Restoran Gegey, Putrajaya

Restoran Gegey, Putrajaya

Semalam kami saja ronda-ronda Putrajaya, udah bandar KL hujan selebatnya. Putrajaya ni kalau korang search tempat makan memang banyak, kedai arab pun makin banyak. Tapi kalau korang nak best, korang cuba pusing-pusing area Diplomatik Precint 14. 

Sini memang banyak kedai/restoran. Bila dah banyak kedia makan, siap sedia la nak dapat parking pun sengsara bro. Tambah tambah plak minggu orang goment tengah gaji ni.

Kali ni saya singgah dan nak cuba di sebuah restoran local and western dish iaitu Restoran Gegey. Restoran Gegey ni ada beberapa cawangan, tapi yang pertama dibuka adalah di Kota Bharu Kelantan, tak jauh dari rumah saya tapi saya tak pernah nak pergi. Hewhewhew. Seksyen 7 pun ada jugak tapi saya pilih ke Diplomatik pasal lepas makan boleh ronda Putrajaya.

Gegey bermaksud bising. Tapi kedai ni tak bising macam kedai mamak, tapi saya yakin perut anda yang akan gegey pasal lepas pekena menu western dia ni, kompem boleh koma! Tiada istilah sedikit atau cukup-cukup makan, semuanya padu.

Restoran ini terletak di Persiaran Diplomatik atau bersebelaha dengan Public Bank Diploamtik atau nak lebih senang boleh Google Maps dengan carian Restoran Gegey Putrajaya. Parking sekitar sini memang susah bro tambah pula pada waktu petang hujung minggu. Saya ucapkan selamat berjaya.

Keadaan restoran sememangnya bersih dan teratur dan memandangkan kita masih lagi didalam PKPP, maka perlu ikuti SOP iaitu dengan membuat ukuran suhu serta menulis butiran sebelum memasuki kedai. Standard lah tu kan. Bila dah duduk pada meja tu rupanya kena order di kaunter macam ala-ala KFC atau McD. 

Saya tak pastilah pasal PKPP atau sememangya dorang buat order macam ni, di kaunter macam dah ada siap menu besar dengan buku menu. Tapi bagi saya, lebih baik order di meja kerana kita yang baru nak cuba makanan ni mesti nak tengok nak khatam dulu menu-menu yang ada tu. Tak semuanya pelanggan faham menu-menu tu kan.

Tapi abang berminat dengan menu western Small Platter Pasta ni, dia untuk hidangan 2-3 orang. Cukup dan tepat untuk kami bertiga. Ada 2 chicken chop, meat ball, 4pcs ayam ala korea tu pastu 2orang makan pilihan pasta, ada 4 jenis, aglio, carbonara, fried rice dan bolognese. Terbaik kan... memang sesuai untuk perut-perut korang tu.

Air pula saya sempat tengok, memang gelas besar gilos. JAdi elok amik 1 sahaja dan saya pilih Extreme Milo. Lain-lain kita minum ais kosong saja, nak hilangkan muak.

Bila menu dah sampai, sedulang beb menu dia tu, korang habiskanlah semuanya tu. Memey gegey perut nak habiskan semua ni. Kecundang bro... Tambah plak air Extreme Milo dorang ni yang besar giler, gelak-gelak Nazril tengok gelas besar sangat. Dia aje yang sapu semua tu.

Bagi saya, restoran ni adalah satu pilihan terbaik untuk bawa keluarga. Suasana kedai yang selesa dan ada tempat playground untuk kanak-kanak, cuma dorang tutup pasal PKPP ni. Tandas dan surau juga disediakan. 

Sila datang untuk memeriahkan kedai, ajak saya kalau nak lagi meriah.

This is kemah boh!











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam