Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Entry kali ini pasal perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang taknak overbudget bila dah sampai Hatyai walaupun rata-rata cakap murah.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, grab, tuktuk, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat Hatyai, makanan Halal sebenarnya mudah didapati disana, jadi saya tak bawa bekalan makanan

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar. Saya tak hired Tuktuk seharian, saya naik grab dna menaiki Tuktuk untuk ke oneway destinasi sahaja. 


Ayuh mari saya ceritakan bagaimana pengalaman dan cara-cara nak pandu masuk dengan kereta melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam.

Untuk pandu masuk dengan kereta, korang kena kena ada ini sebelum menuju ke Immigresen Malaysia BKH.

1. Insuran Kereta - Insuran ini boleh dibeli dengan agent GoThai atau mana-mana agent bertauliah. Harga insuran adalah RM90.00 termasuk whitecard untuk 3orang. Masa ambil korang akan dapat insuran, geran temporary (TM2) dan whitecard setiap penumpang.

Kalau korang nak senang dan tenang pandu masuk ke Thailand, korang boleh guna service GoThai.my ni. Macam saya cerita entry kat atas, pembelian GoThai ni cepat, murah dan senang. Hanya whatsapp guna saja dah boleh buat booking insuran untuk kereta kita. Boleh pilih jugak pakej insuran mana yang kita nak. GoThai.my ni uruskan dari insuran serta dokumen dokumen yang diperlukan untuk memasuki ke Thailand. 

Yang lagi best, respond daripada GoThai.my ni cepat... kalau nak tanya soalan dorang respond saja. Korang boleh dapatkan GoThai Insuran dan Dokumen Pass ke Thailand disini

2. Salinan Geran Kereta - Salinan geran ni wajib ada. Tak perlu bawa original pun. Owner kena ada juga dalam kereta tu. Kalau kereta sewa atau kereta lain, kena ada satu surat pemilikan kereta dan dapatkan cop di balai polis Changloon. Berkemungkinan  geran original diperlukan kalau owner tiada bersama.

3. Sijil Vaksin Covid-19 - Tidak lagi diperlukan oleh Imigresen Thai. Dorang dah memansuhkan pada bulan September 2022.

Itu saja benda yang kena ready sebelum masuk Thai, semuanya boleh buat online saja bro.

Day 1

Semasa blog ini ditulis, pertukaran matawang 1THB=MYR0.12 (Atau lebih mudah apa-apa nilai THB dibahagikan kepada 8)

Seawal jam 5.00pagi saya mula bertolak dari Hulu Langat terus menuju ke Bukit Kayu Hitam, singgah Petronas isi minyak dan solat subuh di RNR. Breakfast pun kopi-kopi dalam kereta saja pasal nak kasi clear perut untuk santapan tengah hari di Hatyai.

Alhamdulillah trafik lancar saja sepanjang perjalanan, singgah kejap di office GoThai untuk pickup insuran dan TM2 form dan beli Simkad Thai harga RM20. Simkad ini unlimited data untuk 7hari. Nice brada!  Masa saya pergi tu hari Khamis, jadi Immigresen BKH tak ada orang sangat pun. Cop passport Malaysia dan pemeriksaan Kastam. Clean and clear to go.

Tiba di Immigresen Thai, anda tak perlu turun pun untuk cop passport. Follow saja signboard kereta nanti ada laa pegawai Thai assist masuk lorong mana. Masa cop passport Thai tu passanger kena turun hanya untuk ambil gambar pengesahan. Semua orang kena amik gambar pada webcam dia. Tak rumit pun.




Dah siap cop, bawa kereta ke tempat Kastam Thai, follow juga signboard kereta. Ini owner kena turun dan bawa bersama surat TM2 iaitu geran temporary untuk bawa masuk kereta. Macam mana nak dapat ini? Geran temporary ini dapat masa register insuran GoThai diatas tadi. 

Tak lama pun beratur, hanya serah borang TM2, lepas tu dia akan bagi balik satu slip untuk keluar dari Thailand nanti. Slip ni jangan hilangkan. Simpan untuk cop keluar nanti. Tak ada slip kereta tak leh kuar Thai.

Settle semua imigresen ni lebih kurang 15minit saja ja pun. Set GPS menuju terus ke bandar Hatyai. Internet yang saya beli tu memang laju. Speed dia not bad ada coverage dimana-mana saja. Kalau korang nak insta ke nak live boleh guna simkad thai ni.

Drive saja macam biasa. Kat sini laluan utama dia double lane, speed limit tak ditetapkan tapi harus berhati-hati kerana, jika berlaku kemalangan, biasanya yang kenderaan besar salah walaupun anda yang betul. Huhuhuhu.... RNR tepi jalan tak ade, kalau nak terkucil ke berak ke korang carilah kedai makan atau surau. 

Perjalanan dari Sadao Imigresen hanya mengambil masa lebih kurang 50minit saja nak sampai bandar Hatyai. Bandar dia agak besar tapi tak serabut. Motor pun tak banyak, tak macam Bangkok dengan Ho Chi Minh. Senang aje nak pandu cilok-cilok. 


Orang cakap, parking di Hatyai ni free, cuma parking kena masuk dalam kotak. Kalau dalam bandar tu, elakkan parking tepi jalan. Memang kena claim. Kalau tak ada pilihan naik TukTuk, cuba cari hotel, parking dalam hotel. Murah aja pun dalam 20-50THB saja per entry. 

First trip saya singgah lunch dulu di Tamrab Restaurant, pasal dia on the way nak ke Cable Car. Kedai ni ada jual makanan nasi campur, sup dengan roti canai. Pelik sikit kedai ni pasal kena tukar kupon dulu. Tukar aja 200THB, ada lebih boleh refund balik apa ada hal kan.

Makanan dia not bad, harga murah sikit dari Malaysia. Waktu tengahhari ni tak ramai sangat orang. Selesa laa juga dapat laa pinjam tandas kejap. Tandas dia agak rare!



Next terus menuju ke Cable Car Hatyai, kononnya nak try naik cable car tengok view Hatyai. Sebenarnya jalan naik cable car ni macam nak naik gunung Jerai jek, tapi tak tinggi mana pun. Sampai tempat parking, korang boleh lepak sekitar kawasan ni. Cuma tima saya pergi tu, cable car tutup untuk maintenance selama sebulan. Aduhhhh rugi pulak. Tak apa lah kita layan aje laa view tengok bandar dari sini sambil ootd.

Kebanyakkan bukit-bukit tinggi ni ada patung Budhha besar, korang jangan nak ralat pasal kita ni duk negeri orang. Ada banyak je masjid kat Songkla ni, tap saja mosque dalam google map ada banyak laa panduan masjid. Sama macam Hong Kong, atas gunung mesti ada tuhan dia.





Ketiak pun dah berkuah, maka saya drive turun singgah Lotus's sebelum checkin in. Apsal nak gi Lotus's? KL pun banyak. Hewhewhew.... korang datang sini tengok barang apa yang boleh beli terutama kopi, megi atau barang-barang make-up. Nescaya korang kana berterima kasih kelak.

Wife saya cakap barang kosmetik lagi murah dari Malaysia. Mungkin pembuatan atau kilang buat kat Thai, makan tax dengan kos shipping mur-mur. Saya pulak dok tengok section kopi, dapat laa sambar Nescafe Black Roast dengan Espresso yang harganya lagi murah dari Lotus's kita. Mana nak dapat mat satu balang nes harga RM8.00. Beli jangan tak beli. Ni baru Lotus's belum lagi 7 Eleven lagi.


Damage pertama sudah settle di Lotus's, maka kami terus check-in di Monkham Village Hatyai. Hotel ini bukan hotel dalam pusat bandar, tapi saya pilih disini supaya taknak crowded dalam town tu. Lepas tu hotel ni facilities dia terbaik dengan kolam renangnya, gym, parking banyak, yang penting harga dia RM130/malam. Siap dengan breakfast tapi breakfast dia non-halal bermula jam 7pagi sampai 1tgh hari. Ya geng sampai tengah hari breakfast dia. Punya laa pemurah.




Mandi, rehat solat dulu di hotel. Siap-siap menuju ke Central Festival semetara menunggu ASEAN Night Market bukak. Kami naik grab saja ke sana dengan bayaran 77THB. Kat sini saya hanya nak beli Starbucks Mug Thailand. 

Central Festival ni adalah shopping mall terbesar di Hatyai. Agak besar laa jugak kalau nak jalan habis separuh hari. Tapi saya singgah starbucks saja dan ternyata kecewa pasal mug yang saya nak tu tak ada kat sini. Adusss rugi!





Tak apa kita sambung cuci mata dalam mall ni dulu sambil sejukkan badan. MAsa tunggu wife masuk kedai ala-ala Sephora tu, ada event Toyota Thai. Masa ni dorang tengah buat sales Toyota Yaris Ativ, macam sedan segmen B ganti Vios. Smart jugak design dia jauh beza dengan Vios ala bacis saja. Harga pun nak sama macam malaysia jugak. Layan saja gambar yang saya share ni. Mana tau tahun depan masuk Malaysia.




Okeh waktu dah cukup, perut dah lapar, kami jalan kaki saja ke ASEAN Night Market (ANM) untuk dinner. Kat sini makan dia heaven bro. Ground floor orang jual baju, topi, macam ala-ala uptown, tingkat 1 ni semua makanan. 

Walaupun kawasan jual makanan ni tak besar, tapi cukup untuk buat korang kekenyangan tanpa koyakkan poket. Majoriti peniaga disini menjual makanan halal. Korang boleh cuba makan udang sotong bakar, laksa thai, nasi komok, banana crepe ahhhh macam macam lagi la. Tengok aja laa gambar. Pasla harga tu saya letak setiap main course lebih kurang THB50-70 saja. Nak cerita pasal yang best tu banyak sangat, korang pergi je laa nanti ye.

Settle saja makan turun bawah untuk layan shopping. Bagi yang nak cari jersey, korang beli kat sini, gred AAA, copy player issue harga dalam RM30 saja, rantau panjang jual RM50 player issue ye. T-shirt thailand ni THB80, tshirt motogp dengan jersey yamaha honda yang korang buat ride pun bermula THB80, makin besor saiz naik sikit pergi ke THB 120. Tapi semuanya ini boleh kurang punya.

Gentle saya cakap, souvenir kat ANM ni lagi murah berbanding kedai souvenir Kaysorn. Ya pasal di market ANM ni korang beli banyak lagi dapat tawar harga. Banyak kedai dan banyak pilihan. Maka beli saja kat sini bro.











Settle makan dengan shopping, abang tapau kerabu megi bawak balik bilik. Naik grab THB77 terus sampai hotel. Ada surrrr...

Kalau korang nak senang dan tenang pandu masuk ke Thailand, korang boleh guna service GoThai.my ni. Macam saya cerita entry kat atas, pembelian GoThai ni cepat, murah dan senang. Hanya whatsapp guna saja dah boleh buat booking insuran untuk kereta kita. Boleh pilih jugak pakej insuran mana yang kita nak. GoThai.my ni uruskan dari insuran serta dokumen dokumen yang diperlukan untuk memasuki ke Thailand. 

Yang lagi best, respond daripada GoThai.my ni cepat... kalau nak tanya soalan dorang respond saja. Korang boleh dapatkan GoThai Insuran dan Dokumen Pass ke Thailand disini



Sambung pada Day 2. 

Comments

Percutian Bajet Murah

Medan Indonesia - Jom berkenalan dengan saye.


Salam Tuan/Puan semua - Saye suka dengan forum ni.

Jom bercuti ke Medan dan Lake Toba - Indonesia bersama saye Rudi Pemandu Pelancongan Medan Berpengalaman dan Berlesen.

Jika tuan/puan nak tahu information mengenai Percutian Medan Lake Toba sila klik laman dibawah ini:

https://www.bercutikemedan.blogspot.com

Kos yang saye bagi pun sangat berpatutan sebab saye Pemandu Pelancongan di Bandar Medan dan layanan yang saye bagi semua halalan toyyiban.... WhatsApp +6281353269776

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam