Jalan - Jalan ke Petrosains, Kuala Lumpur

Jalan - Jalan ke Petrosains, Kuala Lumpur

Bulan lepas saya bawa anak saya ke Petrosains buat pertama kali, selama ni asik duk tengok dalam FB dengan tiktok ajer tempat yang kanak-kanak boleh layan dalam KL ni.

Sebelum ni saya pernah bawa dorang ni, Nazril dengan sepupunya layan indoor thempark di Kidzania, so far not bad laa pasal ianya lebih kepada edutaiment. Jadi expectation saya untuk ke Petrosains ni agak tinggi juga pasal last masa saya sendiri pergi tu menarik.


Tiket Petrosains ni boleh dibeli secara online untuk mengelakkan buang masa beratur. Kalau beli online, korang terus boleh queue untuk scan QR code dan acces masuk terus. Harga tiket ni korang boleh klik link kat sini atau tengok gambar bawah ni.


Kalau beli walking, korang kena beratur dua kali, pertama beli tiket - itu pun kalau ada slot masuk pada hari dan waktu kejadian. Biasanya habislah. Beratur kedua pula untuk beratur masuk, bukan korang sja yang nak masuk yer.

Baca review saya pergi ke Kidzania disini

Dah beratur tu, kalau nak naik time capsule kena beratur lagi. Citernya memang laa nak naik kan, apa salahnya kalau online tu korang buh siap-siap dalam pakej tiket tu. Sudahnya habis masa duk beratur ajer chorr! Tiket time capsule tu RM5.00 aje pun.

Time capsule ni bagi saya menarik pasal ianya membawa anak-anak anda apa tujuan Petrosains ini dan inovasi yang telah Petronas laksanakan. Dalam capsule ni lebih kurang 10minit kalau tak silap. Dia bawa laa kita seolah time capsule dari zaman-zaman dulu hingga ke dunia kini.


Dulu, apa yang saya ingat dalam Petrosains ni ada platform oil & gas, yang masa dorang buat simulasi kita terbang dengan helikopter ke platform oil rig, lepas tu pameran bagaimana pekerja oil & gas bekerja, cabin tidur, tempat makan dan tempat gerudi minyak. Jadi saya mencari-cari juga dimana bahagian tu. 

Section pertama adalah Sparkz, yang mana anak-anak didedahkan dengan ciri permainan dengan mengasah minda untuk menyelesaikan masalah kubikal, visual illustration, pastu ada laa abang dengan kakak yang buat demo sains.


Part sini Nazril tak minat sangat, setakat main Lego layan laa mamat ni. Macam boring ajer kan. So kami ke next step. Haaaa kat sini nampak rupa platform oil & gas. Tapi........... mananya helikopter simulation tu? Apa yang saya nampak hanya pelantar gerudi dengan beberapa batang paip gerudi. 






Saya pusing-pusing dengan Nazril, ada part untuk main drone yang mana korang kena delivery package ke platform-platform yang ditentukan. Best jugak la pasal tak ada orang. So kami layan 2 3 kali mainan ni.

Dah puas main drone, saya bawa Nazril panjat naik platform, tingkat atas dia ni tunjuk laa macam mana proses pengerudian serta paip-paip yang digunakan untuk menyedut minyak keluar dari perut bumi. Saya habiskan masa lama sikit baca teknologi yang dihasilkan untuk proses carigali minyak ni. Menairk laa untuk baca tapi untuk kanak-kanak memang boring... huhuhuhu.


Bila turun saya tanya staf, kat mana tempat naik helikopter tu. Staff cakap dah lama tak ada dah, platform untuk pameran cabin crew pun dah tak ada dah.. Adussssss hancus harapan Nazril nak naik helikopter simulasi. Tak apa lah... ko belajar laaa rajin-rajin , nanti ko pergi ler naik helikopter betul.

Dengan penuh kecewa, section seterusnya memberikan sedikit senyuman iaitu section Speed. Kat sini mereka membawa anda pameran teknologi Formula 1. Fuhhh ini memang yang saya minat!


Dalam masa sama, dorang ada beberapa game yang anak-anak korang boleh layan, staf pun join anak korang untuk main game tersebut. Sambil dorang tengah main game, kita yang dewasa ni boleh ler tengok dengan lihat jentera Formula 1 scale 1:1 yang tergantung. Jadi kita boleh tengok dari dekat dan apa yang ada kat bawah kereta ni.

Sini memang best, dorang bawak sekali engine SPE 01A janaan V10 3.0L. Engine ini kalau tak silap saya digunakan sekitar tahun 2007 hingga 2010. Selepas tu FIA menukarkan V10 kepada V8 tapi dengan kuasa yang lebih besar. Walaubagaimanapun, engine V10 dalam gambar ini berkuasa 830 kuasa kuda. 

Selain engine, dorang ada tunjuk part-part yang digunakan dalam jentera Formula 1, salah satu contoh, baju pemandu, tempat duduk pemandu, steering kawalan dengan beberapa komponen penting dalam Formula 1. 


Ahhhh itu lain citer, saya ada nampak satu simulatior F1 yang pastinya tak ada orang masa tu. Jadi apa lagi, kita terus masuk. Setiap session hanya 3lap sahaja. Simrig ni best weeyyyy pasal dia ada gegaran. Kalah simrig ada kat rumah. Ini macam kalau main game GT dengan dak-dak ni mau boleh kurus bro!


Next section pula adalah kawasan rehat. Kat sini ada sebuah Cafe Mesra. Jadi boleh ler kalau nak rehat makan ker, minum ke atau solat sekejap. Ada kemudahan tandas dan surau dalam ni. No worries.





Sebenarnya, ada beberapa section lagi. Tapi bagi saya, ianya agak membosankan kerana ianya lebih untuk bacaan. Huhuhu kami malas membaca. Ianya lebih kepada teknologi Nano dan sains. Ada juga section untuk tayangan 4D. Yang ini ada slot masa dia, kalau tak silap saya setiap 1jam kot. Kena beratur nak masuk. Dorang counting head. Kalau penuh, tolak ke next session. Kami skip yang ni. Malas beratur dah.

Ada kawasan nama Tech Lab. Hummmm yang sini saya tak faham apa tujuaannya, tapi ada tempat yang mana ada sebuah robot AI. Robot ni kononnya akan ber-interaksi dengan anda menggunakan script yang anda gabungkan pada screen. Boring laa jugak. 

Tengah duk main dengan robot AI tu, tersempak laa dengan sepupu Nazril dari Johor. Huhuhu ada laa jadi geng.





Seterusnya, baru ada cerita pasal dinasour. Kenapa ada dinasor tiba-tiba..? Kat sini dorang mula bercerita bagaimana minyak ini terjadi. Jenuh wey nak menjawab soalan budak-budak. Dorang macam tak leh terima kenapa minyak ni dari dinasor. Sampai keluar soalan, dinasor ni ada minyak ke..? ke dinasor ni berminyak. Boleh jadi murung bro.


Dan part yang terakhir adalah Petrosains Shop. Maka berbelanja la korang dengan wang yang ada untuk membeli cenderahati. Kami macam biasa, beli magnet fridge sebanai tanda hadir pada tempat tersebut. Yang lain-lain boleh abaikan. Duit tarak!



Secara keseluruhannya, Petrosains ni biasa saja bagi saya. Tak berapa menarik walaupun untuk edutainment. Agak bosan untuk peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mungkin boleh dipertingkatkan lagi apa yang patut boleh membawa tarikan pada anak-anak. Nasib baik tiket murah. Kalau cecah seratus memang tak berbaloi ler.. Huhuhuhuhu

This is awesome gais... (awesome kan laa jugak. Support local product bro!)

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam