Posts

Showing posts from March, 2022

Destinasi 24 Jam : Bohey Dulang & Sibuan Sabah

Image
Destinasi 24 Jam : Bohey Dulang & Sibuan Baru ni abam buat trip setelah sekian lama memerap dirumah disebabkan PKP 3.0. Agak tepu jugak laa tak boleh pegi jalan-jalan naik flight. Bulan 12 tahun lepas MAS ada buat flash deals dengan penerbangan ke Tawau Return RM300+ termasuk luggage. Check date jadi abam sambar terus tiket dengan harga RM350. Kalau ikutkan tiket ni berbaloi pasal naik flight MAS lepas tu dalam tarikh cuti sekolah. Mana nak dapat bang.... Penerbangan KL ke Tawau adalah 2jam 45minit. Touch down di Airport Tawau dan terus menuju ke Semporna untuk trip pulau-pulau. Ada banyak pulau kat area Semporna ni, tak silap abam lebih daripada 10 buah. Cuma entry kali ini abam nak share pasal day trip Pulau Bohey Dulang dan Sibuan. Nak senang korang boleh tengok pakej snorkeling pulau dalam facebook saja. Abam pilih Halo Halo Semporna pasal harga dia murah nak banding harga di Terengganu. Pakej 3 pulau termasuk makan tengah hari berharga RM60. Serius geng RM60 saja untuk 3 pulau

5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2

Image
5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2 Bulan 12 baru ni saya membuat short trip 3 hari di Penang sempena birthday anak. Dah lama tak datang Penang sejak PKP. Rasa macam jauh pulak perjalanan.  Tak dinafikan bagi pengemar nasi kandar atau dipanggil Kandar Hunters - sememstinya negeri Pulau Pinang ini adalah hometown untuk segala jenis nasi kandar surrr..... Berbeza dengan nasi kandar yang ada di KL - JB mahu pun negeri lain. Tak boleh laan nasi kandar Penang mai...  Kiranya ada beberapa nasi kandar yang top dan viral di Penang, tapi sebenarnya ada beberapa lagi kedai lain jika anda tak makan nasi kandar. Boleh rajinkan diri google blog atau cari saja dalam facebook. Sekarang ni dalam facebook dan macam search engine. Nak apa cari saja dalam facebook. Siap ada review lagi best ke tak. Kali ini saya nak sharekan dengan korang 5 Kedia Makan BEst di Penang. Ini yang saya senaraikan, kalau anda rasa ada yang lebih baik boleh sharekan pada saya. Lupakan diet anda, pastikan perut bekerja sepenu

Itinerary ke Semporna, 4 Hari 3 Malam

Image
Itinerary ke Semporna, 4 Hari 3 Malam Semporna adalah salah satu daerah di negeri Sabah dan pastinya agak terkenal untuk tujuan perlancongan pulau. Disini terdapat salah satu pulau tercantik di dunia dan mendapat nama didalam Travel Insider malah diundi didalam Trip Advisor sebagai Place You Must See Before Die.  Jika nak berbandingkan dengan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi.  Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu 1. Pulau Mabul (Water Village) 2. Bohey Dulang (Hiking) 3. Matabuan 4. Timba Timba 5. Pom Pom 6. Mataking 7. Sibuan 8. Bodgaya 9. Sipadan (Diving) 10. Kapalai Jika anda nak melawat atau bersuka-ria disinim terdapat banyak pilihan dan pakej pulau yang ditawarkan. Harga pun mampu milik melainkan anda memilih pakej eksklusif atau privacy. Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Jika anda

5 Tempat Makan Best di Johor Bahru

Image
5 Tempat Makan Best di Johor Bahru Boleh dikatakan kerap juga pergi ke JB ni tapi tak pernah up untuk tempat makan best sekitar JB. Bagi saya port makan di JB sememangnya banyak dan pelbagai variety. Tepuk dada tanya selera kau nak makan apa semuanya ada.  Dari kedai kueh, kedai jajan, kedai makan besar mahupun tempat ngupi. Semuanya ada tapi kali ini saya senarai pendekkan 5 tempat makan best sekitar JB mengikut citarasa saya. Lain orang lain rasa dan dimaklumkan saya tidak gemar untuk makan kambing, jadi jarang nampak saya up post pasal kedai makan kambing. Maaf laa yer. 1. Kacang Pool Haji, Medan Selera Larkin Ini adalah pembukaan sarapan pagi yang mana menu makanan tidak ringan dan tidak berat. Kalau ikutkan banyak kacang pool ada di KL tapi Kacang Pool Haji ni lain macam arrr... kalau order mesti kena topup-up roti beb.  Kalau nak datang, elok datang sekitar jam 730pagi pasal tak ramai sangat orang. Kalau datang jam 8.00pagi orang dah mula beratur lepas tu tempat duduk dalam medan

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...