Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 2

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 2

Pagi kedua agak mendung, kami bersiap awal untuk sarap pagi di Chabura Dimsum. Restoran ni agak popular dikalangan orang Malaysia pasal harga murah dan sedap. Betul ker ni? Jadi seawal jam 720pagi waktu local thai kami dah bertolak ke Restoran Chabura ini. 

Saya drive kereta kesana, bila sampai akan ada seorang polis guide untuk bawa kita parking ke kawasan parking restoran. Jangan parking sembarangan nanti kena clamp tayar. Datang awal ada aje parking, korang datang pukul 9 menapak laa jalan jauh. Tu belum cerita kena beratur lagi. Untuk kesini korang boleh Google maps dengan carian Dimsum Chabura.

Nasib, bila sampai tak perlu beratur. Terus masuk tempat duduk dan amik order. Kat sini menu utama dia adalah dimsum yang berharga 20THB (kecik) dan 50THB (besar). Untuk first time, awek waiter tu suruh kami try Gyoza, harga dia 120THB. Ape benda tu? Dia pun tunjuk gambar macam ala-ala karipap. Entah nak explain panjang pun tak reti, korang tengok laa gambarnya. Serius abam tapau dua set terus. Memang sedap geng!

Antara menu yang ada ni segala roti canai, nasi kerabu, daging bakar lepas tu nasi-nasi ala thai. Pasal nak makan dimsum, jadi korang tak order pun nasi, kami order roti canai dan terus pilih dimsum. 

Korang amik saja dimsum kat tengah-tengah tu, susun elok-elok dalam dulang lepas tu bagi ke waiter untuk dirang stimkan dimsum tu. Ada bahagian tepi tu port untuk roti kukus, amik jugak untuk kasi mantop!



Biasanya kedai viral ni biasa-biasa sajakan. Ternyata sangkaan saya meleset. Bagi saya, Dimsum di Chabura ni memang sedap. Damage pun tak banyak. Serius kena datang awal, boleh tengok orang beratur tu dia kalah Nasi Kandar Kampung Melayu bang.... Abis dah murah, sedap orang memang tunggu punya la.


Dah habis sarap, kami terus menuju ke Chang Puak Camp, tempat orang naik gajah. Tak jauh pun, on kan saja google maps dengan carian Chang Puak Camp. Nanti laluan masuk dia tu memang jalan kampung kecik. Jangan risau sesat, pasal tu memang laluan dia. Jangan korang singgah rumah orang sudah.

Chang Puak Camp tidak mengenakan sebarang bayaran nak masuk lepak. Cuma kalau nak naik gajah tu bayaran dia 500THB, ATV 500THB, Elephant / Monkey Show 300THB. 

Orang cakap tak rare laa kalau datang sini tak naik gajah. Tapi bila tengok dengan pikirkan balik, kesian pulak gajah-gajah tu. Jadi kami tak naik, kita bagi tips makan saja ke gajah-gajah ni. Kesian nak nak kena angkut kami berat-berat ni. 

Nak naik ATV pun nak kena basah lencun, jadi saya pilih tengok show gajah main bola aje. Damage THB300. Shooting range tutup, pastu ada mini zoo... tang mini zoo ni korang tak yah amik lah. Kecik je pun sangkar besar kontena aje. Tu pun kena bayar 100THB.


Show gajah mengambil masa lebih kurang 30minit. Dalam ni kebetulan ada rombongan anak-anak tadika Thai. Seronok tengok dorang gajah live depan mata siap boleh sentuh lagi. Tapi apa yang saya perhatikan, gajah ni memang memahami manusia. Tuan dia tu bercakap-cakap kat telinga gajah dan macam faham aja gajah tu. ikut arahan tuannya. Berapa lama laa dorang nak train dan berapa lama laa gajah ni kena tibai. Entah lah ye.



Memandangkan cuaca pun mendung, kami terus ke Pantai Samila. Tujuan ke pantai ni sebagai tanda hadir dibahagian Songkla. Pantai dia biasa saja, lawa lagi pantai-pantai di Terengganu dan Kuantan. 

Korang boleh parking kereta di kawasan park kereta atau nak lebih mudah depan Restoran Subaidah Samila. Korang boleh cari dalam google maps dengan carian Subaidah Restoran Halal. Waktu kami datang ni dah lunch time, tapi pasal makan pagi tadi agak heavy, jadi lunch skip dan simpan untuk floating market. 




Layan angin pantai sambil makan aiskrim pulut tepi jalan. Seberang jalan ni ada Amazon Cafe. Ramai orang cakap try tapi tak semestinya disini, pasal Amazon Cafe adalah rangkaian kedai kopi paling banyak di Thai. Starbucks pun tak leh lawan. Kiranya Amazon Cafe ni kopi paling berjaya lah di Thai pasal mempunyai franchise sebanyak 3000+. Nanti lah saya buat cerita lain pasal Amazon Cafe yang amaze ni!


Ajak Nazril bergambar dengan patung Mermaid di Samila sebagai tanda hadir, terus berlari menuju ke kereta pasal dah hujan renyai. 

Jika anda ada anak, ambillah gambar pada satu-satu tempat landmark supaya bila dia besar nanti, jika ada rezeki dia mungkin akan datang lagi bersama orang lain. Pada waktu itu, dia akan ingat bahawa dia pernah sampai tempat itu bersama anda. Itulah kenangan yang tidak boleh dibeli walaupun nampak biasa sahaja.

Hujan mula membasahi bumi Thai, betul orang cakap, bila datang bulan 10 ni kerap hujan pada belah utara. Jadi rancang perjalanan anda, elakkan datang bulan 12 dan 1 pasal nanti kerap banjir. Hujan di Thai lain macam sikit, hujan lebat sekejap tapi mampu tengelam jalan.

Saya drive menuju ke Klong Hae Floating Market dalam keadaan hujan lebat. Terpaksa perlahan kerana beberapa laluan lebuhrayanya dinaiki air macam banjir. Boleh lalu dan boleh redah tapi jangan speeding.

Bila dah tiba di floating market, hujan masih tidak memberi signal untuk berhenti. Masih lagi lebat dan tak berenti. Floating market ni bukak pada hari Jumaat - Ahad, pada jam 1petang hingga 9malam. Walau saya dah tiba jam 2petang, tapi tak ramai orang sampai mungkin disebabkan hujan. 

Lebih kurang 40minit tunggu, masih tiada harapan, cuaca tidak mengizinkan untuk kami lepak di floating market. Jadi kami cancel kan saja terus menuju ke bandar Hatyai, tak jauh pun dalam 20minit saja.

Next trip Greenway Nightmarket, bukak jam 4petang sampai 10malam. Jadi saya plan singgah 7 Eleven dulu untuk membeli hasil-hasil tuaian. Kat sini, 7 Eleven memang banyak, jadi saya cari kat mana 7 Eleven yang besar. Antara 7E yang besar ini terletak di Jalan Kanjanavanish, lebih mudah  korang klik je link kat sini.

Dalam ni memang banyak stok yang korang suka kirim tu, CP Food bersepah, kopi, air kotak, jajan memang full stok saja. Tak ada yang kehabisan. Roti pun banyak. Rata-rata makanan dalam 7E Hatyai ni memang jenis halal. Ada logo Halal tanpa was-was. Belilah korang sampai senget kereta. Pun salah satu sebab kenapa saya nak drive masuk ke Thai, pasal senang nak angkut-angkut barang lepas tu bebas mana korang nak pergi. Ni adalah antara yang dijual dalam 7E Thai.




Dah habis borong, terus balik ke hotel untuk rehat dan solat. Pasal hujan renyai lagi, jadi aktiviti mandi kolam dibatalkan, bagi Nazril mandi dalam bathtub saja. Kesian-kesian-kesian.

Bila dah petang, Alhamdulillah cuaca macam mula bagi peluang untuk berjalan. Saya dah malas drive pasal susah nak dapat parking dalam town. Jadi order grab saja menuju ke Greenway Night Market. Harga grab 100THB, mahai sikit pasal hujan dan waktu orang balik kerja, Biasanya 77THB je.

Greenway Night Market ni macam ASEAN Night Market. Cuma baju dia ni up sikit. Dia tak jual sangat baju ala thai tapi lebih kepada fashionable, bundle dengan barang toys collection. Harga pun rasanya mahal sikit dari ASEAN Nightmarket. Baju bundle dia agak smart bro, macam vintage baru saja. Harga pun 100THB. 






Kat sini pun dah ada tempat makan, ada banyak food vendor dalam ni yang lebih selesa berbanding ASEAN Night market. Cuma vendor makanan halal tu tak banyak. Nak beli tu tengok kedai dulu ye kak jangan main sebat saja.

Habis pusing dalam ni, kami decide nak pergi ke Lee Garden Night Market. Sambar Tuktuk tempat waiting Taxi tu, harga 100THB untuk 3orang per trip. Plan nak dinner saja kat Lee Garden Night Market. 


Yang saya tahu, Lee Garden Night Market ni bukak pada hari Jumaat - Ahad, jam 5.00pm - 10.00pm sahaja. Tak bukak hari-hari. Naik tuktuk seram jugak, dia drive fuhhh habis cilok lepas tu brake pun hujung-hujung. Macam roller coaster dah.

Bila sampai kat sini, memang ramai orang, ramai jugak orang dah mula berniaga terutama orang jual makanan. Pasar malam kat sini panjang ikut laluan jalan raya. Dorang berniaga tepi kaki lima saja macam pasar malam Ho Chi Minh tu. Kita cuci mata dulu untuk 1st trip tengok apa yang murah apa yang nak makan.

Hujan mula turun daaa...









Masuk berteduh laa kejap dalam Starbucks Odean Mall nyambil beli Starbucks Mug. Jenguk keluar macam masih tak ada tanda untuk berenti. Kami ada bawa payung dan redah jalan balik ke depan hotel Lee Garden. Ternyata meja makan clear habis basah. Tak cantik nak dinner kat sini. Tukar plan, amik Tuktuk jalan terus ke ASEAN Night Market. 100THB per trip untuk 3orang. Dalam tuktuk tu kami 3 beranak saja, suruh drive slow-slow sikit. 

Sampai ASEAN Nightmarket, tu dia memang meriah dengan orang Malaysia. Dah macam kat Danau Kota pulak. Tak cakap banyak, abang terus naik tingkat 1 cari meja kosong. Macam dah tau perut pun dah start buat riot, ada slot meja untuk kami, wife terus rancak pi order laksa siam, udang bakar, satay ayam dengan banana crepe. Fuhhh walau dinner dalam hujan, nikmat dapat layan makanan panas-panas ni memang awesome!

Laksa siam dia tak pedas, jadi Nazril pun layan makan laksa dengan banana crepe. Udang dia mat, tengok aja laa sendiri. Sebekas tu 100THB saja, beli 2 bekas pun dah cukup kenyang beb. Tak payah nak topup nasik. Saya topup beli kerabu megi yang pedas dia tu macam kena penampar.




Settle makan, sambung cuci mata dengan layan beli souvenir kat sini sikit, saya amik grab untuk balik ke hotel pasal sedikit jauh. Naik grab senang dia follow saja maps. Harga grab 77THB sahaja, naik Hilux Thai beb. Hilux lowed. 

Mandi bersihkan badan, lepak layan nes black roast panas pastu tido.

Sambung ke Day 3 

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1
Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 2
Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 3

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang