Itinerary ke Semporna, 4 Hari 3 Malam

Itinerary ke Semporna, 4 Hari 3 Malam

Semporna adalah salah satu daerah di negeri Sabah dan pastinya agak terkenal untuk tujuan perlancongan pulau. Disini terdapat salah satu pulau tercantik di dunia dan mendapat nama didalam Travel Insider malah diundi didalam Trip Advisor sebagai Place You Must See Before Die. 

Jika nak berbandingkan dengan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. 

Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu

1. Pulau Mabul (Water Village)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Bodgaya
9. Sipadan (Diving)
10. Kapalai


Jika anda nak melawat atau bersuka-ria disinim terdapat banyak pilihan dan pakej pulau yang ditawarkan. Harga pun mampu milik melainkan anda memilih pakej eksklusif atau privacy.

Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 4 hari untuk 10 buah pulau ini.

Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 4 hari 3 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.

Tiket Penerbangan : RM1100.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya saya pergi pada waktu cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Isnin atau Rabu mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki Airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah. 

Harga RM1100 ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar luggage yer, macam Airasia.  Tiket ini saya beli 3bulan sebelum tarikh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.

Sebulan sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan untuk Day Trip 1 dan Pulau Timba-timba, Mataking dan Pom-pom pada Day Trip 2. Harga untuk pakej ini adalah RM138.00 untuk 2 hari (6 Pulau). 

Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM414.00.

Kenderaan pula k alau nak jimat, boleh menyewa kereta bezza dengan harga RM120 sehari, 4 hari 3malam berharga RM360. Agak selesa sewa kereta sedan berbanding kereta compact.

Mengisi minyak full tank RM50.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 4hari ni. Kereta Alza tak ada la jimat minyak sangat. Jadi total isi minyak adalah RM70.00.

Saya menginap di homestay pekan Semporna dan Banadar Tawau, jadi 3 orang untuk 4 hari 3 malam ini berharga RM400 sahaja.

Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :

1. Tiket Flight : RM1100.00
2. Homestay : RM400.00
3. Kereta Sewa : RM360.00
4. Pakej Pulau : RM414.00
5. Minyak : RM70.00

Total bayaran adalah RM2,344.00 untuk 2dewasa dan 1kanak-kanak

Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket. 

Day 1 : Kuala Lumpur - Semporna

- Flight MAS MH2660 berlepas jam 0730pagi dari KLIA.
- Tiba di Tawau Airport pada jam 1020pagi.
- Mengambil kereta sewa di airport.
- Isi minyak full tank. (RM50.00)
- Makan tengah hari dibandar Bandar Sri Indah. (RM30.00)
- Menuju ke Pekan Semporna.
- Check-in homestay.
- Menuju ke Bukit Tengkorak, hiking untuk sunset sightseen. (Percuma)
- Makan Malam di Pekan Semporna (RM30.00)

Total of Day 1 : RM110.00

Day 2 : Island Tour

- Sarapan pagi di homestay
- Menuju ke Jeti Pelancongan. Parking percuma
- Hiking di Bohey Dulang
- Sightseen Mantabuan
- Snorkeling di Sibuan Island dan lunch .
- Balik ke jeti 
- Makan malam (RM50.00)

Total of Day 2 : RM50.00

Day 3 : Island Tour - Tawau

- Sarapan pagi di homestay
- Membeli barangan runcit (RM20.00)
- Menuju ke Jeti Perlancongan. Parking Percuma
- OOTD di Timba-timba
- Snorkeling, sightseen dan lunch di Mataking
- Special Landing di Pom-pom Resort Island dan Corla Snorkeling.
- Menuju balik ke Jeti
- Check-out homestay dan menuju ke Bandar Tawau.
- Top-up minyak (RM20.00)
- Makan malam seafood di Restoran Titingan (RM100)

Total of Day 3 : RM140.00

Day 4 : Tawau - Kuala Lumpur

- Menuju ke pasar pagi Tawau Sabindo.
- Shopping di UTC Tawau (RM150)
- Check-put homestay dan menuju ke Airport
Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.


This is Awesome!

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum. Very good sharing. Boleh encik share contact number untuk booking pakej Island Tour?

Thanks in advance.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang