Posts

Showing posts from 2013

Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram

Image
Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram Alhamdullilah diucapkan pada Ilahi dengan rahmat dan kurnianya menganugerahkan hadiah yang bermakna pada keluarga kami. Isteri saya Nurhayatie Zulkiflee telah selamat melahirkan anak pertama kami pada 4 Disember 2013 jam 2.00pagi iaitu seorang baby boy yang comel di hospital Ampang. Kesihatan ibu dan baby sangat cemerlang dan gemilang dan mengharapkan dipermudahkan segalanya akan tetapi pada hari kedua doktor mengesahkan anak saya mengalami hypoglycemia dimana kadar gula dalam darah sangat rendah senhingga mencecah bacaan 1.4 . Oleh itu Muhamaad Nazril terpaksa ditahan di wad NICU kerana glukos beliau tidak stabil walaupun sudah diberi susu ibu. Pelbagai perkara yang bermain dalam pemikiran saya dan juga ibu pada minggu pertama baby dilahirkan kerana macam-macam doktor menjalankan prosedur perubatan. Sapa yang sanggup nak tengok anak yang masih kecil dan baru kena cucuk sana, cucuk sini.... Allah telah membantu kami,...

Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur

Image
Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur Week-end minggu lalu pegi jalan-jalan di Mid Valley bawak wife yang sememangnya dah sarat. Nak berjalan-jalan katenye.. Honestly kami memang dah lama tak pigi Mid Valley terutama level atas skali tempat GSC tu. Agak awesome pasal tempat tu dah berubah terutama Food court tu dah berpindah pigi bahagian yang lain tapi masih di level yang sama. Dalam nak masuk food court tu ada satu kedai simple tapi awesome iaitu kedai Express Teppan-Yaki. Korang mesti dah tau Teppanyaki nih kedai macam mana kan. Kedai pon dah nama Jepun so memang kedai nih Japanese-Style bak kata hang! Dekorasi dengan main menu confirm ala-ala Jepun. Apa yang saya nak highlight dekat korang bahawa kedai nih memang stylo-milo beb. Walaupun kedai nih berkongsi kawasan dengan area food court. Tapi dorang masih dapat idea untuk menghasilkan sebuah restoran lain dari yang lain. Keadaan kedai yang bersih dan perfect sepatutnya Express Teppan-Yaki ini boleh membuk...

Cycling for Syria

Image
Cycling for Syria Tengah syiokk lepak minum kt TTDI, ternampak laa sorang budak (student gamaknya) tengah promote satu program berbasikal yang dianjurkan oleh Unisel Shah Alam. Huuumm tak puashati pasal punya pasal, saya pun try google... Rupe-rupenya Unisel memang menganjurkan satu proram berbasikal yang dinamakan Cycling for Syria. Program ini bertujuan untuk membuat charity hasil dari duit pembayaran/yuran penyertaan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa seagama dengan kita di Syria. Harapnya betullah apa yang dorang buat nih dan dapat disalurkan ke organisasi yang betul. Tapi yang pastinya acara ini bukanlah jamboree mountainbike, ianya lebih kepada santai dan bersuka ria atau dengan erti kata lain ianya sekadar mencuci mata.. muhahahah Program ini akan berlangsung pada 30 November 2013 di Unisel Shah Alam dengan bayaran yuran RM40.00 sahaja. Syarat penyertaan adalah anda mesti mempunyai basikal, beca masih boleh diterima.

Straits Collection Boutique Hotel, Penang

Image
Straits Collection Boutique Hotel, Penang Sekarang hotel boutique memang banyak terutama di Penang dan Melaka. Mungkin pasal negeri ini mempunyai tarikan pelancong dari luar negara yang agak ramai. Tak dinafikan jugak Penang dan Melaka ini adala hsebuah bandar yang sangat best untuk jalan-jalan. Sebelum ini dah banyak entry yang saya upload mengenai kedai makan dan hotel-hotel awesome di Penang nih. So kali nih sekali lagi saya upload boutique hotel yang terletak di Armenian Street Georgetown iaitu Straits Collection. Hotel ini menggunakan bangunan asal dan telah diubahsuai sepenuhnya untuk menjadikan lebih menarik dan tertarik dari segi dekorasi moden. Untuk pengetahuan anda, Straits Collection ini bukanlah sebuah hotel semata-mata, ianya merangkumi beberapa buah apartment, bilik tidur, kedai-kedai, restoran & cafe, galeri seni dan juga perpustakaan mini. Bagi saya ini adalah sangat lengkap dengan idea yang sangat unik kerana pemilik Straits Collection ini berani ...

Grand Theft Auto : Vice City - For Andriod

Image
Grand Theft Auto : Vice City - For Andriod Okay apa yang saya paparkan ini bukanlah sebuah game yang up-to-date. Grand Theft Auto Vice City (GTA) ini adalah sebuah game yang awesome satu ketika dahulu.Saya main game nih pada PS2 dan ianya mampu membuatkan anda tak tidor malam.  Ok apa yang saya nak show-off pada entry kali ini adalah pihak Rockstar Games telah developed Grand Theft Auto Vice City ini untuk boleh dimainkan didalam tablet / smartphone anda. Game GTA Vice City ini boleh download di googleplay atau itunes dengan bayaran $4.99 sahaja.  Game ini dikeluarkan sempena ulangtahun yang ke-10 pihak Rockstar mengeluarkan game GTA ini setelah mendapat sambutan di seluruh dunia. Bezanya GTA Vice City Mobile ini anda tidak mempunyai joystick la, keseluruhan games hanya tertumpu pada touch screen sahaja. Pstt.... cheat also available dude! Pada website Rockstar, games GTA V akan dilancarkan pada hujung September tahun ini setelah ditambah baikkan pada bahagia...

Kedai Keropok Cap Kapal Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan

Image
Kedai Keropok Cap Kapal Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan Dah lama xupdate blog makan makan bro. walaupon entry kali nih bukanlah berkisarkan kedai makan, tapi rasanya ianya berkaitan dengan makan-makan jugak kot. Raya Aidilfitri baru nih saya singgah untuk beli keropok on the way nak ker pantai PCB. Haaa kedai nih menjual keropk keping dengan keropok batang. Nama kedai nih pulak adalah Kedai Keropok Ikan Kedai Buloh. Disini mereka juga jual produk macam sos pencicah dengan macam-macam keropok ikan lain. Kedai buloh nih adalah nama tempat ler, orang KB tahu laa dok mano Kedai Buloh nih. So sapa yang tak tahu dan nak tahu kat mana boleh refer map yang saya copy dari facebook mereka tu kat bawah. Mungkin agak susah sikit nak jumpa pasal ditersorok. Tapi anda boleh print map nih dan refer orang local. Keropok ikan sini memang dibuat sepenuhnya disini, anda boleh tengok orang tengah gentel-gentel kopok untuk dijual. Kiranya kilang pembikinan dan pemprosesan dilakukan disini dan ha...

Grand Theft Auto V

Image
Grand Theft Auto V Seriously Rockstar Games akan melancarkan perang habis-habis di pertengahan September ini iaitu dengan membuat pelancaran game terbaru mereka Grand Theft Auto V. Saya percaya para game PS3 dan Xbox 360 komepm terguling-guling nak layan games nih. Lebih menarik, GTA V kali ini menampilkan 3 watak gangster (Micheal, Trevor dan Franklin) dimana anda berpeluang untuk memainkan kesemua antara mereka. Ketiga-tiga mereka nih mempunyai rekod jenayah dan anda juga boleh tukar watak mereka dengan misi yang berlainan. GTA V nih lebih meng-focuskan misi-misi rompakan bank dan beberapa misi rompakan yang lain. Selain itu juga anda juga berpeluang untuk bermain tennis, base jumping, mountain biking dan juga golf dalam GTA V nih. Jika layan video klip dorang nih, pastinya korang tak senang duduk nak tunggu GTA V nih launch! Dari segi grafik, Rockstars Games juga telah menambah baik paparan grafik dan pacuan pemprosesan untuk menghasilkan grafik HD dan effect yang lebih real...

Aidilfitri 1 Syawal with Al-Imran Family

Image
Aidilfitri 1 Syawal with Al-Imran Family 1 Syawal yang datang sangat style pasal boleh makan breakfast dan makan sepuas hati bro... so masalah perut kempis dipagi hari tidak lagi berlaku. Mari kita menjadikan perut kita maju kedepan! Tahun ini kami ahli jemaah keluarga Al-Imran menyambut 1 Syawal dengan suasana makan habis-habisan dari pagi sampai ler dibawak ker petang. Walapon kami sangat kuat makan, tapi percayalah kami makan makanan yang berkhasiat beb... So setelah selesai makan-makan di pagi Syawal, kami habiskan masa dengan lepaking dan sesi collect duit raya... errr untuk budak-budak sahaja yawww.... Untuk bapak budak pulak boleh dikatakan sesi koyak rabak. Alhamdullilah tahun ini hampir kesemua ahli keluarga kami pulang berhari raya yang menjadikna suasana Hari Raya sangat gempak dan best. So esok kami akan proceed Family Day Al-Imran di Perdana Resort versi raya pulak... Selamat Hari Raya!

Iftar 29 Ramadhan Al-Imran

Image
Iftar 29 Ramadhan aAl-Imran Semalam telah berakhir Ramadhann al-Karim untuk tahun 1435Hijrah. Hampir kesemua ahli keluarga Al-Imran berkumpul untuk berbuka puasa dan meraikan pra hari raya. Malas nak typing panjang jela pasal esok nak raya, so disini saya sempat sharekan beberapa gambor untuk Iftar kami petang tadi sebagai penutup Ramadhan 1435Hijrah. Terima kasih kepada pokcik-mokcik yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh cemerlang! Kekalkan usaha anda. Esok hari raya, nantikan update raya dari keluarga al-Imran. Selamat Hari Raya!

Star Wars Parkour : Jedi Free Running

Image
Star Wars Parkour : Jedi Free Running Seriously, ini adalah sangat Awesome! Secara jujurnya saya memang minat dengan sukan ekstreme Parkour akan tetapi dan lebih malang lagi, susuk tubuh badan saya yang sasa nih tidak mampu nak buat parkour. Saya tidak tahu menahu bahawa dorang nih bergiat secara aktif untuk membuat video Parkour bertemakan filem hollywood seperti Assassin's Creed sebelum ini. Kali ini dorang menampilkan lagik Parkour versi Star Wars pulak. May the be with you....

Iklan Hari Raya by Maxis

Image
Iklan Hari Raya by Maxis Seperti tahun-tahun sebelum ini, iklan Petronas memang #1 dikaca TV anda kerana mereka memang menghasilkan iklan yang penuh emosi dan maksud yang mendalam. Maka syarikat yang lain pon cuba meniru jugak hasil kerja dari pihak Petronas. Akan tetapi, saya lebh suka iklan Maxis kerana mereka selalu membuat iklan yang berbeza iaitu dengan cara menghiburkan hati. Iklan Maxis tahun 2013 ini agak bersesuaian dengan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang yang lebih pentingkan smartphone dan internet. Jom layan video mereka yang mengisahkan dua orang sepupu berhari raya dikampung. Nice job Maxis! This is Awesome dude! Source : maxis.com.my | youtube.com/maxis

Freestyle Train Surfing - Indian Style!

Image
Freestyle Train Surfing - Indian Style! Oleh kerana surfing air adalah sangat boring, maka para remaja di negara India ini cuba mencari sukan yang lebih xtreme dan lebih seronok. Sukan mereka tidak memerlukan modal sehingga mencecah beribu-ribu ringgit rupee, mereka tidak memerlukan surf board, mereka tidak memerlukan safety gadget. Mereka hanya memerlukan keberanian dan jati diri sahaja untuk melibatkan diri dalam sukan x-treme ini. Sukan yang saya maksudkan adalah Freestyle Train Surfing dimana mereka nih bergayut pada pintu keretapi dan membuat gaya freestyle ketika kereta api sedang bergerak. Lebih dari itu mereka juga cuba untuk membuat backflip versi Rajnikanth! Sangat awesome dan cool dan jika anda melihat video dibawah. Kompem anda menantikan ending supaya mamat-mamat nih kena hentam dengan blok batu! Anda sangat gagal kerana video ini berakhir dengan jayanya. Dikhabarkan para remaja ini telah ditawarkan untuk mewakili negaranya untuk sukan tarik kereta api. T...

Jemaah Gangster by Langit Ilahi

Image
Jemaah Gangster by Langit Ilahi Hari nih saya terjumpa video awesome dari pelajar-pelajar luar negera yang menampilkan sebuah filem pendek mengenai Jemaah Gangster. Walaupon pada mulanya mereka menggunakan bahasa ala-ala Gangster KL Petaling Street, tapi mereka sebenarnya cuba menyampaikan mesej untuk perpaduan sesama ummah. Jom tontoni video pendek dari Langit Ilahi. Video ini berdurasi 6minit dan sila bersabar dengan skrip sehingga ke hujung video. Tahniah kepada brader-brader yang menjayakan video tersebut. Saya berharap anda memperbanyakkan video yang bermesej ini. This is pretty awesome!

Ramadhan dan Malam Lailatul Qadar

Image
Ramadhan dan Malam Lailatul Qadar Semalam dah masuk 10 ramadhan terakhir, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk memperlebihkan amal ibadat kerana ganjarannya yang tidak ternilai. Tapi kita jangan pula mengejar perkara yang sunat sehingga melalaikan perkara yang wajib. Siapakah yang mendapat Lailatul Qadar? Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai) Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya...

Ubuntu Edge Phone

Image
Ubuntu Edge Phone Say Hello to Ubuntu Edge yang mampu membuatkan brader-brader ubuntu tak senang duduk. Ubuntu Edge ini dikeluarkan semata-mata untuk memudahkan kerja pengguna ubuntu jikalau mereka hendak melakukan kerja-kerja coding. Ubuntu Edge phone ini tidak mempunyai sebarang button kerana mereka percaya home button itu adalah hak milik kekal abadi untuk iPhone. Hampir kesemua software ubuntu yang anda boleh install dalam phone ini dan lebih menarik, phone ini mempunyai dual boot dimana anda boleh masukkan OS Android. Selain itu, sesiapa yang memiliki Ubuntu Edge ini, korang boleh connect direct dengan PC korang. Maksudnya device Ubuntu Edge ini hanya memerlukan sebijik extended monitor dan tros boleh dijadikan sebuah PC desktop. So tak perlu korang nak angkut sebijik PC nak buat kerja korang. Spesifikasi : Processor : Multi-core CPU, Memory :  4GB RAM Storage : 128GB internal storage Dual boot Ubuntu mobile OS and Android Fully integrated Ubuntu desktop PC...

Jom Bali Platinum, Setapak Kuala Lumpur

Image
Jom Bali Platinum, Setapak Kuala Lumpur Semalam saya Iftar di Jom Bali Setapak KL yang sangat nicey-nicey dan awesome! Jom Bali ini sebenarnya dah lama dibukak dan kalu anda perasan mereka mempunyai beberapa cawangan di Tesco Mutiara Damansara, AEON Big Wangsa Maju dan beberapa tempat lagi. Jom Bali Setapak ini bersebelah dengan Hospital Colombia Asia atau berhaprian dengan KL Festival City. Oleh kerana saya datang Jom Bali nih untuk Iftar, maka mereka telah menghadkan beberapa menu set untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan. Jom Bali menyajikan makanan western food dan local food seperti Nasi Goreng Chicken Maryland, Nasi Goreng Lamb Chop, Asam Laksa, Nasi Ketam, Mee Hoo Siam dan macam-macam la malas saya nak terangkan. Walaupun tak banyak pilihan seperti Menu Ramadhan Jom Bali, pasti lagi confirm anda akan mengalami masalah untuk memilih makanan pasal hampir kesemuanya best! So itu hari saya memilih untuk makan Nasi Goreng Ayam 3 Rasa dan Nasi Goreng Chicken Ma...

Linkin Park Live in Malaysia 2013, Kuala Lumpur

Image
Linkin Park Live in Malaysia 2013, Kuala Lumpur Setelah sedekad Linkin Park buat tour di KL, so mereka sekali lagi membuat show "Linkin Park Living Things World Tour" yang akan berlangsung pada 19 August 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Peminat LP ini pastinya menantikan lagu-lagu paling popular dari LP antaranya In The End, Numb, New Divide dan pelbagai lagi yang pastinya rockin bro! Show LP ini lebih menarik hasil kerjasama organisasi dari pihak Wonderlands+ dimana mereka akan gabungkan persembahan LP ini bersama laser light.  Seperti live show sebelum ini, LP lebih cenderung untuk membuat persembahan yang memiliki paparan visual yang sesuai dengan muzik mereka.  Anda boleh mendapatkan tiket yang bermula dari harga RM95.00, RM195.00 dan RM295.00. Selain itu pihak penganjur juga menjual tiket untuk kawasan Zon Playground RM350.00, Zon Rock RM450.00, Zon The Pit RM550.00 dan RM680.00 untuk VIP. Sebenarnya agak mahal jika dibandingkan dengan h...

Pembebasan Pasangan Alvivi

Image
Pembebasan Pasangan Alvivi Selepas 8 hari pasangan Alvivi dipenjarakan di Penjara Kajang dan Sungai Buloh, mahkamah memutuskan bahawa pasangan ini dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM30,000 untuk setiap orang, penghapusan blog mereka, larangan dengan memuat-naik arkitel, gambar lucah dan proaktif. Mereka juga dilarang oleh mahkamah untuk menggunakan peranti komunikasi seperti telefon pintar atau gadget yang membolehkan kedua-dua pasangan ini mengakses internet yang boleh menyentuh sensiviti kaum dan agama. Wartawan juga bertanyakan soalan tenatang pengalaman 8 hari dipenjara dan Alvin menjawab "Not Bad". Walaubagaimanapun Vivian pula masih berdiam diri dan menundukkan kepala tanpa memberi sebarang komen. Ok setakat itu sahaja laporan tentang Vivian nih, kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah dengan orang mempersendakan agama Islam hanya didenda RM30,000 dan tidak boleh akses internet. Inilah kuasa Cha Ya Nun Alif... This is ridiculous bro!

MotoGP Sepang 2013 : Ticketing

Image
MotoGP Sepang 2013 : Ticketing Wuhuuuu...... weekend baru nih saya dah berjaya membeli tiket MotoGP yang akan berlangsung 11-13 Oktober 2013. Setelah 2 tahun dah tak tengok MotoGP, akhirnya tahun nih sungguh pasti lagi konfem buleh gi tengok dekat Sepang! Untuk pengetahuan anda, skang nih pihak SIC sedang buat promo tiket (Early Bird Ticket) yang berharga RM103.00 untuk seat Grandstand, K1 Grandstand RM63.00, F Grandstand RM43.00 dan Hillstand RM21.00. Silalah beli tiket MotoGP nih pasal nant Formula 1 tidak lagi berlangsung di Sepang Circuit kerana gagal memenuhi kriteria FIA. Ohhhh demmmm... Korang boleh beli tiket nih di booth MotoGP di KL Sentral yang berhadapan dengan Coffee Bean Sentral. Dorang akan mula bukak dari jam 9.30pagi hingga 9.30malam. Anda hanya boleh tiket promo ini sebelum 31 July 2013, lebih dari itu maka harga tiket akan kembali ke harga asal. Sangat mahal dan tidak Awesome bro!  Kepada peminat Rossi, inilah waktu yang sesuai untuk tengok Rossi ...

The Miniature City : Amsterdam

Image
The Miniature City : Amsterdam Seperti saya katakan sebelum ini, videographic miniature nih memang mengasyikkan, ianya akan membuatkan anda berada di dunia orang kenit. Entry yang dahulu saya telah menampilkan sebuah miniature hasil dari karya Shukrat Pardaev dimana beliau menghasilkan video miniature bandar San Francisco yang Awesome!  So untuk hari ini saya show-off sekali lagi sebuah video miniature yang diambil oleh Pieter Manders. This is Awesome dude!

Brosmind Wagon Super Cute

Image
Brosmind Wagon Super Cute Oleh kerana saban hari selalu saya dengar pasal tak boleh balik kampung pasal tiket da abis.. So kami dari blog ini berusaha keras dan bersusah payah cuba mencari kenderaan untuk anda yang mahu pulang kekampung. Semalam saya telah memperkenalkan sebuah kenderaan mesin rumput power yang laju gile ... so hari ni pulak saya nak tunjuk sebuah kenderaan eco-green dan yang sangat menyihatkan tubuh badan anda! Memperkenalkan Brosmind Wagon versi cute-mute! Kenderaan ini dihasilkan dengan bantal jenis beanbags dan ianya memang menyahut cabaran eco-green, oleh itu kenderaan ini bergerak dengan pedal macam kayuh basikal dan mempunyai stering seperti kereta. Brosmind adalah sebuah organisasi yang suka membuat design seperti lukisan yang cute mereka sangat dedikasi untuk menghasilkan kenderaan seperti ini. Setakat ini pihak Brosmind masih belum bersedia untuk memasarkan produk ini kerana terlalu comel baginya. Saya percaya jika anda boleh membeli wagon...

Powerful Honda Lawn Mower

Image
Powerful Honda Lawn Mower Jika anda gagal membeli tiket bas anda dan anda juga tidak mempunyai kenderaan untuk balik kampung pada Hari Raya ini, so anda cuba pinjam traktormesin rumput DBKL / MBPJ untuk kepentingan anda nanti.  Ini kerana geng-geng dari Team Dynamics Racing mungkin telah bosan untuk membuat modifikasi sport-car, maka dorang telah berjaya mengubahsuai sebuah traktor mesin rumput jenis Honda HF2620. Anda jangan gelak pasal traktor ini mampu mencapai kelajuan 130mph atau 208kmh! Sangat Awesome pasal kalau korang sangkut dengan jalan jem tak kisah jalanraya biasa mahupun highway, anda boleh tapau jem tu dengan laluan atas rumput sambil memotong rumput dengan muka bahagia. Kompem polis tak saman anda pasal anda telah melakukan kerja-kerja yang mulia sempena bulan Ramadhan ini... Mesin rumput ini diubahsuaikan hampir sepenuhnya dari bahagian chasis-body, bahagian enjin dan juga bahagian tayar dan sistem brek. Team Dynamics Racing menggunakan enjin dari mo...

Inside Masjidil Haram, Makkah

Image
Inside Masjidil Haram, Makkah Salam Ramadhan, di pagi Jummat nih eloklah sama-sama kita lebihkan beribadat. Semalam saya tengok beberapa hari yang lalu sempoi pulak layan Jejak Rasul di TV3 yang kini disiarkan speanjang bulan Ramadhan pada jam 6.00pm. Jejak Rasul musim ini mengisahkan lawatan di 3 tempat tanah suci Islam. Antaranya adalah di Tanah Suci Kota Mekah dan Kota Madinah. So bila dorang buat pengambaran di sekitar Masjidil Haram membuat hati besar teringin sekali nak pergi ke Mekah.  InsyAllah jika dimurahkan rezeki dan berkat doa, kita dapat menjejak kaki ke kota Mekah untuk menunaikan ibadat Haji mahupun Umrah. Korang boleh tengok live streaming Masjidil Haram dan Masjid Nabawi disini. Selamat Berpuasa bro....

Ramadhan Comic

Image
Ramadhan Comic Rasa ada betul jugak dengan komik nih. Bila masuk jek bulan posa, segala nafsu semuanya menjadi lebih sensitif dan hiper-aktif! Mungkin ini adalah cabaran dan ujian ketika umat Islam sedang berpuasa supaya kita dapat mempelajari erti bersabar. Selain itu kita perlu pelajari tips2 untuk mengawal nafsu ketika berpuasa tak kira nafsu makan ker, nafsu tidor ker mahupon nafsu skodeng orang. Lebih baik amalkan memasak dirumah berbanding membeli di bazar Ramadhan, tak salah nak beli tapi sila hadkan limit wang anda untuk mengelakkan pembaziran. Banyakkan amalan di bulan Ramadhan, Selamat Berpuasa...

Permohonan Maaf Alvivi

Image
Permohonan Maaf Alvivi Awal bulan Ramadhan kali ini banyak kontroversi dan isu semasa yang tah apa2 termasuklah isu Alvivi. Seperti yang anda maklum, pasangan Alvivi ini diminta untuk menyerah diri kepada Polis Kuala Lumpur atas kesalahan menggangu keharmonian dan unsur hasutan. Semalam mereka upload sebuah video permohonan maaf kepada umat Islam kerana penyebaran isu berbuka puasa 'bak kut teh' dari pasangan tersebut. Kalau korang dan fahami lebih mendalam, pasangan ini mungkin adalah pasangan yang cuba mengambil populariti media elektronik. Tak tahu apa yang dorang cuba perjuangkan dengan mencetuskan isu blog porno mereka berdua sebelum nih. Mungkin mereka bosan dengan cara hidup seperti orang normal dan berpendapat hidup disebalik tirai besi lebih awesome dengan brader2 'jaguh' kat dalam tu...  Pendapat saya, agar pihak berkuasa patut memberikan pengajaran yang setimpal pada pasangan ini supaya mereka sedar bahawa mereka nih berada di Malaysia da...

Sindiket SMS di bulan Ramadhan

Image
Sindiket SMS di bulan Ramadhan Semalam saya menerima 2 SMS yang sama tetapi waktu yang berbeza dari nombor yang tidak dikenali mengatakan seperti berikut : "Your Card telah berjaya & memenangi hadiah GRAND PRIZE.dr Shell (M) Berhad RM20,000 RIBU No. Siri. 9R247YK. Sila dail talian : 012-8108-959 www.myls-shell.tk" Sudah pasti dan confirm ini adalah salah satu sindiket penipuan yang cubaan mengorek duit anda kawa2 punya. So oleh kerana semalam agak bosan, so dengan selamba jugak saya reply pada kedua-dua nombor berkenaan selepas beberapa jam dengan ayat seperti berikut : "Saya telah membuat laporan polis berdasarkan SMS yang anda hantar kerana kecurigaan dengan tawaran anda. Pihak polis dan pihak SKMM akan menyiasat mengenai perkara ini" Setelah mendapati rakan saya cuba untuk telifon nombor ini untuk mencari pasal, dengan serta merta kedua-dua nombor ini telah dipadamkan. Tak tahu la padam pasal bateri kaput ker tros dorang off-handphone. ...

Honda Advertisement : Power of Hand

Image
Honda Advertisement : Power of Hand Sebuah agensi pengiklanan di London iaitu Wieden+Kennedy telah dilantik oleh Honda untuk menghasilkan sebuah iklan celebrate ulangtahun Honda yang ke-65. Sangat Awesome pasal dorang mendapat idea ini setelah beberapa kali melukis pada kertas dan hasil gumpalan kertas ini menghasilkan sebuah idea yang cooool! Paling best dalam video iklan nih time dorang buat motor yang boleh remmm remmmm lagik.  This is Awesome dude!

Danny MacAskill's Imaginate

Image
Danny MacAskill's Imaginate Danny MacAskill adalah seorang insan yang berasal dari Scottish dan beliau sangat mengemari sukan berbasikal sejak kanak-kanak lagi. Sebelum itu Danny ini pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan beliau telah fed-up dan bosan dengan kerja tersebut sehinggalah beliau focus untuk menjadi free-styler mountain-bikers. Beliau telah upload video pertamanya di Youtube pada April 2009 dan telah mendapat perhatian dari serata dunia dengan skill basikalnya. Pada May 2011, syarikat dari Leica Camera telah sponsor beliau untuk mempromosikan video "Go Play" basikal trick di Cape Town. Usaha Danny terus meluas setelah dia menandatangani kontrak dengan RedBull untuk pembikinan video baru "Way Back Home" oleh RedBull Media House. Sehingga kini Danny MacAskill masih berbasikal dan menghasilkan video baru yang dinamakan RedBull Imaginate. Redbull Imaginate adalah sebuah project dimana Danny MacAskill akan membuat show-off skill climb-...

Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan

Image
Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan Selamat Berpuasa pada umat Islam diseluruh dunia, moga-moga puasa pada tahun ini lebih bermakna dan diberkati oleh Allah S.W.T.  So disini saya sharekan hasil kerja videography oleh En. Zhariff yang saya temui di laman facebook Tuan Guru Nik Aziz. Kami mengharapkan anda memperbanyakkan lagi video sebegini untuk anak-anak perantauan tak kira dari negeri mana.  This is Kota Bharu! Source : tuanzhariff.blogspot

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...