Banngkok Street Food, Setapak Kuala Lumpur

Banngkok Street Food, Setapak Kuala Lumpur

Ketika negara sedang melanda pandemic Covid 19 ni, pastinya ramai rakyat Malaysia yang bertanya-tanya bilakah pintu sempadan akan dibuka? Ternyata ramai kalangan kita ini nak keluar negara samada bercuti nak main salji dengan mencuba makanan street food. 

Tahun ni juga saya plan nak ke negara Thailand, tapi apakan daya kita hanya mampu merangcang. Rancangan ke Hat Yai hanyalah makan semata-mata. Masakan Thai sememangnya padu dan saya janji kalau dah makan kompen rasa nak repeat. Maka tidak hairan mengapa berpuluh-puluh bas persiaran membanjiri kawasan selatan Thai terutama Hat Yai.

Okay, sementara kita ni tengah musim PKPB, jadi mari saya share sebuah restoran yang dah lama bukak tapi baru nak pergi, kedai tersebut adalah Banngkok Street Food yang terletak di Setapak. Korang waze atau google maps saja dengan carian Banngkok Street Food. Kalau xjumpa jugak tak payah pergi.

Okay apa yang special Bannkok Street Food dengan kedai siam lampu Star Wars? Beza dia banyak bro, salah satunya dorang memang bawa orang siam sendiri dengan resipinya skali masuk dalam kedai dia.

Antara menu champion yang selalu orang order adalah Banana Nutella Pancake, Pad Thai dan juga Tomyum Gung. Kalau kat Krabi atau Hatyai, makanan macam ni sememangnya bersepah-sepah tepi jalan, harganya pulak memang korang main beli aje. Malah kat kedai ni juga korang pun amik masa lama nak order, banyak btol menu dia bro... terubat laa rindu nak pi Hatyai dengan Krabi tu.

Setiap masakan yang korang pilih tu ada gerai kecil dorang sendiri. Maka, setiap pekerja tu akan mahir dalam pembuatan dan masakan yang khusus untuk korang cuba. Menarik pasal dekorasi kedai pun macam korang makan tepi jalan kat Hat Yai. Asik makan kedai hipster, skali skala try laaa street food. Kalau nak selesa boleh lepak bahagian dalam kedai. Nak buat reservation pun boleh sebenarnya.

Secara keseluruhan, makan di Banngkok Street Food ni sememangnya setanding macam makan di Hatyai, boleh laa melepaskan kerinduan nak masuk siam tu. Harga tak semurah di Siam. Kalau nak feel lebih, kita tunggu pintu border tu bukak ye.

This is Awesome bro!









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang