Kedai Kopi Buruk, Kuala Terengganu

Kedai Kopi Buruk, Kuala Terengganu

Baru ni masa saya bertugas di Terengganu saya ternampak sebuah kedai kopi yang agak rare dan awesome! Kedai kopi ini adalah Kedai Kopi Buruk.

Bukan saya yang namakan, tapi memang nama kedai tu adalah Kedai Kopi Buruk yang terletak di Kuala Terengganu. Dari luar tu memang nampak kedai kopi masa zaman 80-an, disebabkan tu jugak kut nama kedai kopi ni Kedai Kopi Buruk. Tapi jangkakan walau kedai buruk, kopinya tak sedap... dont judge the book by the cover, haaaaaaaaa...!

Apa yang menariknya suasana kedai ini adalah pemilik membawa anda merasai suasana dan pengalaman lepak minum kopi setikar zaman 80-an dulu-dulu, Teringat ikut arwah sidi pergi kedai kopi dekat dengan Masjid Besar KB. Ada satu kedai lebih kurang macam ni jugak. 

Peralatan hiasan dan meja yang digunakan juga menggunakan barang zaman dulu, contohnya meja, diubahsuai daripada meja mesin jahit Singer. Hiasan dinding pula memaparkan poster dan barangan hiasan dulu-dulu tak ubah macam rumah atuk kita. (Melainkan atuk korang owner Megah Holding.)

Masa saya singgah kat sini, saya pekena laksa, roti bakar dengan kopi nisan butter. Bukan batu nisan yerr... nisan dalam bahasa Terengganu adalah gula melaka. Kelantan panggil Nissan. Kawan saya cakap, next time cuba pekena Kopi Buruk, yang mana itu adalah kopi signature dorang. "Huhhhh lambak ngak mung nok kabor gu...!"

Dalam masa yang sama, ada juga kueh mueh untuk menu petang. Boleh tengok dalam gambar apa kueh yang ada. Kebanyakkanya dah habis, waktu makan pagi mungkin lebih meriah. 

Kedai ini beroperasi pada hari setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula pada jam 9.00pagi hingga 11malam. Jadi kalau ke Kuala Terengganu tu, ada port untuk lepak pekena kopi. Boleh lepak smapai malam. 

This is awesome gaisss!









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam