Posts

Showing posts from June, 2023

5 Nasi Kandar Terbaik di Penang

Image
5 Nasi Kandar Terbaik di Penang Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Penang satu ketika dahulu, maka dalam darah ini telah mengalir darah kari mamak yang pastinya sukar untuk saya tolak jika diajak untuk makan nasi kandar. Setakat ini, ada banyak restoran nasi kandar yang ramai budak-budak insta dengan tiktokers serbu, dan tak pasal-pasal juga segelintir restoran ni terpaksa ditutup dek kerana laporan yang dibuat oleh BBNU katanya kedai tak hygiene. Kedai mamak tang mana nak hygiene woii... kedai makan atas longkang, belakang rumah kedai tu baru laa ada surrrrr.... kau nak hygiene pi laa makan nasi kandar dalam mydin wey...  tak pun aeon mall. Sini abam senaraikan 5 tempat nasi kandar yang korang boleh layan. Ada port lagi rahsia, saya tak nak share dalam ni karang tak pasal korang serbu pastu claim kedai tak hygiene. Tak pasai kedai tutup orang tak leh makan. Nak harom....  Jadi abam kasi yang ni saja dulu untuk korang layan. 1. Nasi Kandar Imigersen Dia tak dak kedai pun, dok

Tasik Chuzenji, Nikko Jepun

Image
Tasik Chuzenji, Nikko Jepun Baru ni sekali lagi saya terbang ke Tokyo. Kali ini bawa orang pula nak jalan-jalan ke Tokyo katanya. Nak shopping barang-barang streetwear. Dalam masa sama, saya cuba selit pada hari ketiga masa lawatan saya ke sana untuk melawat Nikko. Sebenarnya dalam plan masa datang dengan family baru ni macam nak pergi ke Nikko. Tapi disebabkan schedule pack, maka Nikko terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan Gundam Yokohama. Apa yang saya nak ceritakan di Nikko ni, memang best pergi ke Nikko pasal ianya tak macam berada di Jepun. Betul orang cakap, kalau nak melawat Jepun ni elok pergi ke kawasan pendalaman dia. Macam Nagano, Kyushu, Aomori dengan Nikko.  Saya bertolak seawal 5pagi dari Hotel Tavinos di Hamamatsucho. Jalan kaki dan naik Yamanote Line menuju ke Tokyo Station. Masa blog ini ditulis, Japan berada pada musim panas. Jadi waktu subuh masuk jam 0230pagi. Yeeeee 0230 pagi yerr... Matahari mula terbit jam 0430pagi. Jadi masa jam 0500 tu macam dah jam 0800pag

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...