Destinasi 24 jam : Pulau Pinang

Destinasi 24 jam : Pulau Pinang

Sempena tak boleh ke luar negara ni, mari saya share itinerary 24jam untuk ronda-ronda di Penang yang mampu membuatkan diet anda hancur berderai. Kalau dah pergi Penang, jangan harap korang boleh diet sis.... kelaut semuanya tu!

Okay mari mulakan. Perjalanan daripada KL ke Penang mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam, normal drive 4 jam laaa bawah daripada tu memang korang rembat atas highway. Sekarang ni, Penang pun dah macam Melaka, asal hari weekend mesti jem highway Juru dengan nak masuk Penang. Rata-rata orang dah masukkan dalam senarai Penang adalah salah satu destinasi baik untuk percutian singkat selepas Port Dickson atau Melaka. 

Antara peak day untuk Penang adalah hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau malam minggu tu memang padu di kawasan Padang Kota atau Feringgi. Tempat tinggal pula saya lebih syorkan stay di belah Pulau pasal korang akan senang untuk ronda-ronda dalam kawasan pulau tu. 

Ini adalah salah satu sample itinerary yang korang boleh follow jika nak jalan-jalan ke Penang tanpa perlu mengambil cuti tambahan. Bergantunglah pada korang, nak follow ke tidak, kalau rasa singkat pandai-pandailah tambah hari sendiri.

Bertolak ke Penang seawal pagi selepas subuh tu sekitar jam 7pagi. Lepas solat subuh terus gerak pasal perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam. Saya tidak memilih untuk breakfast di mana-mana RnR kecuali singgah isi minyak atau ke tandas sahaja. Perut ini telah di-reserved untuk Nasi Kandar Penang bro!



Nasi Kandar Kampung Melayu, Ayer Itam (11:30AM Lunch)

Ini adalah destinasi pertama sebagai opening untuk trip 24 jam ini. Opening kita kena la grand, jadi eloklah kita Brunch dengan Nasi Kandar Kampung Melayu. Biasanya saya datang pada hari orang kerja, tak la orang beratur ramai. Kali ni tu dia.... 50minit bro kami beratur untuk dapat nasik, belum kira nak dapat tempat duduk. Harey btol, hang ingat hang sorang nak makan? Jadi kalau datang sini kena sabar banyak, asalkan dapat Nasi Kandar Kampung Melayu.

Kenapa saya tak makan Line Clear atau Deen Maju? Saya dah try semua tu tuan puan, tapi bagi saya Nasi Kandar Kampung Melayu ni boleh tapau 5 tiang antara Line Clear mahupun Deen Maju. Anda patut cuba dulu. Tapi lain orang lain cita rasa kan....?

Serius bro orang memang ramai, kalau dah habis makan tu jangan cuba nak ajak berborak atau sembang saham dalam kedai, tak pasal kena senduk dengan orang lain. Menu dia ayam gulai dengan sotong yang terbaik, cair dimulut katanya. Lepas makan biasanya ada banyak lagi ayam xhabis, jadi elok ler tambah 1 keping roti canai. Penutup untuk brunch hari tu.

Kedai ini terletak dibawah Flat Kampung Melayu Ayer Itam. Korang google maps saja Nasi Kandar Kampung Melayu. Cuma nak dapat parking sekitar kawasan ni memang thrill. Yela kawasan rumah flat, parking memang padu tambah plak orang yang datang dari luar macam kita ni. Pandai-pandai ler cari parking.

Waktu operasi kedai seawal pagi dan tutup jam 2petang ye... lebih daripada tu korang kena pergi Deen Maju. Deen Maju bukak pukul 2 sampai 6 petang.





Kopi Aunty Starbright, Georgetown. (01:00PM Lunch)

Dah makan nasi kandar, kita harus pekena air penambah tenaga. Dari awal pagi drive caffien coffee beum mengalir lagi dalam darah. Jadi saya menuju ke kedai kopi feveret yang pastinya bukan Starbuck. Ianya adalah Kopi Starbright. 

Gerai kecil ini dah pernah viral dalam facebook dan membuatkan saya almost addict dengan kopi padu dia. Aunty ni memang sempoi, kalau  order kopi kurang manis, korang boleh test dulu kemanisan dia, kalau masih manis, dia tuang yang baru untuk korang sampai la korang puashati. 

Jika anda pengemar kopi, pastikan korang order Kopi Ais. Bancuhan street barista memang unik dan padu. Harganya pula RM2.50 aje... kalau korang tak minum kopi, korang bleh ler order teh o ais atau milo, tapi dah nama kopi viral, baik order Kopi tengok berdetum tak kepala otak nanti.

Kedai kopi aunty ni tutup sekitar jam 5 petang. Kalau datang tengah hari tak ada la ramai sangat beratur. Kalau pagi-pagi tu memang ramai terutama yang datang bungkus. Set destinasi anda pada carian google maps Kopi Viral Aunty.




Check-in Guesthoust di Straits Quay Marina. (02:00PM)

Penang ni adalah salah satu negeri yang dinobatkan sebagai tempat UNESCO dunia selepas Bandaraya Melaka. Jadi tidak hairan dah banyak bangunan-bangunan lama telah dibaikpulih oleh Kerajaan Negeri bersama UNESCO. 

Kalau korang ronda-ronda sekitar bandar Georgetown, korang boleh tengok banyak bangunan lama telah diubahsuai menjadi boutique hotel yang awesome! Memang cantik antaranya adalah Jawi Peranakan Mension atau Muntri Grove. Boleh tengok dalam Agoda.com. 

Kali ini saya cuba stay di guesthouse dengan menggunakan tempahan Airbnb.com. Rumah yang kami stay ni sememangnya awesome, privacy dan tidak crowded. Paling best swimming pool dorang yang besar dan seakan sebuah resort/hotel. Parking pun free dan pada bahagian belakang tu ada Marina Quay, boleh jogging atau lepak sekitar kapal layar tu. Sedikit terasa macam lepak kat Australia.

Selepas check-in, sesi rehat dan solat buat seketika layan perut yang tengah kenyang. 



Hard Rock Penang, Batu Feringgi (04:00PM)

Dah nama berjalan, jangan nak lepak lama-lama kat hotel. Elok kita berjalan-jalan ajer. Maka tetapkan destinasi menuju ke Batu Feringgi. Tak lain tak bukan, kita singgah di Hard Rock Penang. Kat sini ada hotel tapi bagi saya macam dah tak privacy sangat pasal orang yang masuk sekitar kawasan ni dah terlalu ramai. 

Patutnya HR Hotel filter dulu antara guest mahupun orang public yang boleh masuk aja kawasan lobi sampai ke swimming pool. Kalau korang bukan guest, korang tak boleh simply mandi di swimming pool mereka. Korang perlu menginap dan dipakaikan tag pada tangan korang sebagai bukti korang ni guest mereka.

Rock Shop Penang memang unik, pasal dorang guna rumah banglo lama untuk dijadikan sebagai Rock Shop. Kalau nak tahu, Rock Shop Penang adalah salah satu icon unik didalam web Travel Culture. Nampak biasa aje kan? tapi sebenarnya ada nilainya tersendiri. Kebanyakkan rock shop negara lain dorang guna bangunan kedai aje, tapi penang guna rumah bunglo lama. Awesome!





Durian Balik Pulau (05:00PM Hi-Tea)

Bagi peminat durian, korang wajib untuk makan durian Black Thorn Balik Pulau. Dah keluar dalam Majalah 3 TV3 dah pun. Perjalanan dari Batu Feringgi ke Balik Pulau memerlukan skill pemanduan yang baik. 

Saranan saya kalau hari hujan tu elok berhati-hati kerana jalan macam kena patuk ular pastu keadaan jalan yang sedikit mencabar. Tapi kalau dah set durian pada destinasi tersebut, InsyAllah dipermudahkan perjalanan tu.

Sepanjang jalan ni banyak kebun dengan gerai durian, tapi antara yang famous adalah 8321 Durian ataupun 818 Durian Stall. 

Kalau korang makan di 8321 ni korang boleh rasa suasana makan durian dalam kebun. Harganya sedikit mahal daripada stall yang lain tapi kawasan kedai ni memang awesome. Sejuk dengan teduhan pohon durian dan suasana seolah makan dalam dusun durian sendiri. Kalau nak kesini boleh set google maps 8321 Durian.

Kalau nak harga murah dan banyak pilihan boleh pergi ke 818 Durian Stall. Kedai potong tang corner pastu sini banyak durian Black Thorn / Musang King. Untuk kesini boleh set google maps 818 Durian Stall.

Atau kalau nak lagi santai, boleh pandu terus menuju ke Anjung Indah P14. Salah satu destinasi menarik di Penang dengan view panorama Selat Melaka serta pekan Balik Pulau. Kat sini adalah puncak untuk pintasan daripada bandar Gelugor ke Balik Pulau. Ada banyak gerai minum dan ada juga gerai durian. Korang boleh pilih, bayar dan layan durian sambil tengok view dari puncak bukit. Set saja destinasi didalam google maps dengan carian Anjung Indah P14.



Mee Udang Ilyana Cafe, Teluk Kumbar (07:00PM Dinner)

Dah pekena durian tadi kita boleh mula makan untuk santapan malam. Orang cakap makan durian tu ala kadar aja untuk pembuka selera. 

Teluk Kumbar memang terkenal dengan mee udang, ada banyak pilihan restoran mee udang tapi saya memilih untuk makan mee udang di Ilyana Cafe. Mengapa? Pasal Mee Udang dan Nasi Goreng Seafood dia memang sedap. Kuah mee udang dia pastinya pekat pastu saiz udang serdahana pun besar-besar aje.

Ada pilihan menu yang korang boleh pilih untuk mee udang ni, ada size B ada size A, lagi besar udang lagi mahal la sikit harganya. Tapi jangan risau, semuanya dah ada harga dalam menu jadi tak perlu risau kalau nak kena ketuk. 

Cuma area sini kalau datang lepas jam 8:00 malam agak sukar nak dapat parking. Standard la kalau kedai yang menarik pasti akan ada kesengsaraan. Kalau parking tepi jalan tu sila berhati-hati, jangan tinggal barangan berharga. Untuk ke kedai ini boleh set google maps dengan carian Ilyana Cafe.





Esplanade Padang Kota Lama (09:00PM)

Lepas makan kita kasi lepak lepak bagi rehat di Esplanade Padang Kota. Kawasan ini memang terkenal untuk lepak versi keluarga. Kalau hampa nak tunjuk tunjuk skill moto kaa, superbike kaaa mohon pergi Tanjung Bunga. Kawasan ni adalah kawasan orang bawa anak-anak bermain di tengah padang main belon. Jangan buat onarr!

Cuma kalau datang hari minggu Padang Kota ni memang penuh. untuk mendapatkan parking memang memberikan cabaran yang sangat tinggi. Ada juga parking berbayar tapi confirm penuh jugak. Maka pandai-pandai lah cari parking, slaah parking kena saman polis. Itu saja.

Lepas tu kalau perut korang boleh isi lagi makanan, boleh cuba untuk makan Mee Goreng sotong dekat food court tu. Nama gerai dia Mee Sotong Hameed Pata. Saya tak try makan pasal perut memang dah penuh sangat dah. 

Jadi elok lah santai-santai lepak ajer untuk hadamkan perut yang dah penuh dengan makanan. Lepas lepak terus beransur balik menuju ke guesthouse. Kasi perut membuat penyahtinjaan pula.




Roti Bakar Transfer Road, Georgetown (07:30AM)

Pembukaan sarapan pagi kami adalah di Roti Bakar Transfer Road. Saya tak pastu samada roti canai atau roti bakar, pasal kedua-dua menu ada kat kedai ni. Yang penting kalau datang mesti kena order roti canai ayam dengan roti bakar. Bohonglah kalau korang cakap makan roti bakar dah cukup. This is Penang brother.... don't lie to your beloved stomach.

Pagi ini adalah hari hujung minggu. Jadi, korang kena datang awal untuk dapat tempat duduk yang selesa disini. Kalau boleh datang seawal jam 7.30pagi. Waktu kami tiba tu tak ada la orang sangat tapi dalam jam 8.00pagi terus penuh yerrr tuan tuan. Jangan ingat korang saje yang nak makan seawal pagi ni. 

Menu utama kat sini adalah Roti Canai Ayam dan Roti Bakar. Elok order dua menu ni untuk sarapan pagi yang mantap. Pagi tu saya order kedua-dua menu ni dan untuk roti canai ayam, memang quarter size dia bagi kat hangpa. Hangpa perabih laa semua tu kalau tak cukup boleh topup lagi untuk cicah dengan kuah. 

Selain daripada menu roti bakar atau roti canai, ada juga nasi lemak ayam goreng, tapi yang ni orang lain ler buat kiranya macam tumpang kedai. Boleh ler kalau korang order kalau dua menu ut masih belum cukup untuk perut korang.

Korang boleh search Roti Bakar Transfer Road dalam google maps, parking agak susah kalau datang time 8.00pagi keatas. Kalau parking pun dah susah, nak dapat meja kompem kena beratur.




Street Art, Georgetown. (08:30AM)

Sebenarnya banyak kawasan tumpuan pelancong yang terdapat di Penang ni, takkan daat habiskan dalam masa 3 atau 4 hari. Cuma kalau anda set untuk jalan-jalan cari makan memang boleh punya asalkan anda mampu nak makan.

Untuk menghilangkan kekenyangan sarapan pagi, maka eloklah kena berjalan kaki sementara membakar sedikit kalori. Jadi saya mengesyorkan pergi ke Street Art Penang yang terletak di Jalan Armenian.

Kat sini saya tak tahu mana nak parking, pandai pandai kamu lah mana nak parking. Kalau nasib baik ada lah ruang untuk parking. Jangan parking sesuka hati, kena angkut dengan orang majlis bandaran.

Dah lama Street Art Penang ini diperkenalkan, ramai juga yang tahu tapi apa yang menariknya disini, kesenian orang tempatan yang membuatkan dinding lama menghasilkan sebuah seni mural yang mampu menarik perhatian pelancong dan secara tak langsung sekitar kawasan ini dipenuhi dengan cafe dan juga gerai souvenir. 

Kalau di Eropah, banyak kawasan lukisan sebegini tetapi tidak semeriah di Malaysia. Jadi kita berbangga juga salah satu tarikan ini mendapat nama di dunia. Selain tu macam saya cakap tadi, boleh bakar kalori korang lepas makan sambil terik mentarik atas kepala.

Dah berpeluh basah ketiak, maka elok saja balik menuju ke guesthouse. Kemas barang dan siap sedia untuk checkout. Sementara tu layan sekejap view Straits Quay sekitar guesthouse ni.




Din Ikan Bakar, Kepala Batas (11:30AM)

Dah tak larat nak layan nasi kandar, kami nak layan menu masakan Melayu pulak. Jom pekena ikan bakar tahap dewa, saya tahu perut korang ni taklah hensem mana pon, jadi eloklah kalau korang ke Din Ikan Bakar.

Sedikit jauh dari Georgetown tapi adalah berbaloi bro untuk layan ikan bakar dengan kuah asam dia. Giler terbaik bhai. Harga ikan ade yang murah dan ada yang harga pecah. Tengok kocek dulu la... jangan bimbang, owner dah letak harga siap-siap selepas dibakar. Jadi pilih sendiri makanan yang anda mahukan.

Kalau nak dapat meja sila ler datang pkol 1130pagi, kalau hangpa dok lengah lengah datang time 12-1ptg memang boleh ajak gaduh nak amik ikan bakar dengan lauk. Mohon bersabar. Kedai berasap-asap dah macam kedai Din ni pulak yang terbakar, tapi rilek aje.

Kedai ini terletak pekan lama Kepala Batas di Jalan Butterworth, korang boleh Google Maps dengan carian Restoran Ikan Bakar Din





Dalam kedai ni memang berasap, panas dan jenuh nak cari tempat. Jadi kalau dah dapat tempat mohon cepat-cepat makan pastu keluar kedai. Zaman Covid19 ni tak cantek nak duduk lama-lama.

Maka itu sahajalah perjalanan 24 jam yang saya lalui sempena jalan - jalan cari makan di Penang. Jika korang rasa nak layan lagi lama, korang boleh ler buat itinerary sendiri plan sendiri. Tapi antara kedai yang saya syorkan dalam perjalanan ini adalah Nasi Kandar Kampung Melayu.

Hangpa patut kena sekali. Pasti korang lupakan Deen Maju.

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam