10 Gram, Tamarind Cyberjaya

10 Gram, Tamarind Cyberjaya

Sebulan sebelum puasa baru ni saya ada buat staycation di Cyberview Resort. Yelah dah tak boleh rentas negeri kita lepak-lepak ajer laa mana yang boleh pergi. Sekarang dah boleh rentas negeri korang pergi laa mana korang nak pergi. Balik kampung jumpa mak ayah dulu baru pi jalan-jalan.  

Ceritanya masa staycation masa tu saya jalan-jalan cari makan sekitar Cyberjaya. Singgah sekejap di Tamarind untuk ke Book Xcess, ternyata singgahan tidak mengecewakan pasal ternampak restoran 10 Grams Cyberjaya.

Jadi saya mengambil peluang untuk santapan malam walau pada tika itu manusia sedikit ramai dalam kedai. Dapat tempat duduk agak ke belakang berhampiran dapur. Okay lah janji selesa dan ada tempat duduk.

10 Gram Cyberjaya ni teletak didalam lokasi strategik iaitu dalam pusat Tamarind Cyberjaya. Cuma korang kena rajin berjalan dalam Tamarind tu nanti korang akan jumpa restoran ini. Nak parking pun senang aje, boleh park pada car park bawah atau depan kedai aje.

Menarik 10 Gram ni adalah dekorasi kedai yang aweosme! Saya suka susunan dan suasana walaupun pada masa saya pergi tu agak ramai dan full house. Walaupun ramai, penyediaan makanan cepat dan berkualiti. 

Untuk duduk berhampiran dapur, pasal dekat dengan kaunter pembikinan kopi. Jadi aroma kopi tu semerbak datang dan membuatkan saya memesan Kopi Latte waktu malam. Disusuli dengan menu favourite all of time - Grill Chicken Chop, dan Nazril makan Olio Spaghetti.

Food kualiti sememangnya best dan terbaik. Sangat disyirkan untuk santapan tengahhari mahupun malam. Mungkin best kalau datng waktu petang untuk tea-time. Tapi kalau ramai orang bising jugak ye dalam kedai. Biasa laaa.

This is Awesome dude!











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam