Restoran Halal di Tokyo - Part 2

Restoran Halal di Tokyo - Part 2

Apabila mengunjungi negara bukan Islam seperti negara Jepun, persoalan pertama yang bermain dalam fikiran kita adalah tempat makan Halal. 

Adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai umat Islam untuk makan makanan yang halal. Jadi sebelum bertolak ke sesebuah negara, korang kena research dulu mana kedai makan halal dan mana kedai runcit yang menjual daging halal jika nak memasak.

Sehingga kini, Kerajaan Jepun amat menggalakkan pelancong muslim datang ke negaranya sebagai salah satu memperkenalkan budaya dan kebebasan beragama dalam negara Jepun. 

Ramai antara internet sensasi seperti Zunita, Yuhari dan lain-lain berkerjasama untuk mebawa naik jenama dan mempromosikan restoran halal di sekitar bandar utama Jepun.

Jadi bagi saya, tiada masalah untuk makan dan mencari restoran halal, hanya berpandukan Google Maps dan sedikit bacaan didalam blog.

Kalau korang jenis yang susah nak telan makanan asing, maka, korang terpaksa bawa segala rempah dengan makanan mentah dan masak sendiri di guesthouse. Tapi ingat, kesemua jenis bekalan dan bahan makanan mentah (selain daging mentah) mest idibuat Declaration pada bahagian Kastam. Kalau malas declare, makan saja di restoran. 

Datang negara orang, sesekali kita paksa tekak kita makan makanan dorang. Nanti balik kau telan laa belacan dua mangkuk tu.

Berikut adalah beberapa restoran halal yang saya kunjungi di bandar Tokyo :

1. Tendon Itsuki, Ginza

Restoran ini saya letak nombor satu pasal setakat ini, kedai inilah yang terbaik pernah saya kunjungi. Menu tempura dia tu perghhh memang menusuk kalbu. 

Restoran ini terletak tak jauh dari Ginza. Kalau naik train, boleh turun di Yurakucho (Yamanote Line). Lepas tu exit west dan menuju ke Ginza Inz mall bawah flyover.

Rata-rata makanan bermula dari harga JPY1000 - JPY1500 untuk satu set menu. Kalau tak cukup nasi boleh tambah pada harga JPY200.

Nak masuk kedai ni tak perlu buat reservation, cuma kalau datang waktu peak hour kena beratur laa yer.



2. Toribushi Halal Ramen, Ueno

Restoran ni saya makan masa waktu dinner selepas Disneyland Tour. Kedai ni terletak di Ueno, kalau nak dekat boleh naik Yamanote Line  dan turun di Station Okachimachi.

Kedai ni pun syaa rasa best jugak pasal menu utama dia adalah ramen. Kalau nak cuba masakan ramen versi Japan boleh datang ke sini. Kalau tak cukup dengan ramen, korang boleh top-up dengan nasi. Nasi dia pun best macam ala-ala nasi ayam chicken rice shop Malaysia.

Harga sedikit murah, bermula pada JPY800 hingga JPY1500 untuk semangkuk ramen atau nasi. Ada perlbagai pilihan macam nak ayam ke, ikan ke atau pun sotong. 

Nak masuk kedai ni tak perlu buat reservation, cuma kalau datang waktu peak hour kena beratur laa yer.



3. Yakiniku Panga, Ueno

Ini adalah satu-satunya kedai halal untuk makan daging wagyu di Jepun. Kedai ini diperkenalkan oleh Zunita dan terus viral dengan orang Malaysia. 

Kedai ini terletak di Ueno juga cuma sedikit jauh dari train station. Korang kena naik train Oedo Line dan turun di Station Shin-Okachimachi. Lepas tu kena jalan kaki sekitar 10minit. Korang guna exit A2 untuk dapat laluan pejalanan kaki berbumbung. Jadi kalau hujan tak perlu berpayung ye.

Harga dia memang keras mat. Nama lagi daging wagyu bro... set paling murah adalah JPY10000 dan boleh cecah JPY20000! Dalam set ni ada beberapa jenis daging wagyu macam dalam gambar. Korang kena grill sendiri ikut cita rasa korang. Kalau tak cukup nasi, korang boleh top-up nasik

Untuk makan di kedai ni, korang perlu membuat reservation didalam website mereka. Kalau takde reservation, dorang mungkin tak bagi korang masuk kerana full booking atau korang tunggu luar restoran jika ada orang cancel booking. 



4. Zero Two Nasi Kandar, Kanda

Ini adalah restoran rare yang pernah saya kunjungi di Jepun. Satu-satunya restoran nasi kandar di bandar Tokyo. 

Restoran ini terletak di Kanda, tak jauh dari Akihabara. Kalau naik Yamanote Line, turun di Kanda Station dan jalan kaki sekitar 10minit. 

Kedai ini famous dalam Tiktok, itu yang buat kami rasa nak pergi dan pekena nasi kandar versi Tokyo. Harga nasi kandar bermula JPY1100-JPY2000. Ada pakej untuk korang boleh pilih 2 ke 3 jenis topping seperti ayam, nasi atau pun sayur. 

Bagi saya, kari nasi kandar dia ni lebih kepada kuah kurma Malaysia. Jadi tak pedas dan boleh laa nak telan bagi hilang lapar. 

Kedai ni tak ramai orang pun, korang boleh datang bila-bila masa tak perlu membuat reservation.



5. Siddique Palace, Roppongi

Ni salah satu kedai pilihan saya pasal macam kena dengan tekak kalau perut dah tak lalu nak makan ramen atau nasi tempura. Apatah lagi makan kebab yer.

Jika korang duk main area Tokyo Tower di Roponggi, korang boleh jalan kaki sampai ke bawah Tokyo Tower tu. Restoran ini terletak dalam Tokyo Tower pada G Floor. Kalau datang lunch time, macam ramai jugak orang Jepun yang masuk kedai ni. Yelah mungkin pada tak banyak restoran dalam Tokyo Tower, maka dorang sebat aja mana ada. 

Restoran ini menghidangkan nasi seperti masakan arab, indian dan pakistan. Haritu saya order nasi chicken briyani, nasi dia macam nasi brasmati, penuh dengan rempah digaulkan dengan ayam masak skali dengan nasik tu. Perghhhhhh baru terasa kekenyangan yang padu.

Restoran ni juga menyediakan menu untuk kanak-kanak. Ada nasi portion kecik dengan masakan ala-ala barat, ada roti nan lepas tu roti garlic cicah dengan soup panas.

Harga setiap menu bermula pada JPY800 - JPY2000. Restoran ni ada bagi freeflow softdrink dengan tea and coffee free. Boleh laa nak buat rasa. Tapi saya sarankan, lepas makan, korang gi pekena kopu kedai Lawson dalam Tokyo Tower saja. Lagi sedap.

Tak perlu buat reservation untuk datang ke kedai ini. 




6. Uskudar, Shinjuku

Ini adalah salah sebuah kedai kebab yang tidak berapa popular kerana berada agak tersorok sedikit dari Shinjuku Station. 

Restoran ini terletak berhampiran dengan Shinjuku, korang guna Exit A10 dan jalan kaki terus. Kedai ni terletak pada tingkat 1. Nanti korang nampak laa signboard besar ada ditangga nak naik restoran ni.

Menu dia agak banyak juga dan ianya lebih kepada masakan Turkey. Setiap hidangan yang korang order akan dihidangkan dengan pumpkin soup boleh cicah dengan roti apptizer. Sebenarnya roti ni free, kalau korang rasa tak cukup korang boleh mintak lagi. 

Harga pada setiap menu bermula JPY1200 hingga JPY2500, agak mahal bagi kedai kebab biasa pasal dhidangan dorang ni complete dengan appetizer. 

Restoran ni agak sempit, jadi, korang perlu menunggu di tangga dan dari bawah kalau dah full house. Boleh datang walk-in tanpa buat reservation.




7. Oskar Kebab, Ueno

Kedai kebab paling terkenal dengan rakyat Malaysia. Pertama kali saya datang ke Jepun pun saya layan kedai ini makan kebab, lepas tu makan nasi kebab. Lepas tu dah tak leh telan dah.

Gerai ini terkenal pasal terletak tak jauh dari Station Ueno. Sekitar kawasan ini juga ada 2 lagi kedai kebab halal tapi tu korang google dan review sendiri. 

Kedai ni kalau nak rasa kenyang, korang boleh order grill chicken set with rice. Harga dia JPY900 sahaja. Kalau tak cukup nasi boleh beli nasi kosong harganya JPY150. 

Salah satu kedai ini popular pasal harganya murah dan nasi dia cukup untuk korang makan. Nasi dia ni macam nasi sushi, jenis nasi melekit dan mudah kenyang dan muak. Kalau korang tambah nasi ni saya memang respect habis.

Harga set makanan gerai ni bermula pada harga JPY500 - JPY1100. Memang murah setakat ini jika korang nak berjimat cermat. 

Dah nama gerai, tak perlu buat reservation dan terus beratur saja. Tempat duduk sangat-sangat limited yer. 



8. Luke's Lobster Shibuya

Ini saya boleh cakap kedai snack T20 bro... menu dia tak banyak pun, roti lobster dengan roti udang je. Tapi harga dia boleh tahan laa untuk sekeping roti lobster. Tapi bila kira balik, logik juga pasal harga lobster tu dah berapa kan.  

Sehingga kini, ada 4 cawangan Luke's Lobster, tapi yang saya kerap kunjungi adalah di Harajuku pasal bila dah jalan-jalan area cat street tu perut mudah lapar, lalu singgah gerai ini nak alas perut.

Seperti saya cakap tadi, menu dia hanya 3 saja, lobster, udang dan mix keduanya. Harga bermula JPY1200 - JPY2400 untuk roti dan lauk pauk nya. Mahal laa jugak kan, boleh kata sekeping sandiwch berharga hampir RM50 gaissss.

Kalau datang gerai ni pada weekend, agak ramai dan beratur mengambil masa lebih kurang 10-20minit



9. Mamo Turkish, Roppongi

Area di Roponggi ni seolah macam di kawasan Bukit Bintang KL aja pada waktu malam. Meriah dengan kedai makan dengan pub dan ada 2 kedia halal kat sini. 

Salah satunya adalah Mamo Turkish tak jauh dari Hard Roco\k Roppongi. Dah penat shopping kat Hard Rock, lintas jalan boleh pekena nasi kebab dengan roti arab. 

Disebabkan berada di kawasan tumpuan pelancong, harga makanan arab kat sini agak mahal berbanding di Ueno. Kalau nak laya nwaktu malam boleh pasal kedai ni tutup sehingga jam 12:00malam. 

Harga set menu bermula pada harga JPY1200 - JPY5000. Ada macam-macam dari roti, nasi, seafood, grill... korang tengok saja menu yang dorang ada. Pelayan kedai ni pernah bekerja di Malaysia. Kalau ajak borak pasal Malaysia dia tahu kat mana. 

Tak perlu buat reservation nak masuk kedai ni. Walau kedai kecik, tapi masih ada space untuk kita duduk. Orang tak minat nak makan kat sini, dorang makan dalam bistro & pub.



10. Siddiq Restaurant, Akihabara

Sekitar Akihabara ada beberapa kedai halal. Tapi masa saya pergi baru ni, kedai ramen tu tutup temporary kerana renovation. Jadi saya menghala ke sebuah restoran di Siddiq Restaurant. Kena jalan kaki dalam 10minit dari Akihabara Station.

Kedai ni lebih kepada masakan indian. Jangan risau, menunya masih halal dan terhad. Seolah macam tak banyak menu tapi nasi beriyani dia angkat mat.

Pada masa tu saya masih kenyang, saya hanya order Roti Nan dan kawan saya bantai makan nasi beriyani kambing. Saya try memang padu juga terasa habis rempah dorang ni. Tak perlu letak kuah pun.

Harga menu makanan bermula JPY1200 - JPY3000. Kalau tengok menu tu macam ada nasi beriyani, roti nan, kebab dengan roti pita. Kelakarnya, pekerja macam sorang aje. Dia laa amik order, dia laa buat, dia laa server, dia laa tukang amik bayaran. Power ahhh!

Pasal tak ramai dan almost tak ada orang, tak perlu buat pun reservation kat sini. Saya rasa kedai ni macam underrated. Masakan dia sedap jugak tapi tak popular dengan orang Malaysia. 



Sebenarnya ada banyak restoran dan gerai halal di Tokyo malah bandar-bandar lain di Jepun. Kita bukan hidup pada zaman 80-an dimana restoran halal agak sukar pada ketika itu. 

Ramai orang tanya, susah ke makanan kat sana, halal ke makanan kat sana. Jawapan saya, korang buka saja google maps dan typing saja wording Halal dalam carian di tempat korang nak pergi tu. Semuanya tersedia dan baca review dorang.

Jepun juga menyediakan 2 apps iaitu Hala Navi dan Hala Japan (Beta) untuk rujukan  bagi memudahkan pelancong dan penganut agama Islam mencari kedai halal serta mendapatkan sumber bahan mentah halal.

InsyAllah

This is awesome gais!

Comments

Anonymous said…
Entry yang menarik. Sometimes mind block bila
berada di negara luar.
Nazrul Akram said…
Currently dah tak susah nak cari makanan halal. Typing saja halal dalam google map. Then here you go!

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam