Lego Time : Star Wars Star Destroyer

 Lego Time : Star Wars Star Destroyer

Baru ni kawan saya Yusof bagi Lego free pasal dia nak clear kan rumah dia. Maka kita tadahkan tangan untuk menerima Lego tersebut dengan hati yang terbuka. Benda free kenapa nak bincang lama-lama kan.

Lego ini adalah lego adalah jenis Star Wars : Star Destroyer, menjadikan lego yang ketiga dalam model Star Wars selepas Millenium Falcon dan X-Wings pernah saya miliki. Harga untuk lego ini adalah RM3,299.00! Mahal giler... Tapi tu harga Lego laa.... kalau harga copy ori boleh tengok sendiri kat dalam Shopee

Apa yang best Lego Star Wars : Star Destroyer ni? Model ni adalah jenis UCS atau yang lebih dikenali sebagai model details. Manakah tidak, ianya mempunyai sebanyak 4787 kepingan Lego untuk anda cantumkan sehingga siap. 

Saya janji jari jemari anda akan calar, sakit dan lenguh untuk mencantumkan kesemua lego ni. Tapi bila dah siap, hasilnya sangat memberangsangkan. Kompem anda tidak akan menyesal pun. Malah bila dah siap, kena sedia juga tadah telinga bebelan isteri pasal saiz Lego ni bukan kecik ye....

Size untuk Lego Star Destroyer ni sememangnya besar setelah siap dipasang. Ianya bersaiz 110cm panjang, 66cm lebar dan 45cm tinggi. Ianya juga mempunya stand magnetik dan berat keseluruhan selepas pasang adalah lebih kurang 8kg. Ya 8kg pasal dia berat tang magnetic tu.

Pada permulaan pemasangan, korang perlu asingkan parts yang besar dan kecik malah perlu asingkan mengikut warna. Yang jenis kecik-kecik halus tu lagi laaa perlu asing pasal benda tu yang buat kerja pemasangan menjadi super slow. Belom kira anak-anak anda kacau kan... Hahahahaha!

Saya mengambil masa selama 3 hari untuk pasang sampai siap. Salah satu slow pasal sakit jari weh... jari dah jari keras.. bila nak cantum yang besar tu memang kena tekan kuat-kuat.

Tapi apa-apa pun ianya memang enjoy dan awesome!

Skang tengah pikir mana nak letak lego ni. Besor sangat bro!

This is Awesome!









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam