Indus Cafe, Putrajaya

Indus Cafe, Putrajaya

Bulan Februari baru ni kami menyambut Anniversary yang ke 8 di Indus Cafe Putrajaya. Mengapa saya memilih kafe ini? Pasal kafe ni ada view Putrajaya yang cantik menarik dan ianya tak ramai orang. 

Masa kami sampai tu lebih kurang jam 4 petang, kononnya nak hi-tea aje laa udah jadi makan malam terus. Banyak pulak menu yang ada tu yang masing-masing rasa nak makan tu. Lagi satu, rata-rata saya tengok review best untuk buat small party, tapi kami tak buat laa party bagai. Cukup untuk lepak minum aje lah. Ade Nazril lain jadinya nanti.



Indus Cafe ni terletak bersebelahan dengan Bora Ombak Putrajaya, korang mesti kenal punya kan tapi kalau tak jumpa jugak boleh Google Maps atau Waze Indus Cafe. Serius kat sini memang tak ramai orang, parking senang tapi kalau ade kenduri kendara di Bora Ombak haru biru jugak. Jadi dinasihatkan datang petang laa ye. Malam kadang-kadang ade event jugak.

Waktu tu kami order Jumbo Prawn Fried Rice dengan Spaghetti Carbonara tambah dengan air kopi dengan tembikai. Abang pilih black coffee aje untuk petang tu. Saja nak rehat-rehat. Sebenarnya ada jugak kek potong kalau korang nak tapi saya tak amik pasal macam tak banyak sangat pilihan dia. Baik beli kt Secret Recipe pastu bawak ke sana. Boleh laa nak layan, slow talk dengan dorang je.






Serius, view kat sini memang best pastu cuaca panas dan berangin. Rasa macam lepak tepi antai pasalnya Indus Cafe ni satu bangungan dengan  Marina Putrajaya. Cuma sini tak ada parking yacht aje kalau ade dah nak sama macam Mandurah Perth. 




Konsep cafe ni open space dan juga ada indoor. Malah ada tempat untuk small private event. Difahamkan pada hari sabtu malam akan ada live band selepas waktu Isyak, sekitar jam 8:30pm ke 9:00malam. Live band ni dibuat pada bahagian indoor.



Pasal bawak Nazril, makan kena laju-laju sikit pasal brader nak turun bawah nak jalan tepi tapi Putrajaya. Dia dah nampak orang jogging dengan naik scooter kat bawah sana tu. Sempat laa layan makan dengan habiskan kopi. 

Pastu turun bawah mari membakar balik kalori yang dah ditelan tadi. Kat sini xada orang yang sewakan basikal, dia ada dekat dengan jambatan sana. Lebih elok kalau korang berjalan kaki aje sambil layan view kat sini. Memang best, teduh, tenang aje bro.

Next time boleh datang lagi area sini.... bawak basikal dengan scooter skali pastu lepak rehat kat Indus Cafe ni.

Happy Anniversary to us - 8 years.

This is Awesome sis..

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam