Posts

Shaun The Sheep - Behind The Scene

Image
Shaun The Sheep - Behind The Scene Mesti ramai yang tahu kartun tanah liat Shaun The Sheep, kartun ini disiarkan di Disney Channel (Astro 615). Saya memang sangat meminati kartun ini pasal kartun ini aalah kartun bisu dan wataknya comel dan kelakar. Kartun Shaun the Sheep mula disiarkan di rangakaian TV Britain BBC pada March 2007. Sehingga kini, kartun ini telah mempunyai 80 episode dalam siri yang kedua dan telah disiarkan di 180 buah negara diseluruh dunia. Kartun ini diterbitkan oleh penerbit dari Wallace & Gromit dan dia mendapat ilham ketika melawat rakan beliau dikawasan perkampungan Britain. Kartun ini dihasilkan dengan cara Stop Motion. Stop Motion adalah pembikinan film cut to cut iaitu mereka akan mengambil gambar dan mengabungkan gambar tersebut sehingga menampilkan sebuah image yang bergerak. Pengeditan gambar akan dilakukan setelah gambar dan beberapa ubahsuai grafik dibuat supaya kartun ini nampak lebih realiti. Mereka mempunyai studio yang luas untuk membi...

Mitsubishi Lancer Evo X 311RS

Image
Mitsubishi Lancer Evo X 311RS Mitsubishi Lancer Evo X adalah sebuah kereta lumba versi gagah berani yang dikeluarkan pada tahun 2007 di Jepun dan 2008 dipasaran Asia. Rata-rata orang Malaysia sudahpun mengenali kereta Evo X kerana PDRM Malaysia juga menggunakan kereta ini untuk mengejar penjenayah lebuhraya. Ryan Gates dahulunya adalah seorang pelumba Motorcross selama 16tahun, pada tahun 2008 beliau telah membeli sebuah Evolution X yang memang standard gaban dari kilang. Sebagai seorang racer yang berkaliber, Ryan Gates mula memodifikasikan keretanya dan hasilnya, beliau mejenamakan keretanya sebagai 311RS. Lancer 311RS ini mampu mencecah 353HP dengan menggunakan performance parts dari AMS Tech, manakala Lancer Exo X mempunyai 276HP. Selain itu juga, Gates juga membuat modifikasi pada interior dan exterior yang sangat awesome! Chassis JRZ Race dampers w/JRZ Camber plates AMS Bumpsteer kit AMS Adjustable Rear Toe links w/Eccentric delete Whiteline 27mm Rear swaybar Cu...

Noordin Mews, Penang

Image
Noordin Mews, Penang Di Penang memang banyak rumah, rumah kedai dan bangunan lama hasil peninggalan bersejarah yang membuatkan bandar Penang telah diiktiraf sebagai bandar UNESCO. Noordin Mews adalah hotel butik yang baru yang mengalu-alukan pelancong Malaysia menikmati suasana era klasik 1920-an. Terletak di Noordin Street, hotel ini menggunakan bangunan lama sebagai hotel utama mereka hasil peninggalan bangunan tahun 1920-an. Mereka membuat beberapa pengubahsuaian untuk menjadikan bangunan ini lebih komersil. Noordin Mews mempunyai 16buah bilik yang diubahsuai dengan gaya klasik-moden untuk menambat hati pengunjung, antara bilik yang disediakan adalah Mews Downstair, Mews Upstairs, Shop House Room 1 dan Shop House Room 2. Setiap bilik mempunyai tandas, air-cond, TV LCD 32 inci, Wifi, siasan perabot retro dan balkoni peribadi. Percayalah walaupun pemilik hotel ini menggunakan bangunan yang lama, akan tetapi tema yang klasik-moden ini mampu membuatkan hotel ini sungguh elegen d...

MotoGP Yamaha YZR M1 - Jorge Lorenzo

Image
MotoGP Yamaha YZR M1 - Jorge Lorenzo Minggu lalu Jorge Lorenzo telah dinobatkan sebagai MotoGP World Champion untuk tahun 2012 , beliau (Lorenzo) meraikan kemenangan kedua dengan pasukan Yamaha Factory Racing. Lorenzo menunggang motosikal Yamaha YZR-M1 versi MotoGP yang pastinya motosikal ini mencapai tahap kelajuan maksimum dan kuasa pecutan untuk menjadi Juara Dunia 2012. Bagi peminat motosikal berkuaa tinggi semestinya sudah tahu mengenai motosikal Lorenzo, tapi saya akan kongsikan bersama untuk anda secara close-up rupa bentuk dan spesifikasi motosikal Jorge Lorenzo... Awesome! Engine type : Liquid-cooled, in-line, 4-cylinder, 4-stroke with 16-valve DOHC Displacement : 1000 cc Maximum power : Around 176 kilowatts (236 bhp) In excess of 350 kilometres per hour (220 mph) Type : 6-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available Clutch : Dry multi-plate slipper clutch Frame type : Twin-tube aluminium delta box frame, multi-adjustable steering geometr...

Putrajaya Challenge Park - Part 2

Image
Putrajaya Challenge Park - Part 2 Hello.... Semalam saya, Encik Gulam dan En Wan kawan kepada en. Gulam membuat kayuhan fun-ride di Putrajaya Challenge Park (PCP) atau lebih dikenali sebagai Taman Cabaran Putrajaya yang penuh dengan cabaran. Sememangnya saya kalu ker Purtajaya memang akan sesat nak cari PCP walaupun dah 2-3kali datang kayuh kesini, ruper-rupernya PCP nih dok tang belakang Putrajaya International Convention Center (PICC) ajer.. Hukkkk alohhh.... Kayuhan semalam bermula dengan bacaan doa sendiri dalam kereta dan total keselurahan kayuhan dianggarkan sejauh 12km ajer pasal tak buat loop jauh. Seriously, kayuh di PCP nih bagi saya sungguh teknikal pasal trail dorang adalah single trail dan paling best dekat sini bila tang turun bukit switch back berkali kali.. yeeeehaaaaa.... Rata-rata brader yang datang kayuh di PCP nih macam tengah race jamboree ajer, masing laju giler tang naik tang turun pastu buat 5-6 round sekali jalan... Perghhhh... kita buat 12km pon dah na...

2012 Formula 1 Champion - Sebastian Vettel

Image
2012 Formula 1 Champion - Sebastian Vettel Semalam berakhir perlumbaan Formula 1 untuk musim 2012 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petrobras Brazil dan Sebastian Vettel dari pasukan RedBull Racing Renault telah dinobatkan sebagai Juara Dunia untuk musim ini. Sebastian Vettel telah menrangkul kejuaraan Formula 1 ini kali yang ketiga berturut-turut menjadikannya sebagai Straight 3 Champion paling muda dalam dekad ini. Sebestian Vettel (RedBull Racing Renault) mengutip 281 mata dan mengikut rapat dari tempat kedua dengan perbezaan 3 mata sahaja iaitu Fernando Alonso (Ferrari) 278 mata dan Kimi Raikkonen (Lotus-Renault) 207 mata. Manakala Lewis Hamilton hanya dapat mengumpul mata keseluruhan sebanyak 190mata selepas beliau mengalami kemalangan pada selekoh yang ke 54. Michael Schumacher juga mengakui bahawa dia juga telah penat dan tidak lagi mantap untuk memandu dan berlumba dalam pasukan Formula 1 dan beliau juga akan pencen dari pasukan Mecerdes. Baguslah...

UBuntu Android on Device

Image
UBuntu Android on Device This is awesome.... Sesiapa uBuntu fag dan mempunyai Android device patut mencuba ini. uBuntu telah memperkenalkan uBuntu Android on Device dimana pengguna Android boleh install operation system uBuntu didalam Android device anda seperti Galaxy Tab atau seantero dengannya. Apa yang anda dapat dengan uBuntu Android ini? Anda akan dapat menggunakan uBuntu O/S full version didalam tablet atau smartphone anda. Hampir kesemua aplikasi uBuntu boleh beroperasi dengannya contohnya cloud services, google docs dan lain-lain. Malah selain itu anda juga boleh meng-install aplikasi Android didalam uBuntu sendiri seperti sediakala. Ini bermakna uBuntu tidak akan menghalang mana-mana aplikasi dari Android berfungsi didalam uBuntu O/S. uBuntu on device ini boleh dikatakan sebuah hub pengoperasian anda, ini kerana jika anda mempunyai uBuntu Android ini, anda boleh sambungkannya pada monitor LCD anda dan menggunakan uBuntu seperti desktop PC. Awesome! uBuntu Android bole...

Urbanscapes 2012, Petaling Jaya

Image
Urbanscapes 2012, Petaling Jaya Selamat datang ke Urbanscapes 2012! Urbanscapes akan berlangsung selama 2hari iaitu bermula pada 24 -25 November 2012 di Padang Astaka Petaling Jaya. Apakah Urbanscapes? Urbanscapes adalah sebuah event yang meraikan hari kesenian yang membawa bersama masyarakat dan peserta dari bidang muzik, seni, fesyen, rekabentuk, dan banyak lagi. Pesta ini telah pun bermula pada tahun 2002 di Grappa Soho Bukit Bintang, dan dilangsungkan kembali pada 2004 di KL Sentral. Atas permintaan dan kerjasama warga seni, Urbanscapes sekali lagi muncul pada tahun 2008 di KL Performing Arts sehingga tahun 2010. Urbanscapes terpaksa membuat pesta mereka di Padang Astaka Petaling jaya untuk tahun 2011 & 2012 kerana KL Performing Arts tidak lagi dapat menampung kunjungan orang yang begitu ramai. Sempena ulang tahun yang ke10 tahun ini, Urbanscapes juga menjanjikan pesta yang besar-besaran untuk pengunjung dengan menampilkan artis dalam dan luar negara antaranya Yuna, Lo...

Angry Birds : Star Wars Edition

Image
Angry Birds : Star Wars Edition A long time ago in a galaxy far, far away... a group of desperate rebel birds faced off against a galactic menace: the Empire’s evil Pig-Troopers! Hahaha saya sungguh gummmbira pasal Rovio Inc. kini telah menlancarkan sebuah lagi game baru burung marah iaitu Angry Birds Star Wars yang sememangnya awesome....! Angry Birds Star Wars ini dikeluarkan khas untuk ulang tahun Star Wars yang ke 35. Demmmmm... Game ini mungkin lebih menarik kerana watak burung akan menjadi puak Rebellion manakala watak Piggies akan menjadi geng The Empire aka Darth Pig Vader. Anda perlu menghabiskan level untuk mencapai destinasi terakhir iaitu Pig Star dan anda perlu berlawan dengan Darth Pig Vader dan Dark Lord of the Pig. Anda juga boleh menggunakan light saber, blaster dan kuasa Jedi untuk menghapuskan Pig Troopers dan piggies yang lain. Dalam game ini anda boleh gunakan bonus yang anda collect iaitu dengan bantuan R2-D2, C-3PO, dan beberapa watak yang cool dalam ...

Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang

Image
Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang Last week kita orang pergi BBQ di kawasan pendalaman Janda Baik Pahang, kawan saya mengesyorkan Teratak Pak Lah di Janda Baik Pahang. Drive dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 45minit melalui Karak Highway dan exit ke Genting Sempah dan melalui jalan lama corner baring menuju ker Janda Baik, mungkin agak mengelirukan akan tetapi pandai-pandai ajo lerr... Teratak Pak Lah menempatkan beberapa buah pondok, dewan santai, beberapa kolam ikan, dan kawasan untuk buat sukan-neka dan disini bukanlah sebuah resort atau chalet bertaraf 3/5 bintang. Teratak ini saya boleh katakan sangat tenang, tenteram, bersih dan awesome!Anda boleh juga stay overnight ataupun camping disini. Mungkin tidak ramai yang tahu Teratak Pak Lah nih menyebabkan tak ramai orang nak menyinggah kerana gak terpencil dari jalan utama Janda Baik.Paling saya suka di Teratak Pak Lah nih pasal tempat ini sangat bersih, Pak Lah (Owner) juga tinggah di kawasan Teratak ini s...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...