Kota Amsterdam

 Kota Amsterdam

Amsterdam adalah salah satu destinasi popular dikalangan orang Malaysia selepas London dan Paris. Kota yang mempunyai sejarah tersendiri ini juga menyimpan rahsia and keunikkan tersendiri, iaitu senibina bangunan dan juga sistem terusan dalam bandar.

Bangunan-bangunan dalam kota ini kebanyakkannya dibina mengikut pembinaan terusan (canal) pada awal kurun ke 17. Pembinaan terusan ini adalah untuk menampung laluan air dari sungai Ij dan Amstel. 

Jadi, banyak rumah-rumah turut dibina mengikut laluan terusan ini secara sempit dan kecil. Antara sebab mengapa rumah di Amsterdam dibina sedemikian adalah kerana bayaran cukai pada ketika itu dikenakan mengikut keluasan tapak.

Jika anda berjalan-jalan sekitar kota Amsterdam ini, hampir keseluruhan kota ini dibina dengan senibina kecil dan tinggi lebih kurang 4-5 tingkat termasuklah kedai. Tangganya sangat condong atau jenis yang spiral. Depan rumah atau kedai mesti ada terusan.

OOTD depan terusan Amsterdam memang nampak cantik, berlatar belakang bangunan lama, jalan berbatu dan lampu jalanan. Tapi, hakikatnya, bau air terusan agak tengik dan kadang-kala bau dia mampu membuatkan anda loya. Macam bau longkang.  

Salah satu fakta menarik mengenai Amsterdam adalah rakyatnya gemar berbasikal. Dikatakan jumlah basikal adalah lebih banyak berbanding penduduk didalam kota. Bancian mengatakan terdapat hampir 900,000 buah basikal didalam Amsterdam sahaja.

Pernah pihak majlis pembersihan membersihkan beberapa terusan utama di bandar ini, mereka memjumpai hampir 10,000 buah basikal yang jatuh didalam terusan ini!

Orang jarang memandu didalam kota Amsterdam kerana jalannya sempit dan parking yang agak mahal. Hasil survey saya ketika melawat kota ini, harga parking kereta semalaman mampu mencecah 50-80Euro (RM200-RM400 semalaman) Jadi, elok duduk diluar bandar dan naik sahaja tram/train.

Waktu menarik untuk menghayati suasana sekitar bandar ini adalah pada waktu petang, sunset, dan malam. Bandar ini agak meriah pada waktu malam berbanding negara Germany. Kat mana tempat hisap weed? Nanti abam share post kemudian.




















Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam