JAL Sky Museum, Tokyo Japan

JAL Sky Museum, Tokyo Japan

Di Tokyo ada pelbagai jenis muzium, bermula seperti muzium biasa seperti barangan sejarah sehinggalah kepada muzium teknologi. Malah kadang-kala di Tokyo juga terdapat muzium muzium pelik seperti muzium mee segera atau pun muzium mangkuk tandas. Terlalu banyak dan takkan mampu nak lawat dalam masa yang singkat sahaja.

Tapi kali ini saya nak perkenalkan sebuah muzium yang agak jarang orang kita lawati dan mungkin juga tidak tahu tentang kewujudanya iaitu JAL Sky Museum. JAL bermaksud Japan Airline - Sky Museum adalah sebuah muzium kapal terbang kini yang terletak di Ota city, berhampiran dengan Haneda Airport.


Muzium ini diperkenalkan pada tahun 2013 apabila JAL ingin berkongsi bersama pengalaman dengan penunjung bagi tujuan pendedahan keselamatan kapal terbang serta pendidikan. Pengalaman sebegini pastinya menarik kerana muzium ini mempunyai tour yang tersendiri.

Pertama, untuk ke muzium ini anda boleh menaiki Tokyo Monorail dari Hamamatsucho dan berhenti di Shin-Seibijo dan berjalan kaki menuju ke JAL Maintenance Center 1 atau JAL Sky Museum. 


Tiket adalah percuma tetapi anda perlu membuat tempahan tiket secara online. Lebih kurang booking slot. Anda tidak boleh masuk secara walk-in kerana setiap slot mempunyai tour yang tersendiri. Anda perlu bergerak bersama kumpulan sepanjang tour berkenaan. Boleh booking tiket di capaian ini disini.


Tour akan bermula pada jam 10:00pagi, jika anda memilih tour pada 10:00pagi, anda mesti berada dikawasan menunggu 10minit lebih awal. Jika anda terlewat, tour anda akan dibatalkan serta merta. Tour didlaam JAL Sky Museum mengambil masa selama 1jam 30minit. 

Sepanjang tour ini, anda akan diberi penerangan di dalam bahasa Inggeris dna bahasa Jepun (Pilihan bahasa tour perlu dipilih semasa membuat tempahan tiket). Anda akan dibawa kepada sejarah penubuhan Japan Airline, jenis-jenis kapal terbang JAL serta aset terkini yang dimiliki oleh  Japan Airline.

Di dalam bangunan yang sama, anda dapat merasai pengalaman simulator ringkas kokpit Boeing 737 selama 15minit serta merasai layanan Business Class dan First Class seat yang terdapat di dalam Japan Airlines. Selain itu juga, anda akan ditunjukkan bagaimana fungsi flight galley (bahagian dapur kabin crew) dalam menyediakan makanan serta fungsi-fungsinya.









Selepas tour didalam bangunan ini, anda akan dibawa ke kawasan baikpulih kapal terbang atau lebih dikenali sebagai Airplane Hanger. Kawasan ini anda akan didedahkan kapal terbang sebenar yang sedang dibaikpulih dan diberi penerangan secara ringkas mengenai fungsi penuh penerbangan.



Dikawasan ini, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kerana ianya dianggap sebagai kawasan sulit dan terhad. Pada penghujung tour, seperti biasa anda akan dibawa melewati JAL Sky Shop untuk cenderahati untuk kenangan korang. Oh ya, kalau untung nasib badan, anda akan mendapat sebuah topi JAL tanda penghargaan JAL kepada pelawat. Menarik bukan? Dah la free, dapat tengok tour kapal terbang, dapat lagi topi free. 

Bagi saya idea ini agak menarik dan Malaysia Airline juga mampu membuat tour sebegini. Tak kisah kena bayar ke tidak dan ianya juga dapat menjana pendapatan syarikat penerbangan  secara tidak langsung. 

Kami disini juga percaya, bahawa tour penerbangan seperti ini bukan sekadar untuk anak-anak, malah mampu menarik minat flight enthusiast tersendiri. Saya amat berharap MAS dapat membuat tour ini kelak.

This is Awesome dude.

Photo Kredit : Google Maps

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam