Don Don Donki - Bukit Bintang KL

Don Don Donki - Bukit Bintang KL

Weekend baru saya dengan Nazril saja jalan-jalan area Bukit Bintang. Dah lama dia duk mengajak nak lalu dekat Bukit Bintang Crossing macam ala-ala Shibuya tu. Pergi pulak hari Sabtu memang nampak happening orang duk lalu lalang. 

Sambil duk galak melintas jalan, saya ajak dia masuk ke Don Don Donki, pasal dia sendiri asik duk tengok dalam Youtube aje kedai Don Don Donki ni.

Maka masuklah kami ke dalam kedai ni. Kedai ni ada 2tingkat, entrance dia tingkat 2 ye, exit ground floor. Pastu kedai ni bukak 24jam, korang tak yah risau bila kedai ni tutup.

Apa ada dalam kedai Don Don Donki ni? Kedai ini adalah kedai serbaneka atau kedai grocery yang popular di Jepun. Nama dia di Jepun adalah Don Quijote. Ada banyak area Tokyo dan Shibuya, kalau kita ni macam kedai Cold Storage dengan Giant lah. 







Ada banyak barangan runcit dan juga fresh meat. Kalau tempat coffee tu, heaven betul. Hampir kesemua kopi jepun dia ada cuma korang kena sediakan duit saja laa yer. Hahahahaa



Kalau pegi bahagian air tu, hampir kesemua laa air jenis jepun ada. Siap ada pepsi dengan coke versi Jepun juga bang. Mana-mana collector boleh ler try singgah tengok coke edisi japan. Kot ada yang tertinggal ke.

Ada juga Halal Section, kebiasaannya halal section ini ditandakan dengan rak hijau dan sticket halal yang berwarna hijau. Menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam wajib untuk memakan dan meminum makanan Halal, oleh tu, jangan korang main sebat saja makan dalam ni yer. Dikhuatiri kandungan lain tu adalah jenis non-halal yer. 




Tingkat 2 dia ni food section. Memang tergoda betul, bau masakan dengan sushi dia pehhhh mampu meleleh. Kalau kat Tokyo ni selamba je saya duduk skali... hewhewhew. 

Sushi dia mahal sikit laa berbanding dnegan sushi Aeon. Saya tak beli pun, rasa rugi nak masuk perut harga sushi yang mahal. Hanya lalu layan feel dalam kedai ajo.




Dek kerana di Jepun ni tanah adalah terhad, jadi jarang ada kedai grocery mega macam Lotus's, Aeon Big dan Giant Hypermart melainkan kawasan luar bandar. Jadi dalam bandar ini, kebanyakkan Don Don Donki ni selit-selit dalam bangunan sedia ada malah susun atur dalam kedai dia pun rapat-rapat saja. Dengan iklan atas siling penuh tulisan diskaun, hapa pun tak faham.

Pandai Jonetz deco kedai mirip Don Quijote di Tokyo tu... kalau masuk sini memang rasa ada di Jepun, jadi kalau korang rindukan Tokyo tu, boleh ler masuk, dah tak yah masuk Daiso. Nanti tunggu Yodobashi pulak bukak kat sini.

Setakat ini ada 3 outlet Don Don Donki di Malaysia iaitu di Lot 10, Sunway Piram dan Tropicana Mall. Yang saya lawati weekend baru ni di Lot 10 pasal kebetulan duk lalu di Bukit Bintang Walk.

Kalau nak datang sini malas bawa kereta, korang boleh naik MRT dan stop di Bukit Bintang Station. Station ni adalah salah satu station paling dalam untuk MRT.

Boleh juga drive park sahaja dalam Lot10, lepas cuci mata dalam Don Don Donki, terus layan Damacus Arab kat seberang jalan nun... beratur panjang der.

This is Awesome... 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam