Tempat Menarik di Amsterdam, Netherlands

Tempat Menarik di Amsterdam, Netherlands

Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Amsterdam yang boleh saya senaraikan tapi, saya hanya sertakan 10 yang terbaik jika anda ingin mengunjungi Kota Amsterdam. Ianya bukan satu perkara yang mudah dan ianya juga bukan sesuatu yang mustahil, hanya perlu membuat sedikit rujukan dan semakan sebelum pergi ke tempat tempat ini.

Tidak dinafikan Amsterdam agak mahal dari segi penginapan samada hotel atau Airbnb. Jadi kena menginap luar kawasa hotel untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Kalau memandu di Amsterdam, cuba elakkan untuk memasuki kota ini dengan kenderaan kerana kota ini tidak mesra penggunaan kereta/van. 

Setiap jalan raya kota Amsterdam dipenuhi dengan laluan tram yang agak sibuk. Silap corner korang kena langgar dengan tram. Lebih baik menaiki public transport pasal ada pass pelancong yang agak berbaloi untuk anda lawati tanpa had. 

Bandar Amsterdam agak hidup pada waktu malam berbanding Germany. Jadi korang boleh plan pergi ke kawasan luar bandar pada siang hari dan kembali ke kota sebelum senja. Nikmati permandangan lampu jalanan yang dipasang menghiasi kota lama Amsterdam ini.

Berikut adalah 10 tempat menarik di Amsterdam:

1. I Amsterdam Sign

Malangnya Signage ini telah dirobohkan kerana perilaku pelancong yang tidak senonoh terhadap signage ini. Ada yang memanjat, ada yang melakukan aksi yang tidak senonoh dan malah ada yang membuang air kecil. Jadi pihak berkuasa telah merobohkan serta merta. 

Signage ini terletak di hadapan Rijksmuseum, untuk kesini hanya perlu menaiki tram bandar dan turun di station Rijksmuseum. 

Jika anda datang waktu musim sejuk, anda boleh bermain ice skating pada kolam dihadapan museum ini. Musim sejuk dia betul betul sejuk sehingga sungai dan kolam mengeras dan boleh layan ice skating.




2. Albert Cuyp Market

Terdapat banyak market atau pasar di kota Amsterdam, salah satu pasar yang paling panjang adalah Albert Cuyp Market. Untuk ke sini anda perlu menaiki tram dan berhenti di hentian Stadhouderskade. 

Pasar seperti pasar pagi menjual pelbagai barangan dari segi makanan, fresh food, buahan, bunga, cenderahati malaha produk-produk ganja. Yaa produk produk ganja.

Seperti sedia maklum, anda dibenarkan menghisap ganja, makan kek ganja, aiskrim ganja di Amsterdam. Ianya adalah lega cuma anda tak boleh bawa keluar daripada bandar sahaja. Sepanjang market ini ada banyak cafe dan bar. Kalau masuk cafe ni confirm bau 'usin' kuat gile. Bagi korang yang merokok pasti rasa heaven. Saya tak merokok.

Kat sini korang boleh beli sourvenir dengan harga murah. Saya membeli magnet fridge I Love Amsterdam dengan harga 1euro (RM5.50 pada waktu ketika itu). Malah banyak baju atau sweater dijual disini dengan harga berpatutan. 

Dalam ni ada gerai makanan halal, korang boleh cuba makan street food Amsterdam. Tapi pasar ini ditutup pada hari Ahad. Waktu urus niaga adalah jam 9pagi hingga 5petang, dalam jam 3 tu dah mula gerai yang tutup. Rancang perjalanan anda yer.





3. Zaanse Schans

Kalau nak tengok kincir angin, korang boleh pergi ke Zaanse Schans. Tidak jauh dari kota Amsterdam hanya perlu menaiki tren dan sampai ke destinasi. 

Untuk kesini korang boleh naik tren dan berhenti di station Zaandijk Zaanse Schans, lepas tu kena jalan kaki dalam 20minit. Rasa jauh? Tidak sebenarnya pasal laluan ni akan melalui sebuah kilang chocolate lama. Sepanjang perjalanan korang akan hidu bau coklat dan juga melintasi jambatan angkut.

Saya sarankan datang ke Zaanse Schans ni waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan dengan pelancong lain. Bawa la sandwich atau kopi homemade untuk lepak tepi kincir angin Amsterdam yang bersebelahan dengan sungai. 

Masuk ke kawasan ini adalah percuma, cuma kena jaga kebersihan sahaja serta tidak mengganggu kawasan rumah penduduk tempatan. Terdapat juga Zaanse Schans Museum, yang mengceritakan perihal sejarah pembinaan dan kejuruteraan kincir angin. Harga masuk muzium ini adalah 2Euro sahaja.





4. Giethoorn

Terletak agak jauh dari kota amsterdam, saya janjikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan jika datang ke Giethoorn Village. Sebuah perkampungan yang dikelilingi terusan, nak pergi rumah kerumah perlu naik perahu.

Giethoorn Village ni jaraknya lebih kurang 130km, jika drive mengmbil masa lebih kurang 1jam 30minit untuk sampai. Anda public transport seperti bas atau public tour. Tapi korang kena follow masa diorang. Saya syorkan lebih baik memandu sendiri sahaja.

Masuk ke Giethoorn Village ni adalah percuma, cuma anda perlu parking kereta di tempat yang disediakan dan berjalan kaki sendiri. Untuk menaiki bot atau perahu bayaran adaalah bermula 10Euro. Bergantung kepada jenis perahu atau bot yang anda naik. Saya syorkan lebih baik berjalan kaki pasal jika naik perahu anda tidak boleh berhenti, nanti kena marah dengan penjaga kawasan. Dorang takut traffic jam di terusan.

Kampung ini dijaga rapi oleh penduduk sendiri atas inisiatif tarikan pelancong. Jadi korang boleh berjalan kaki dan mengambil gambar akan tetapi anda dilarang untuk memasuki kawasan perumahan diorang melainkan tuan rumah ada dan minta izin. 




5. Zaandam

Bandar Zaandam adalah bandar yang menarik dimana bandar ini terletak di luar kota Amsterdam. Jika di kota Amsterdam korang tengok bangunan lama yang tirus dan tinggi, disini anda dapat lihat perumahan senibina Amsterdam yang unik.

Bandar ni dorang mewarnakan bangunan klassic dengan warna hijau dan jalanraya punya biasanya menggunakan jenis batuan lama dan interlock. Satu kombinasi yang menarik pasal korang dapat tengok 2 Era yang berbeza. Bangunan lama dibina balik dan dibaikpulih untuk tarikan pelancong. 

Jika korang nak jimat, cuba cari hotel dan airbnb di kawasan ini. Di sini terdapat banyak hotel dan kawasan perumahan malah ada dua station train iaitu Zaandam dan Koog ann de Zan. Kedai makan halal juga senang didapati di kawasan ini.





6. Dam Square, Amsterdam

Dam Square adalah central point selepas Amsterdam Centraal Station. Kawasan ini sememangnya cantik dan menarik kerana senibina bangunan pada kurun ke 18. Kalau nak ootd disini memang awesome. 

Untuk kesini korang boleh jalan kaki sahaja daripada Amsterdam Centraal atau menaiki tram dan berhenti di hentian Dam. Tapi saya rasa lebih baik berjalan kaki sahaja untuk mendapatkan pemandangan kota Amsterdam yang cantik.

Sekitar kawasan ini juga ada Madame Tussauds dan National Manument Netherlands. Tiket untuk masuk ke Madame Tussauds adalah berharga Euro19.50. 

 Selain itu ada banyak cafe untuk korang lepak. Berhati hati di kawasan ini, pasal ramai orang yang lalu lalang. Banyak juga kes seluk saku berlaku dikawasan ini.




7. Volendam

Satu ketika dahulu Volendam adalah sebuah pekan perikanan, dimana perniagaan hasil laut dilaksanakan disini. Pada ketika ini, bandar ini kiat membangun dan meninggalkan sebuah landmark yang cantik untuk kita kunjungi.

Tak jauh dari Zaaandam, jika memandu mengambil masa lebih kurang 30minit. Saya tak pasti kalau naik train. Lagi senang memandu jika berada luar kota Amsterdam.

Jika memandu ke Volendam, boleh parking kereta di Deen Supermarket. Lepas tu jalan kaki menuju ke muara laut atau point ke Haven Volendam. Disini korang boleh layan bau air laut dan banyak kedai makanan seafood sepanjang muara ni. Tak pasti mana kedai halal sekitar kawasan ini.

Boleh la cuba fish and chips lepas tu lepak tepi muara, atau berjalan kaki sepanjang muara ini untuk tengok bangunan lama yang telah diubahsuai dijadikan kedai dan restoran. Sangat cantik! 




8. Aya Sofya Camii (Masjid), Amsterdam

Jika ke negara orang, lapangkan masa untuk membuat singgahan pada masjid di negara orang. Ketika saya kesana, masjid ini ditutup kerana dibuat full renovation. Masjid ini adalah masjid paling besar di Netherlands dan mendapat dana daripada kerajaan Turkey.

Kalau nak kesini, korang boleh naik tram dan berhenti di hentian Witte de Withstraata. Masjid ini dibuka untuk solat jumaat dan juga solat pada masuk fardhu.

Seperti negara negara lain, jika terdapat masjid pada kawasan itu, maka secara automatik sekitar kawasan itu juga kaan mempunyai banyak restoran halal atau kedai runcit halal. Korang boleh singgah makan lepas menunaikan solat sini. Tak silap saya masjid ini tidak mempunyai Islamic Canteen.



9. Waterlooplein Market

Ini adalah market kedua yang saya senarai kan selepas Albert Cuyp. Jika korang dah pergi 10x di Albert Cuyp, boleh cuba ke Waterlooplein Market pulak. Kenapa? Kerana kat sini macam pasar karat di Malaysia. 

Dorang menjual apa saja di pasar ni, dari benda terpakai, barang ang baru malah bunga yang segar. Cuma bagi saya, pasar ini tidak besar macam Albert Cuyp tapi kalau nak cari barangan terpakai dengan harga murah, disinilah tempatnya.

Untuk kesini korang boleh naik tram dan berhenti di hentian Waterlooplein. Sekitar kawasan ini juga terdapat 2 muzium. Tapi ingat yer, Waterlooplein Market ini tutup pada hari Ahad. Maka rancang perjalanan anda ye. 




10. Amsterdam City

Ini adalah paling best jika datang ke Kota Amsterdam. Berjalan kaki seharian dari pagi hingga ke malam mengelilingi bandar Kota Amsterdam. Banyak jalan dan terusan (Canal) yang korang boleh tatapi serta nak OOTD sampai muntah. Kota Amsterdam ni cantik juga bila waktu malam pasal banyak lampu jalana yang menerangi sekitar kawasan tumpuan. Cantik untuk bergambar.  

Kalau ada duit lebih, boleh mencuba naik perahu canal atau jika ada kad I Amsterdam Pass, boleh naik free no limited time. 

Mana nak dapatkan view Amsterdam best? Jangan tanya saya, kota Amsterdam ini dikelilingi oleh terusan. Ada beribu jambatan kecil melintasi terusan. Korang jalan kaki cari sekitar Dam Square dan jalanlah sepuasnya. Jangan risau tidak akan sesat punya. Jika sesat, korang pasti akan terjumpa hentian tram. Naik tram tersebut dan ianya akan bawa anda balik ke Amsterdam Centraal.

Waktu malam Amsterdam agak hidup, akan tetapi anda harus berhati-hati jika berjalan berseorangan atau melalui kawasan yang tidak selamat. Banyak kejadian seluk saku atau kes rompaakn berlaku pada waktu malam.




This is Awesome bro! 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam