Merancang Trip & Itinerary (Melbourne Australia, 7 Hari 6 Malam)

Merancang Trip & Itinerary (Melbourne Australia, 6 Hari 5 Malam)

Di bumi Australia, anda dapat explorer begitu banyak road trip pada seluruh pelusuk negaranya. Dari Sydney ke Perth, Melbourne ke Goldcoast malah Darwin ke Adelaide semuanya boleh. Hanya memerlukan sedikit perancangan dan juga beberapa tips yang perlu anda ambil tahu terutama jika anda memilih untuk memandu.

Dalam penelitian ini, saya juga menulis disebabkan video viral dimana rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak Imigresen atas penyalahgunaan visa untuk bekerja di negara Australia. Ianya membuka mata kita bahawa bukan mereka berdua sahaja yang berbuat demikian malah, mengikut statistik Imigresen Australia, bermula 2014 hingga 2020 sebanyak 15,000 'pelancong' telah tinggal melebihi tempoh visa dan seramai 1000 telah disuruh pulang disebabkan menyalahguna visa perlancongan.

Saya akan ceritakan pengalaman saya bersama imigresen Australia di Perth dan Sydney kelak.

Cuma kali ini saya hanya nak share bersama, Itinerary yang pernah saya rangka (draft) dalam impian saya untuk kembara pada salah satu negeri didalam Australia iaitu Victoria. Bandar Melbourne terletak didalam negeri Victoria malah banyak tempat terkenal terletak di Victoria contohnya, Great Ocean Road, Mount Buller dan Litar Philips Island. Mari saya share apa yang perlu disenaraikan untuk draft Itinerary perjalanan anda.


1. Mana Nak Pergi?

Set destinasi anda nak pergi. Turun dimana dan balik ke mana. Dalam rancangan ini, saya memilih untuk menaiki Malaysia Airline dimana bermula di Kuala Lumpur - Melbourne - Kuala Lumpur. 

Jadi destinasi yang ditetapkan dalam perjalanan adalah :

    1.1 Melbourne City
    1.2 Port Campbell
    1.3 Philips Island
    1.4 Mount Buller
    1.5 Belgrave

2. Berapa hari nak pergi?

Ini bergantung kepada anda, jika anda jenis yang suka amik gambar dan terburu-buru, anda boleh buat dalam masa 4 hari. Jika nak explore city dan attraction mungkin mengambil masa 7 ke 10 hari. Jika anda nak feels macam local people, maka anda memerlukan lebih kurang 2 minggu ke 3 minggu.

Jika cuti anda banyak, boleh ler bercuti lama-lama kan. Itu pun kalau boss luluskan cuti. Silap-silap balik kena lapik baju Hard Rock.

Saya memilih 7 hari kerana kekangan masa dan cuti yang terhad.

3. Penginapan?

Saya sangat gemar untuk stay dirumah atau guesthouse berbanding Hotel atau Hostel pasal, di rumah/guesthouse korang boleh rasa suasana penduduk tempatan. Fasilities yang ditawarkan oleh sesetengah host tidak mengecewakan kadang-kala tuan rumah siap sediakan sarapan pagi untuk anda.

Cuma, kelemahan guesthouse ini ianya terletak diluar kawasan akses public transport seperti tram/train. Jadi jika anda tidak menyewa kereta, ianya agak sukar.

Kalau anda ada duit yang banyak, boleh menyewa hotel dan tidak perlu bersusahpayah untuk mencari gueshouse atau menyewa segala kenderaan. Hanya call dan tempah sahaja.

Hostel pula lebih sesuai kepada solo traveller, ada yang jenis suka budget dan suka bergaul. Tapi pendapat saya, jika korang travel berkumpulan atau bersama keluarga, adalah lebih baik menyewa guesthouse untuk privacy serta menjaga aurat ahli keluarga.

Lebih mudah menggunakan Airbnb, pasal masa booking tu biasanya tuan rumah akan mention berapa jarak dan masa untuk ke station train terdekat. Atau korang boleh text host untuk bertanya apa-apa pun.

4. Pengangkutan?

Memandu adalah pilihan terbaik ketika melawat negara Australia kerana, Australia adalah sebuah negara yang sangat luas mempunyai banyak kawasan attraction luar kawasan bandar. Harga minyak pada tarikh blog ini ditulis adalah AUD1.5 untuk 1 liter. kalau convert jadi la RM4.50 seliter. Jadi jangan convert.. hahahaha....

Walaupun sistem pengangkutan Australia agak cekap, tetapi ianya tidak setanding Eropah dan Japan. Jadi jika anda memilih kebergantungan pada public transport, maka anda akan terikat pada masa perjalanan samada bas ataupun keretapi.

Manakala jika anda memilih untuk memandu, anda perlu memahami aliran lampu isyarat didalam bandar Melbourne kerana ianya berkongsi jalan bersama kenderaan ini. Korang boleh tengok dalam youtube disini. Sila faham peraturan untuk mengelakkan dilanggar oleh Tram. 

Bagi saya, jika nak berjalan di dalam bandar, elok guna public transport kerana harga parking agak mahal dan terhad. Malah anda juga dapat tengok city culture manusia di bandar Melbourne. 

Lepas tu, fyi mana-mana airport Melbourne belum ada train yer, semua kena naik bas. SkyBus macam KL Sentral nak pergi ke KLIA KLIA2 tu. Dorang baru nak buat train mcm ERL. Sedih....

5. Makanan?

Pandai-pandai bawa sendiri apa yang perlu. Percayalah, makanan halal di Australia ada banyak, tak perlu risau. Bawak makan pelik-pelik nanti panjang cerita kat Imigresen.


Day 0 :

- Bermula Airport KLIA2, terus terbang ke Melbourne. (Anggaran flight tiket RM2,000)

Melbourne Airport


Day 1 :

- Touchdown Melbourne Airport, immigration & custom declaration.
- Light breakfast di airport.
- Beli MyKi Card untuk kemudahan perjalanan didalam bandar. Hari pertama dan kedua tidak perlu sewa kereta. (Harga MyKi  AUD8.80 per day)
- Beli Optus mobile internet. (Harga AUD15.00 untuk 5gb sebulan) 
- Menuju ke Southern Cross Station (Melbourne) dengan menaiki Skybus (AUD15.00 one way).
- Drop luggage kat sini dulu untuk tour city. Lunch di Ritz Kebab.
- Menaiki tram menuju ke Flinder Street Station.
- City tour sekitar Flinder Street Station (Iconic Melbourne), St.Paul, Melbourne City Hall, Melbourne State Library. 
- Menuju ke Queen Victoria Market. Minor shopping barang dapur.
- Menuju ke Southern Cross Station untuk pickup luggage.
- Menuju ke guesthouse di South Yarra dengan menaiki train.
- Check-in guesthouse di South Yarra.
- Menuju ke Prahran Market untuk membeli barang dapur halal. Jalan-jalan street view.
- Menuju balik ke guesthouse. 
- Rehat dan dinner di guesthouse.

Southern Cross Station

Flinder Street Station

Free Tram Map

Queen Victoria Market

Queen Victoria Market

Prahran Market

Prahran Market


Day 2 :

- Prepare breakfast.
- Menuju ke Queen Victoria Garden melalui tram. Breakfast di QV Garden.
- Menuju ke Harry Potter - Parliment House (iconic building) - Menaiki Free Tourist Tram di Bourke St Station. 
- Lunch di Victoria Market.
- Tour ke Sealife Melbourne. (Combo tiket bersama Legoland AUD48.00 dewasa)
- Lepak santai dalam The Block Arcade dan Bourke Street.
- Pickup kereta di Jucy Car Rental di St.Kilda.
- Menuju ke Brighton Beach.
- Menuju ke Luna Park dan St/ Kilda Beach.
- Balik ke guesthouse. Full dinner di guesthouse.

Queen Victoria Garden

The Princess Theater

Parliament House of Victoria

Sealife Melbourne

The Block Arcade

Bourke Street

Free Tourism Tram

Luna Park Melbourne

St. Kilda Beach

Day 3 :

- Prepare home breakfast.
- Menuju ke Philips Island Wildlife Park (Pemanduan 2 jam).
- Philips Island Wildlife Park Tour (Tiket masuk AUD19.00).
- Lunch di The Esplanade Picnic Area.
- Menuju ke Philips Island Grand Prix Circuit (Free entrance).
- Menuju ke Noobies Center (Free entrance).
- Menuju ke Philips Island Chocolate Factory (Free entrance).
- Light dinner di San Remo Fishmans Co-op. 
- Balik ke guesthouse. Full dinner di guesthouse.

Chocolate Factory

The Noobies Center

The Noobies Point View

Philips Island Circuit

Philips Island Wildlife Park

San Remo Co-op Restaurant

Day 4 :

- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Great Ocean Road (Pemanduan 3 jam)
- Singgahan santai di Twelve Apostle, Gibson Steps, Loch Ard Gorge (Free entrance).
- Lunch di Port Campbell Beach.
- Menuju ke London Bridge.
- Menuju balik ke guesthouse (Pemanduan 3 jam).

Twelve Apostles 

Gibson Steps

London Bridge

Twevle Apostles

Day 5 : 

- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Mount Buller untuk snow play (Pemanduan 3 jam 30 minit).
- Singgah di Mansfield untuk menyewa snow rental.
- Menuju ke Mount Buller Alpine Resort (Harga masuk AUD49.00 / car).
- Snow Playing di Mount Buller. Lunch di Mount Buller.
- Return ke Mansfield. 
- Menuju balik ke guesthouse (Pemanduan 2jam 30minit).

Mount Buller Victoria

Hotel di Mount Buller

Mount Buller Resort

Mount Buller Scenery

Mansfiled Town - Rental Ski Gear

Ski Gear / Snow Jacket Rental


Day 6 : 

- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Puff Billy Railway Scenic Train. (Tiket train ride AUD60.00)
- Lunch di Chadstone Mall.
- Menuju ke Legoland. (Harga tiket termasuk Sealife pada Day 2)
- Lepak santai di Albert Park.
- Menuju ke South Melbourne South Market.
- Menuju ke Brighton Beach.
- Return kereta di Jucy Car Rental di St.Kilda.
- Balik ke guesthouse dan dinner.

Puff Billy Station

Puff Billy Scenic Train

Thomas & Friends Scenic Theme

Chadstone Mall

Legoland Discovery Center Melbourne

Legoland Discovery Center Melbourne

Albert Park

South Melbourne Market

South Melbourne Market

Brighton Bathing Boxes

Brighton Bathing Boxes

Jucy Car Rental St.Kilda

Day 7 :

- Breakfast di guesthouse.
- Check-out guesthouse.
- Menuju ke Southern Cross Station.
- Menaiki SkyBus ke Melbourne Airport.
- Flight balik ke Kuala Lumpur.



Berikut adalah perjalanan bermula dari Bandar Melbourne - Great Ocean Road - Philips Island - Mount Buller - Melbourne City yang memakan jarak perjalanan hampir 1400km. Jauh bukan? Tapi belum cukup jauh lagi kalau kembara di Australia.. tak percaya? Tengok zoom out peta Australia. Macam tka gerak-gerak je trip korang nanti dalam peta Aussie.



Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang