Kopi Murah Terbaik Harga RM3.00 - RM5.00

Kopi Murah Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur (Harga RM3.00 - RM5.00)

Kopi dengan kehidupan seharian berkait rapat. Chemistry bagi seorang pengemar kopi, kalau tak pekena kopi sehari tu dah macam mat gian. Betul ke kopi ni ada kaitan dengan ketagihan seperti caffeine?  Mungkin ya jika mengambil kopi yang berlebihan dalam satu hari.

Maka kali ini saya ingin kongsikan bersama kopi murah yang patut anda ketahui sekitar Lembah Klang. Sebagai seorang pengemar kopi murah, saya sentiasa mencari kopi-kopi jenis Americano, Long Black Coffee atau Cappuccino sedap dan murah. Saya jarang meminum latte atau flat white, pasal perut saya sedikit sensitif dengan creamer yang digunakan.

Selain itu, saya juga jarang meminum kopi warga kayangan seperti Starbucks, Coffee Bean atau Costa. Kopi-kopi ini memang  mahal walaupun sedap dimulut orang tapi bagi saya masih belum pure atau pekat. 

Berikut adalah senarai kopi yang murah dan mudah didapati :

1. McCafe, Mc Donald's 

Mc Donald's dengan anda dah macam adik beradik yaww, jarang saya dengan manusia yang tak makan mcD atau KFC. Kalau ada mohon tampil kehadapan, saya nak tabik spring! Anda sememangnya limited edition.

Malah kalau tak silap saya hampir kesemua McD dah ada kiosk McCafe tapi pernah ke anda cuba McCafe? Bagi saya, kopi daripada McCafe antara kopi murah yang terbaik pernah saya minum. Serius saya tak tipu, saya harap kalau McD baca entry ni sila bagi kopi percuma kepada saya.

Kerap juga saya membeli kopi di McD antaranya Arabica Coffee, Cappuchino dan Ice Latte. Menariknya McCafe ni harga dia tak mahal macam Starbuck atau Coffee Bean, dan kalau korang ada apps, korang boleh dapat lebih diskuan atau deals.

Saya lebih gemar untuk meminum Arabica Coffee McD, rasa brew coffee dia tu padu dan cukup untuk menyegarkan mata tambah pulak dengan bau aroma kopinya. Sememangnya terbaik. Harga bermula daripada RM3.50 sahaja.




2. Maru Cafe by Mynews.com

Cawangan MyNews.com kini menawarkan kopi dan juga makanan segera seperti Family Mart. Saya mencuba kopi ini ketika di Legoland dan ternyata kopinya terbaik diantara kedai serbaneka yang lain (7 Eleven atau Family Mart).

Maru Cafe ni ada di cawangan MyNews.com terpilih, tak kesemua cawangan mereka ada penyediaan makanan ya tuan-tuan. Korang boleh cari lokasi kedai Maru Cafe ini disini.

Saya membeli secawan Cappuccino dan ternyata cappuccino Maru Cafe ini mampu meletakkan carta No.1 saya dan mengalahkan cappuccino McCafe. Kopi creamy mereka ni sememangnya creamy dan terbaik. Harga secawan adalah berharga RM3.90 sahaja.




3. Famima Cafe by Family Mart

Family Mart dengan perempuan sangat sinonim. Saya tak tahu kenapa orang suka sangat nak layan aiskrim dengan makan udon Family Mart. Tapi kalau saya masuk Family Mart saya akan beli Americano.

Americano dia kick power dan harganya murah iaitu RM2.90. Ini adalah kopi Americano paling murah pernah saya jumpa untuk kedai-kedai serbaneka mahupun McDonalds. 

Kalau Family Mart di Tokyo, dorang siap ada satu cafe khas untuk fresh food. Maka korang boleh lepak makan dengan minum dalam kedai serbaneka ni. Kat sini pun ada jugak, tapi pada kawaan besar dan popular sahaja.




 4. 7 Eleven

Orang Jepun panggil Sebun Elebun Konbini, bermaksud kedai Conveniece 7 Eleven. Kedai 7 Eleven yang korang berenti beli rokok dengan roti tu memang ada kopin mesin dia tersendiri. Cuma kopi mesin 7 Eleven ni agak susah nak jumpa jenis grind coffee. Kena pergi 7 Eleven yang besar sikit baru ada.

Kalau korang pergi 7 Eleven biasa, ianya hanya ada White Coffee, Teh Tarik atau Milo. Dalam entry ini saya menceritakan kopi 7 Eleven instant White Coffee. Rasa dia agak manis kerana machine kopi 7E telah mencampurkan creamer dan sugar masa dia bancuh tu.  Tapi kepekatan kopi dia tu memang padu pasal 7E ni guna kopi Arabica Nescafe. So no wonder rasa dia tu macam nak ala-ala Nescafe Tarik je.

Dari segi harga ianya sememangnya murah dan bergantung kepada promisi 7E itu sendiri. Harga asal tak silap saya RM2.50 sahaja untuk setiap cawan dan kalau datang promosi tu kadangkala RM2.00 untuk 2 cawan. Not bad la kalau nak layan kopi mesin yang dibancuh siap.  



5. Wonda Coffee

Ini adalah kopi segera didalam tin yang anda boleh beli samada di Petronas, Shell, 7 Eleven atau MyNews. Wonda Coffee Edisi Terhad ni sememangnya lebih kaw daripada Wonda Coffe Kopi Tarik atau pun mana-mana Kopi Tin. 

Kalau anda perasan, setiap tin adalah mewakili negeri negeri di dalam Malaysia dan setiapnya adalah mempunyai rasa yang berlainan. Antara yang menarik untuk di cuba adalah Edisi Sarawak kerana rasa kopinya adalah lebih pekat dan kaw.

Saya lebih memilih Wonda coffee berbanding dengan Nescafe kerana rasanya tidak begitu manis berbanding Nescafe Tin. Tapi harus diingatkan, kopi didalam tin mempunyai lebih kurang 5-8 sudu teh gula. Boleh la minum sekali sekalai tapi jangan layan hari-hari yer. 

Kopi edisi terhad ini dijual secara berasingan pada rangkaian pasaran sekitar anda. Harganya lebih kurang RM2.00 - RM2.50 sahaja.

Petronas : Edisi Johor
Shell : Edisi Penang
MyNews : Edisi Kelantan
7 Eleven : Edisi Sarawak

Fakta : Wonda Coffee adalah daripada Syarikat Japan, jadi jika anda travel ke Japan, anda selalu akan nampak Wonda Coffee didalam vending machine. Saya tak pernah try kopi dalam tin di Japan kerana was-was sumbernya. Jadi saya lebih gemar untuk minum Americano di Makudonarudo (Mc'Donalds) sahaja


Happy Coffee Day to all!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam