Merancang Trip & Itinerary ke Scotland Selama 5 Hari

Merancang Trip & Itinerary ke Scotland Selama 5 Hari

Disebabkan ramai view post dan komen untuk mintak itinerary Scotland, maka saya buat satu sample draft untuk rujukan korang supaya korang boleh campur adukkan dengan itinerary korang sedia ada.

Sebenarnya, kebanyakkan orang kita pergi ke Scotland ada dua sebab, pertama kerana nak tengok vibes bandar dan natural negara Scotland tu sendiri dan kedua adalah nak perabihkan masa setelah shopping di London dan Manchester. 

Biasanya kalau trip tak pergi ke Paris, maka Scotland menjadi pilihan naik ke arah utara United Kingdom. Ternyata trip sebegini sedikit jimat tapi sangat berbaloi kerana dibentangkan dengan permandangan indah seperti yang kita tengok dalam movie Harry Potter, Star Wars, series Game of Thrones, Braveheart dan pastinya movie James Bond.

Malah, banyak istana dan bangunan lama boleh dilawati secara percuma di Scotland ini atas anjuran kerajaan bagi menggalakan orang untuk melihat sendiri keindahan Bumi Scotland yang sangat gah satu ketika dahulu.

Atas pemerhatian saya, kebanyakkan trip akan bermula dari Manchester atau pun London. Tapi Manchester paling popular kerana lebih dekat jika memandu. Walau tak suka Manchester, mesti akan singgah di Old Trafford untuk bergambar dengan 3 patung tu kan.

Jadi, rancangan itinerary ini saya akan share permulaan perjalanan dari bandar Manchester untuk senang korang membuat pengiraaan kelak selama 5 hari sahaja. Kalau nak lama korang tambah lah sendiri yer.

1. Mana Nak Pergi?

Set destinasi anda nak pergi. Turun dimana dan balik ke mana. Dalam rancangan ini, saya memilih untuk memandu dari Manchester dan puatah balik ke Manchester. Tiket ke Scotland lebih mahal jika nak bandingkan turun di Manchester, London atau Paris. Sebab jarang dengar orang Malaysia terbang terus ke Edinburg melainkan tiket tajaan atau tujuan rasmi. 

Jadi destinasi yang ditetapkan dalam perjalanan adalah :

    1.1 Glasgow
    1.2 Fort William
    1.3 Aderbeen 
    1.4 Dundee
    1.5 Edinburgh

2. Berapa hari nak pergi?

Ini bergantung kepada anda, jika anda jenis yang suka amik gambar ootd dan terburu-buru, anda boleh buat dalam masa 3 hari. Jika nak explore city dan attraction mungkin mengambil masa 5 ke 7 hari. Jika anda nak feels macam local people, maka anda memerlukan lebih kurang 2 minggu ke 3 minggu.

Jika cuti anda banyak, boleh ler bercuti lama-lama kan. Itu pun kalau boss luluskan cuti. Silap-silap balik kena lapik baju Hard Rock.

Saya memilih 5 hari kerana kekangan masa dan cuti yang terhad.

3. Penginapan?

Saya sangat gemar untuk stay dirumah atau guesthouse berbanding Hotel atau Hostel pasal, di rumah/guesthouse korang boleh rasa suasana penduduk tempatan. Facilities yang ditawarkan oleh sesetengah host tidak mengecewakan kadang-kala tuan rumah siap sediakan sarapan pagi untuk anda jika di negara Eropah.

Cuma, kelemahan guesthouse ini ianya terletak diluar kawasan akses public transport seperti tram/train. Jadi jika anda tidak menyewa kereta, ianya agak sukar. Ada juga didalam bandar, akan tetapi sukar pula untuk akses parking percuma. Jadi kena bayar parking kereta pula.

Kalau anda ada duit yang banyak, boleh menyewa hotel dan tidak perlu bersusahpayah untuk mencari gueshouse atau menyewa segala kenderaan. Hanya call driver dan tempah sahaja.

Hostel pula lebih sesuai kepada solo traveller, ada yang jenis suka budget dan suka bergaul. Tapi pendapat saya, jika korang travel berkumpulan atau bersama keluarga, adalah lebih baik menyewa guesthouse untuk privacy serta menjaga aurat ahli keluarga.

Lebih mudah menggunakan Airbnb, pasal masa booking tu biasanya tuan rumah akan mention berapa jarak dan masa untuk ke station train terdekat. Atau korang boleh text host untuk bertanya apa-apa pun.

4. Pengangkutan?

Memandu adalah pilihan terbaik ketika melawat negara Scotland kerana, Scotland adalah sebuah negara yang agak luas mempunyai banyak kawasan attraction luar kawasan bandar. Harga minyak pada tarikh blog ini ditulis adalah GBP1.4 untuk 1 liter. kalau convert jadi la RM6.72 seliter. Jadi jangan convert.. hahahaha....

Walaupun sistem pengangkutan Scotland agak cekap, tetapi ianya tidak setanding di London atau Paris. Jadi jika anda memilih kebergantungan pada public transport, maka anda akan terikat pada masa perjalanan samada bas ataupun keretapi.

Manakala jika anda memilih untuk memandu, anda perlu memahami aliran lampu isyarat didalam bandar kerana beberapa jalan raya akan berkongsi dengan tram terutama trafik light untuk tram. Sapa kena jalan dulu ye.

Bagi saya, jika nak berjalan di dalam bandar, elok guna public transport kerana harga parking agak mahal dan terhad. Malah anda juga dapat tengok city culture manusia di bandar Glasgow atau Edinburgh. 

5. Makanan?

Pandai-pandai bawa sendiri apa yang perlu. Percayalah, makanan halal di Scotland ada banyak, tak perlu risau.

Day 1 : Manchester - Glasgow (346km - 3jam30minit straight drive)

- Checkout dari guesthouse Manchester 
- Memandu menuju ke Bandar Glasgow 
- Berhenti sarapan pagi di Lake District National Park dan border Scotland England
- Sambung perjalanan ke bandar Glasgow
- Tiba di Bandar Glasgow -  Harry Potter Statue, Berjalan kaki sepanjang Leicester Square, shopping di Hard Rock Glasgow, berjalan kaki sepanjang Buchanan Street.
- Lunch di Nandos Glasgow / Sholeh Persian Restaurant
- Sambung jalan ke Kelvingrove Art Gallery (Harry Potter ootd) dan Botanic Garden.
- Menuju ke guesthouse di luar bandar Glasgow
- Rehat dan dinner di guesthouse.

Scotland England Border

Glasgow Mural

Glasgow Cathedral

Hard Rock Glasgow

Harry Potter Statue

Kelvingrove Art Gallery

Day 2 : Glasgow - Fort Williams (174km - 2jam 40minit straight drive)

- Checkout guesthouse 
- Memandu menuju je Firkin point
- Breakfast di Firkin Point Lake (James Bond Skyfall scene)
- Sambung drive menuju ke Glenfinnan Viaduct (Harry Potter Hogwarts Express scene)
- Jalan jalan sekitar Glenfinnan Viaduct & Glenfinnan Monument
- Menuju ke Pekan Fort William dan check-in
- Jalan jalan sekitar pekan Fort William dan layan cruise petang
- Dinner di guesthouse

Fort William Station

Firkin Point

James Bond Skyfall Scenary

Glenfinnan Viaduct

Fort William Castle

Day 3 : Fort Williams - Ben Nevis - Aberdeen (247km - 3jam30minit straight drive) 

- Briskwalk di Ben Nevis (Braveheart scene)
- Breakfast di Ben Nevis / guesthouse
- Checkout guesthouse dan menuju ke Aberdeen
- Jalan jalan di bandar Aberndeen dan lunch di Marmaris Restaurant / Nandos Aberdeen
- Melawat Aberdeen Islamic Center, Coastal Cove dan jalan jalan sekitar bandar Aberndeen
- Checkin guesthouse di Aberdeen
- Dinner di guesthouse

Ben Nevis

Ben Nevis

Aberdeen City

Aberdeen Mosque

Aberdeen Coastal

Aberdeen Coast Village

Day 4 : Aberdeen - Dundee - Edinburgh (202km -2jam15minit straight drive)

- Checkout guesthouse
- Menuju ke bandar Dundee untuk sarapan pagi
- Jalan jalan sekitar bundar Aberdeen (City Vibes) dan Dundee Law
- Sambung drive ke bandar Edinburgh
- Park di sekitar Edinburgh Castle
- Edinburgh Castle Tour, St.Giles Cathedral, jalan-jalan ke Royal Miles
- Lunch di bandar Edinburgh
- Shopping di Hard Rock Edinburgh, Mark & Spencers dan Primak.
- Check-in di Edinburgh guesthouse
- Dinner di guesthouse

Dundee - Dundee Law

Dundee City

Edinburgh Castle

Edinburgh New Town

Hard Rock Edinburgh 

Royal Miles Edinburgh 

Edinburgh New Town

Edinburgh New Town

Day 5 : Edinburgh City - Manchester (350km - 4jam straight drive)

- Checkout guesthouse
- Breakfast di Dean Village, jalan jalan di Dean Village
- Sambung jalan jalan di Edinburgh New Town
- Coffee break di The Elephant Cafe (Harry Potter Birthplace)
- Jalan jalan sekitar Old Town dan Palace of Holyroodhouse
- Prepare untuk balik ke Manchester.

Dean Village

Dean Village

Old Town Edinburgh

Old Town Edinburgh

Old Town Edinburgh

Scott Monument Edinburgh

The Elephant Cafe

Palace of Holyroodhouse


Berikut adalah perjalanan bermula dari Bandar Manchester - Glasgow - Fort Willam - Aberdeen - Dundee - Edinburgh memakan jarak perjalanan hampir 1350km. Jauh bukan? Tapi belum cukup jauh lagi kalau nak dibandingkan jelajah negara-negara Eropah. 

Secara keseluruhan, saya akan mengesorkan waktu yang paling sesuai untuk melawat negara Scotland adalah waktu musim bunga. Waktu autumn menarik juga tapi hujan akan berlaku hampir setiap hari. Jadi tak seronok kalau nak berjalan kaki waktu hujan.

Bila masuk musim bunga, hujan agak sukar turun dan kita akan dapat meluangkan masa untuk lepak di taman dan juga selesa berjalan secara bebas. Malah pada waktu musim bunga juga korang akan dapat tengok banyak ladang dan kebun bunga yang cantik-cantik ditanam secara komersil sepanjang laluan nanti.

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam