Tim's Teapot Terrace, Taman Melawati

 Tim's Teapot Terrace, Taman Melawati

Taman Melawati sekarang tak macam dulu. Kalau dulu banyak gerai otai lama skang ni dibanjiri dengan kedai kopi pelbagai variasi. Sama ada korang nak ala hipstur, ala mamak, ala British mahu pun ala-santai. Kalau nak nak layan semua kedai kopi kat sini memang tak habis. Tambah plak nak masuk bulan Ramadhan ni.

Saya datang lunch kat sini, pasal asik dok tengok Kak Wan Zarina pekena teh dengan kopi kat sini. Jadi eloklah kita mengorak langkah untuk mencuba kopi dengan masakan yang disediakan.

Nama restoran ini adalah Tim's Teapot Terrace, terletak di Taman Melawati, nak cari parking bukan sesuatu yang mudah. Anda haruslah bersabar jika datang pada waktu lunch hour. Boleh set tetapan pada Google Maps dengan carian Tim's Teapot Terrace disini.

Masa saya datang, macam pelik juga, kenapa tak ada signboard kedai? Ohhh rupanya saya masuk dari bahagian belakang kedai, ada pintu masuk jugak cuma signboard dia halus aje.

Okay kedai ni memang menarik! Pasal dekorasi kedai ini adalah gaya British Classic. Kalau korang nak layan teh british inilah tempatnya. Corak bunga-bunga macam dalam bilik cikgu Dolores Umbridge (Bekas Cikgu Hogwarts) ini membuatkan rasa feel seolah luar pintu kedai tu Oxford Street. Hekkk!

Kebetualan tempat meja kami berhampiran dengan bucu kedai, maka terdapat koleksi daripada tuan kedai yang berjaya mengumpulkan berpuluh jenis teko dari pelbagai negara. Awesome! Nampak simple aje tapi ternyata setiap koleksi membawa cerita yang tersendiri.

Saya pasti korang tidak akan bosan melihat barangan koleksi didalam kedai ni, malah keadaan susun atur meja kedai agak selesa dan mematuhi SOP. Bau aroma kopi semerbak macam bau kedai Starbuck. 

Lunch tu saya order, Spaghetti Chicken Chop dan Korean Chicken Rice pasal bro kecik nak makan nasik. Dia tak reti nak makan spaghetti luch time ni! Pastu saya order side-dishes dan juga Belgium Chocolate Cake. Food rating saya bagi 8/10.. terbaik dan cukup untuk perut Melayu. 

Apa yang menarik dalam menu adalah variasi jenis teh untuk pelanggan. Ada beberapa menu teh yang korang boleh pilih, sama ada nak minum secawan atau beramai-ramai dalam 1 teapot. Antara jenis teh adalah Lemon Ginger, Earl Grey, Turkish Apple, Very Berry Crush... macam-macam lagi laa... Teh saya tak try, saya hanya try Cappuccino sahaja.

Overall Tim's Teapot Terrace ni adalah sebuah restoran yang menarik untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan.... cuma tak berapa sesuai untuk lepak geng-geng lelaki sahaja. Lain macam aje kalau 2 orang lelaki datang kedai macam ni. Bagi saya laaaaa...... kalau datang couple lain cerita.

This is Awesome bro...












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam