula dari EUR6.00 hingga EUR12.00

Kedai ni terletak di Berlin, google maps sahaja lokasi Atila's Feine Kost disini.




5. Döner & Curry, Berlin

Kedai Doner Kebab di Berlin sememangnya banyak. Kalau berjalan sekitar bandar ini korang akan rasa macam kerap berjumpa dengan orang Muslim. Paling senang nak nampak adalah wanita bertudung seperti orang Turkey dan orang Arab.

Jadi tidak hairan mengapa banyak kedai halal sekitar Berlin. Tapi apa yang saya mahu share adalah kedai Doner & Curry yang terletak tidak jauh darir Berlin TV Tower. Kawasan yang agak popular dan ramai orang yang ramai.

Menu disini adalah padu kerana saiz kebab dan homemade burger agak mengah untuk dihabiskan seorang diri. Jadi jika datang couple tu bleh ler kongsi-kongsi makanan.

Kedai ni terletak di Berlin, google maps sahaja lokasi Restoran Doner & Curry disini.




6. Lades Holzkohlegrill, Hamburg.

Ini adalah sebuah restoran fine dining Turkey. Restoran ini berada dalam kawasan perjiranan muslim di bandar Hamburg, terdapat sebuah masjid komuniti - Hamburg Central Mosque.

Saya cadangkan jika korang datang ke Hamburg sila menjamu selera di restoran ini kerana korang boleh fine dining dengan harga yang berpatutan selain daripada makan kebab di negara asing.

Korang boleh layan masak Turkey ataupun masakan ala-western. Kalau korang tak kesah, korang boleh pilih menu yang besar dan share dua orang. Memang besar dan harganya mampu milik. Harga bermula dari EUR8 hingga EUR40. Kalau amik dining 2 person atau 4 person lagi murah daripada single plate ala carte.

Kedai ni terletak di Hamburg, google maps sahaja lokasi Lades Holzkohlegrill disini.




This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam