Central Park Manhattan NYC

Central Park Manhattan NYC

Kalau sebut pasal Central Park ni, mesti ramai yang tak tahu dan dan nak tahu apa benda ada kat Central Park NYC. Central Park Manhattan ni tidak asing kalau korang selalu tengok filem terutama masa kecik-kecik iaitu Home Alone, Spiderman lakokan Toby Maguire, John Wick pastu Madagascar 1.

Kebanyakkan filem dari US ni banyak dilakonkan disini kerana Central Park Manhattan adalah salah satu iconic NYC selain dari Times Square. Dari filem pergi ke series dan juga Macy's Parade pada Black Fridays.

Kalau korang nak tahu, Central Park NY ni sangat besar. Dari atas bangunan nampak aje macam petak segi empat sama, tapi kalau ikutkan jarak dari point hujung ke hujung adalah bersamaan 4km!!! Iya tuan-taun dari point A ke point B adalah 4km.

Jika rajin dan nak diet, korang boleh jalan kaki buat 1 pusingan taman berpetak ni dapat laa 10km. Lepas jogging terus makan nasi 2 pinggan.Kalau pusing ikut laluan dalam taman pun cecah 6miles (9.6km).

Walau saiznya besar, Central park ni belum menjadi taman dalam bandar paling besar didunia lagi. Besarnya taman ini mampu menempatkan sebuah Zoo, iaitu Central Park Zoo. Dalam cerita Madagascar to ade. Ada Summer Stage untuk buat concert. Ada beberapa tasik dan juga tasik tadahan air utama untuk bandar NY. Laluan kenderaan. Tugu peringatan Presiden Amerika dan Muzium pembinaan Manhanttan.

Tujuan pembinaan Central Park ini adalah bertujuaan untuk membekalkan keseimbangan ekosistem bandar New York yang pesat membangun serta membekalkan oksigen segar pada penduduk sekitar. Mahal, mengikut kajian terdapat beberapa spesis hidupan telah didaftarkan didalam taman ini sebagai penghuni tetap.

Pada musim sejuk, taman ini akan keputihan sepenuhnya macam cerita Frozen dan tasik yang membeku ini dijadikan tempat ice-skating bagi pengunjung taman.

Kalau ada modal, boleh cuba travel ke negara Uncle Sam pada bulan 12. Tengok suasana macam cerita Home Alone dulu-dulu.








Tulisan : Nazrul Akram
Photo : Google Map | Google Image

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam